Friday, July 20, 2012

Lawak : Askar Malaysia Yang Paling Berani Di Dunia



Ada tiga platun askar..askar USA..Russia dan Malaysia.

Maka jeneral-jeneral tiga platun tu duduk bersama dan berbual tentang pengalaman mereka dan Jeneral USA ni bertanya..Kita tenguk.., siapa yang paling berani antara tiga platun .

Yang lain dari Russia dan Malaysia memang setuju sangat..

Jadi..dipanggilnya askar USA berpangkat Sarjan..Jeneral tu bertanya..Sarjan ..nampak itu bangunan?

Yess sir..!! Jawab sarjan tu dengan bersemangat.Pergi naik tingkat dua dan terjun dari bangungan tu.. Arah Jenderal USA.

Yess sir..!! Jawab sarjan tu .. Maka mamat askar USA tu pun naik ke tingkat 2 dan terjun tanpa menggunakan payung terjun…patahlah kakinya.

Jeneral Rusia dan Malaysia kata..memang berani askar USA tu sampai patah kaki…

Dan jeneral dari Russia pun berkata Itu tidak hebat sangat..Dipanggilnya askar Rusia berpangkat kapten.maka disuruh naik tingkat 4 dan terjun.. 

jawab kapten tu.. Yess Sir!! lalu bergegas mamat ni naik ke tingkat 4 lalu terjun dgn selambernye ler askar tu…….patah kaki jugak.

Jeneral USA dan Malaysia tergamam.. Fuyooo! Dahsyat tul la selamber je dia terjun

Macam mane ko punya askar Malaysia plak ?...Cabar Jeneral Russia dengan angkuhnya

Jeneral Malaysia pun panggil ler askarnya berpangkat prebet..”kau nampak bangunan tu?” tanya Jeneral tu

“Nampak tuan” jawab askar Melayu tu..

Kata Jeneral Malaysia tu lagi “..kau naik tingkat enam dan terjun dari tingkat enam tu..buleh?”

Maka dijawab askar melayu tu..”..kepala butoh tuan! siapa nak patahkan kaki macam gitu saja tuan..gilo punya Jeneral !!!”

Maka Jeneral Malaysia tu kata kat Jeneral USA dgn Russia 

"kau tengok tu.. askar Malaysia lah yang paling berani…"

Jeneral USA dan Russia bertanya "Kenapa pulak ?"

"Sebab askar Malaysia paling berani melawan. Tu baru pangkat prebet. "Balas Jeneral Malaysia.


p/s :"HAHAHA"

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari

Saya Blogger Dari Pahang...
Orang Temerloh, rumah kat kg. batu 5 jln maran...
Dekat dengan sungai gau & hospital sultan haji ahmad shah temerloh....
Amboi bagi alamat umah lagi...jemputlah singgah sahur..eh tak jangan jangan...singgah raya ye kawan...
Ayu jangan marah ye...hehe

Saya tag... CINTA UNTUK KITA...=)

Pesanan Ikhlas Ramadhan Al Mubarak

Semua blogger buat entry untuk bulan puasa ini. Ada yang beri ucapan, ada yang beri jadual waktu sahur & berbuka. Tak kurang juga bagitahu lafaz niat puasa. Pantang larang puasalah. Kebaikan berpuasa...

Dan macam - macam lagi. Sampai aku ni dah kekurangan idea nak buat entry untuk kedatangan bulan ramadhan esok. Kononnya tak mahu entry sama macam orang lainlah. Tak nak bagi orang bosan cewah....(Kau ingat kau bagus MK ?) hehehe.....

Pusing punya pusing cari idea...akhirnya pesanan aku untuk korang ialah.........


Okey itu jelah...Selamat Berpuasa....