Friday, April 20, 2012

Produk Penjagaan Kulit Mary Kay

Kamu semua tahu jenama Mary Kay ? Mestilah tahukan. Jenama popular tu. Sekarang aku dalam percubaan menggunakan produk penjagaan kulitnya. Kali pertama aku cuba tester terus jatuh cinta tau. Rasa okey saja.

So aku dah order satu set untuk dipakai. Kulit muka aku jenis berminyak. Ini menbuatkan muka mudah naik jerawat. Dan kulit aku ni manja sikit. Tak boleh cuba sebarangan produk.  Mulalah gatal-gatal. Nak kata sensetif tak jugaklah. Jadi aku pun rasa nk kongsikan dengan korang ye apa produk yang aku akan pakai.


Ini adalah antara produk Skin Care Mary Kay. Produk ini 100% bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Dijamin selamat. Dan produk ini juga tidak dijalankan ujian keatas haiwan. So tak perlu risau ye.

Ada 3 set. Untuk kulit kering, normal & berminyak. Aku akan pakai yang Formula 3 tu.

Dalam satu set lengkap terdapat pencuci muka, penyegar (Toner), Masker dan pelembab.

Sekarang ini pulak ada "Tawaran Istimewa". Jika beli set Skin Care ini iaitu pencuci muka, pelembab & masker hanya berharga RM228 serta diberi percuma penyegar.

Selalunya satu set lengkap ini berharga RM296. Hebatkan promotion ini. Jimat RM68. Tapi kena cepat-cepat sebab promotion ini hanya pada 16 April 2012 sehingga 15 May 2012 sahaja. Tak terlambat lagi.

Sedikit tips mencuci muka yang ingin aku kongsi :-

1) Semasa anda mencuci muka, cucian bermula dari dagu dan kemudian keatas secara pusingan dari luar ke dalam.

2) Gosok muka dengan menggunakan 2 jari sahaja iaitu jari tengah dan manis. Jangan terlalu menekan ketika menggosok umpama membasuh pinggan. Kerana muka kita bukan periuk belanga untuk ditonyoh menghilangkan kotoran. Terutama kulit muka berjerawat, memang tidak boleh berkasar. Supaya jerawat itu tidak pecah & bakteria merebak ke kawasan muka yang lain. Kulit muka ialah bahagian paling lembut. So kena berhalus je..

3) Cukuplah mencuci muka dengan 2 kali gosokkan sahaja kerana jika lebih dari itu akan menyebabkan kotoran masuk kembali ke dalam liang roma muka kita.

4) Boleh membasuh muka menggunakan air suam sebelum mencuci wajah bagi membuka liang roma. Selepas itu bilaslah dengan air sejuk untuk menutup kembali liang roma muka.


Ini gambar aku masa belajar kat kuantan dulu. Muka berminyak, berjerawat & masalah parut. Sakang kurang sikit sebab dah kahwin kot.

Jadi aku nak basmi masalah tu semua sekali dengan produk Mary Kay. Hope berjaya. Nanti aku akan tunjukkan hasilnya 3 hingga 4 bulan lagi ye..

Ada lagi produk lain yang aku nak share. Tapi entry akan datanglah ye.

p/s: "Semangat Berkobar-kobar"