Friday, November 22, 2013

Cucur Ubi Kayu, Kuih Wadey Dan BBT Chart Fertility

Hujan sangat lebat bagai mencurah air ke daun keladi. Ini antara waktu mustajab untuk berdoa. Sebelum korang meneruskan pembacaan entry aku ni. Jom kita berdoa seketika.. mintalah apa saja dari Allah SWT agar dimakbulkan doa tu....






Dah berdoa ke ? Alhamdulillah semoga ia dimakbulkan Ya Rabb..

Time-time hujan ni memang sedap makan cucur ubi kayu dan kuih wadey. Sedap ni aku tengah melantak sambil menaip entry ni. Kejap menaip kejap ambil kuih makan. Tangan pun tak basuh so aku bajet tangan aku ni bersih dari sebarang kuman kumin jela ye. Halalkan saja. eiiuww pengotor.. alah korang pun biasa buat macam aku kan. Mengadap blog sambil main cursor tu korang cuit-cuit jajan dan segala kudap-kudapan tepi laptob kan. Jangan tipu aku ah !

Cucur Ubi Kayu sumbangan mr. google




Kuih Wadey sumbangan mr. siva google


Kemanisan cucur ubi ni buat aku jatuh cinta pada gula melaka..eh tetiba. mana ada gula melaka dalam tu.. gula pasir je. Kuih wadey aku lebih prefer panggil kuih "VADEY".. sebab kalau sebut wadey, aku rasa kurang tamil.. aku memang suka filem tamil sebab aksi pelakon-pelakon diaorang macam perh je macam perh je...so aku sebut vadey agar lebih ketamilan..

Resepi wadey a.k.a vadey aku tak tau sangat sebab malas nak tanya en. google banyak kali. Sian dia nanti dia pening kepala layan aku.

Tapi Resepi buat cucur ubi kayu ni mudah je. Ubi tu rebus sampai lembut pastu lenyek, gaulkan bersama gula secukup rasa manis, buat bulat-bulat, Letak dalam bekas loyang. Bancuh tepung gandum, serbuk kunyit sikit dan garam.  Masukkan ubi yang dah dibulatkan tadi dalam bancuhan tepung..kira macam kita salut ubi tula.. pastu goreng dengan minyak yang dah panas dalam kuali. Mudahkan ? mudah je.. mudah sangat buat kuih-kuih ni sampai aku beli kat kedai depan office aku sebab terlampau mudah sangat nak buat. Hahaha sebenarnya malas.. tau makan je.. makan tu lagi mudah..

Sebenarnya hari ni aku agak kecewa jugakla.. hari ni hari sepatutnya aku period. Tapi still tak nampak bayang pun.. Aku ni dah lebih seminggu terasa nak demam tapi on off je.. hari ni rasa panas hari esok okey.. pastu lusa rasa nak demam tulat okey semula.. bila aku sukat suhu tak panas sangat pun. Malam suhu paling tinggi pun 37.5C je. 

BBT chart saya untuk cycle ni
Ini carta BBT kesuburan aku bulan ni. Kitaran haid aku selalunya tetap 27 - 28 hari setiap bulan. Tengok pada carta ni suhu masih lagi diatas paras line merah tu. Aku dah buat pregnant test pagi tadi tapi result negatif. Aku buat test pukul 11 pagi maknanya bukanlah air kencing pertama hari ini. Lagipun dah banyak makan minum sarapan tadi. Aku harap aku pregnant kali ni. Maybe masih terlalu awal untuk aku test. Maybe kadar HCG aku masih kurang dan UPT masih tak dapat detect lagi. Selama 3 tahun 5 bulan aku berkahwin ni, pagi tadi tu UPT aku yang ke-7 pernah aku buat.. What ? baru 7 kali test je..orang lain beratus-ratus kali dah.. haha..

Cuma yang aku rasa sekarang breast aku ada rasa sakit sikit-sikit la tapi tak jugak.. entahla aku pun tak berapa pasti.. selera makan on je.. cuma kadang-kadang je rasa tak sedap badan tu datang.. 29/11/2013 Jumaat depan hari lahir aku ke-26.. aku selalu berdoa agar Allah SWT beri aku "hadiah" UPT positif dihari lahir aku minggu hadapan. Selagi suhu aku masih diatas paras line merah, selagi suhu aku tidak drop menjunam, mungkin ada harapan untuk aku. Ya Allah berilah aku peluang untuk menikmati "pelangi-Mu".. Tapi kalau takde juga maknanya belum rezeki aku lagi la tu.. aku redha atas ketentuan-Mu Ya Rabb..

"Rezeki itu datang tepat pada masa, tidak akan tercepat atau terlewat walau untuk sesaat ~ Makwe Kintan"