Wednesday, October 2, 2013

Kemalasan Melanda

Minggu ni saya relaks je. Mahu kosongkan fikiran. Atau sebenarnya fikiran saya ni memang dah kosong ? Masih boleh santai-santai. Walaupun kerja semakin membebankan. Arghh ! Biarkan ...

Bab makan semakin hari semakin banyak kuantitinya minggu ni. Adakah memang penangan Asid Folic ? Mungkin juga.. Doktor suruh saya menambah lagi berat badan ni. Katanya berat tak ideal. Nanti nak pregnant susah sikit.. yeke doktor ? Yelah lepas operation tempoh hari berat badan saya turun dengan mendadak. Dari 50kg sekarang hanya 39.1kg.. Wah ! kalah model benua afrika kan.. 

Cuma yang saya perasan, perut saya rasa kembung-kembung je tapi takde angin.. asal pagi je cirit birit. perut rasa berat.. masa jalan rasa macam perut ni nak kedepan je.. pinggang pulak rasa sakit macam nak patah pun ada..Selera makan bertambah.. cepat lapar.. sekarang saya jadi kerap makan.. benda yang tak suka dulu sekarang jadi suka pulak makan.. iaitu telur masin.. sebelum ni saya tak pernah sentuh telur masin.. rasanya wek tak sedap.. hari ni & semalam makan tengahari saya ambil telur masin.. rasanya emm sedap sangat..licin siap ratah-ratah lagi telur masin.. then mengantuk sangat serta keletihan.. malam memang tidur awal.. kat office pun mengantuk je penat.. rasa nak tidur atas meja ni.. ahh sudahlah.. makin parah dah tahap kemalasan ku..

Biarkan.. biarkanlah... semoga kemalasan ini bertukar menjadi rajin pula...sama seperti sebelum ni..hihihi yo yo ooo !