Tuesday, October 29, 2013

Beli Jersi Bola Pahang Untuk Suami


Ehem ehem.. semua sedia maklum Pahang masuk final ahad ni. Tok Gajah akan  menentang The Red Warrior di stadium Shah Alam bagi merebut Piala Malaysia. 

Bak kata pepatah "Patin Tempoyak Vs Budu"

Yey ! Hogoh tokgajah hogoh.. 

Tadi aku ke rumah kawan aku. Dia & suaminya jual baju jersi bola.. harga berpatutan jugak.. oleh kerana aku nak suprise kan suami aku. Jadi aku belikan jersi Pahang satu untuk dia. 

Yang kelakarnya suami aku terus pakai baju tu lalu hantar aku ke pejabat lepas lunch tadi. 

Then Dia kata " Tiba-tiba abang rasa jalan abang berubah pakai baju ni.. kenapa ye ?" (Berjalan sambil mendada, hidung kembang-kembang je.... 

Oh suamiku kau tak payah nak buat lawak sangat lah. Konon nak bangga dengan kawan-kawan dia nantila tu dia dapat jersi bola baru..puiii !

Apa-apa pun nantikan Gelombang The Elephant Army 3 November 2013 ini .. aku ? Berkubang depan TV je nanti..hahaha (gelaktakbur)..