Friday, December 16, 2011

Nak Tengok Gambar Bangang ? Jilaka Betul Ada !!!


Aku promosi blog ni kat korang...

saja gatal-gatal....

Antara entry dia macam kat bawah ni....
-
-
-


Jilaka Pesen Budak Suka Merayap



Benda ni gua tak heran dah. budak budak lepak bandar memang selebet rupa diorang. jadi ini memang contoh bangang untuk anda sekalian. lagi satu, kalau jumpa budak budak macam ni, terajang aje

Aku rasa blog dia best sebab dia publish gambar pastu kutuk kaw-kaw punya...

Hahahaha...korang sumer jangan tangkap gambar tah pape...

Pastu publish tak tentu pasal...kang termasuk pulak dalam kompilasi jilaka ni...

Tak pepasal 1 malaysia tau...malu wooooo!!!

nak tau lagi? jom terjah...

korang tekan je gambar atas tu...aku dah link kan pun...

Ayark !!! Pasal Burger Pun Mau Gaduh Ka ...


Tuan-tuan dan puan-puan saya mempersembahkan...................
Double Zinger Burger Combo yang tak jadi FREE ...........
Hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
Guling-guling aku gelakkan korang........(sumpahtaklawak)

Sakit perut aku gelak...bila baca komen-komen kat Facebook KFC...
Marah benor depa ni tak dapat burger FREE....
Yelahkan baru 5 jam pihak KFC buat promote tup..tup..tarik balik...

Pada yang marah sangat tu tak payahlah korang beriya sangat...
Mana ada benda percuma dah kat dunia skang ni...fikir logik jela...
Kalau ada pun mesti ada something jugak yang kita kena bayar...
Masuk jamban pun 30 sen ( kalau kat tempat akulah)...
Air masak kedai mamak pun kena caj...

Alah kalau ada duit tu apa salah pegi beli...tak payah tunggu free-free la...
Aku rasa lebih baik korang pegi makan burger yang jual kat tepi jalan tu...
Murah pun murah...jimat pun jimat...tolong bangunkan bisnes bangsa sendiri lagi...
Korang pegi marah atok janggut putih tu pun dapat apa?...dia kaya...korang?dapat kayap?...

Lebih baik korang pegi marahkan Israel yang dah rampas tanah milik Palestin tu...
Komen secara berjemaah....
Sekurang-kurangnya ada jugak sumbangan korang untuk pertahankan saudara sesama agama...
Okey...bye....

CUEPACS minta 1.4 juta Penjawat Awam Tidak Tandatangan Opsyen SBPA !!!

Macam - macam hal lah dalam gomen ni...(Ceh macamlah aku tak keje gomen)
Buat skim baru...pastu tak bagi tandatangan pulak...
sebabnya banyak perkara kurang jelas dalam skim saraan baru bagi kakitangan awam ni...

Tapi ada kelebihan dan kekurangan dalam opsyen baru ni...
Cuma yang aku pasti ialah pasal prestasi kakitangan awam...
Kalau pilih opsyen baru ni pastikan semua penjawat awam jaga laporan prestasi masing-masing ye...

markah 95% dan keatas - kenaikan gaji tahunan 15%
markah 85% dan keatas - kenaikan gaji tahunan 8%
markah 75% dan keatas - tiada kenaikan gaji tahunan
markah 70% dan kebawah - Dinasihatkan berhenti...

Ye...kena jaga markah prestasi...tapi pada aku lah kan....makin kena pandai mengampulah...
Ampu pegawai atas...dapat markah lebih...hehehe...^__^

Masing-masing kena pandai jaga periuk nasi..
bukan apa takut kang jadi periuk api plak...meletop sapa nak jawab?...

Mungkin kerajaan nak kurangkan pekerja kot...nak buang pekerja yang tak produktiviti dan mahu tingkatkan prestasi dan kualiti penjawat awam...AMEK KAW!!!

Kerja keras lagi lah pasni ye semua orang gomen !!!...

Beberapa opsyen SPBA dibantah
CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.
Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

"Ambil handphone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahanam untukku,"

Assalamualaikum, buat iktibar bagi kita  yang selalu leka... Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20thn.

Didalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya... Wahai pemudi ... alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran & adat serta agama Islam kamu... "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... " nasihat org tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinis/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka.?

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk serta para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan.

Orang ramai segera turun untuk mengangkat jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar oleh api. Tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam.

"sambungannya KLIK SINI "

Terima Kasih Awak - Awak Sumer !!!

Semalam saya ke Kuantan menjalankan tugas rasmi.
Biasalah orang keje gomen.
Hujung tahun je banyaklah benda yang nak kena kejar.
Tak hilang lagi letih semalam.
Maklumlah saya ke Kuantan naik motor dengan suami.
Minah REMPIT la !!!...hahahaha...

Kejang otot pinggang ni...
Macam mana tak kejang..3 jam atas motor dari jam 7.00 pagi sampai 10.00 pagi...
Pastu balik 3 jam lagi perjalanan...haduhhhh...seksa tapi demi tugas kuatkan jugak...
Hehehe...lupakan rungutan saya tu...

Pagi ni baru je dapat bukak blog...TANJAT BOBOI !!!
Follower bertambah dan komen pun banyak...

Alhamdulillah...tak sia-sia saya join 4 segmen dalam masa 2 hari lepas...
Saya ni blogger baru so ambil masa nak promosikan blog...

Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada awak sumer yang sudi join blog buruk ni...
Blog saya ni tak menarik sangat pun...story personal banyak lah...

Saya janji akan follow awak sumer balik (sambil angkat tangan)...tapi slow-slow lah ye...
Saya ni komitmen banyak..nak jadi isteri, pekerja dan sebagainya...
So amik masa sikitlah ye...hope awak sumer tak marah & bersabar dgn saya...hehehe...

Saya pun nak ucap terima kasih pada abg Ben, Mak Dara dan Jiwa Rosak sebab buat segmen gini...

I Love U All...hehehe...^__^