Saturday, August 6, 2011

Bila Anwar Hadi Menyanyi...

The New Vlog by Matlutfi90's !!!!

Muka Tidur!!!

Korang tahu macam mana rupa korang waktu tidur???
Kalau tak tahu nanti mintak tolong sape-sape tangkap gambar
korang mase korang tengah tidur....
Pastu tengoklah cantik ke tak....
Tapi konfem buruk punya...
hahhaha...kalau dah tido takkan leh kontrol ayu@macho lg kot.....
dah tak sedor weiiii!!!!

Pakwe Kintan @ PK memang muka kuat tidur..
dan stail mulut mase tido adalah berbentuk huruf "u terbalik" @ "n"...ce perhatikan...

Okey Selamat Malam Awak-Awak Sumer!!!!!

Ooppss!!! Cinta Kamu Terlarang....

Okey kalian......
Entry kali ni MK nak story about Cinta Terlarang...
Mesti bermacam-macam benda yang ada dalam kotak fikiran bila
story bab ni...


Tak pe MK terangkan ye..Cinta Terlarang yang MK nak story ni
bukanlah cinta yang dihalang oleh family or parent tu..bukan cinta antara dua darjat...
This is about...heheheh...Cinta Homoseksual la....
Cinta yang dilarang & ditegah oleh agama Islam...
Atau lebih dikenali sebagai pasangan Gay or Pengkid/Lesbian...


Na uzubillah....
Sebenarnya penyakit ni dah berlaku sejak zaman nabi lg...
Kadang-kadang MK pelik jugak...benda ni dah diceritakan dalam Al-Quran
Tapi mengapa kita tidak menjadikannya iktibar...


Okey mari kita list kan akibatnya jika kamu terlibat dalam gejala sosial kurang sihat ni. Antaranya:-


a) Dimurkai Allah SWT :-
Sebagai kaum muslim kita wajib mengamalkan "Amal Makruf Nahi Mungkar".
Dan benda ini jelaslah satu kemungkaran dan berdosa besar jika melakukannya...
Tapi MK selalu bertanya dalam hati dieorang ni tak takut Tuhan ke?
Tak takut ke kalau Tuhan turunkan azab nanti?
Allah SWT marah pada mereka yang mengamalkan cara hidup sebegini...




b) Hati Tidak Akan Tenteram :-
Bila kita terjebak dengan benda macam ni...
Hati kita akan resah dan gundah gulana...
sentiasa rasa yang orang lain kutuk kita je kan...padahal orang tak cakap pape pun...
Ibarat bersangka buruk pada orang lain la...
Kalau dieorang cakap "Ikut Suka La.Kami Bahagia Apa"
Memangla korang bahagia, tapi percayalah itu hanya sementara je...
Cinta macam ni takkan ke mana pun...
Mungkin didunia ni kamu bersuka-ria,tapi di akhirat sana tunggulah azab Tuhan...


c) Masyarakat Memandang Serong :-
Golongan seperti ini akan dipandang hina oleh masyarakat...
Dieorang mungkin dipulaukan..tak kira la samaada keluarga,kawan-kawan,jiran 
dan sebagainya...
Dieorang mungkin akan cakap "Lantak Kami lah. Kubur Masing-Masing"..
Kalau gitu MK akan balas "Sebab kubur masing-masing la aku nasihat,Aku takleh tolong
                                          kau nanti. Kalau kubur kita sama aku leh jugak tolong kau, 
                                          merayu pada malaikat jangan belasah kau"...


d) Akan Tersebar Pelbagai Penyakit :-
Haaa...antara penyakit yang leh tersebar dari hubungan sejenis ni 
ialah penyakit kelamin...
mesti korang tak caya kan...
Kalau dah bercinta jenis gini..ditambah syaitan iblis menghasut..
mestila akan terbuatkan..tau apa??zina la...
Zina tu bukan khas untuk hubungan seks je...yang ringan2 pun dikira zina jugak..
paham tak??tak paham sudah!!


e) Umat Islam Tidak Akan Berkembang :-
Nape MK cakap camni...memangla..kalau dah bercinta sejenis
Macam mana nak dapat zuriat??..
zaman sekarang mungkin banyak teknologi canggih untuk dapatkan anak
pada pasangan yang sejenis..tapi adakah zuriat itu halal di sisi agama..
Dan lagi satu zuriat yang dihasilkan tiada kualitinya...
Kualiti apa?macam-macamlah..peribadinya,sifatnya,akhlaknya..dan lain-lain


Jadi apakah pandangan kalian terhadap isu ni??...
Mungkin sesetengah pembaca akan marah dan tak setuju dengan pendapat MK..
Tapi kita kan saudara seagama..sewajibnya kita saling nasihat-menasihati...
Jika ada yang tak betul kita mesti betulkan...


Ermmm...Okeyla dah masuk waktu berbuka puasa ni...
MK nak berbuka lu...tak baik lambat-lambat kan...


So hidup didunia ni hanyalah sekali saja...
Biarlah kita tinggalkan dunia ni dengan perkara yang penuh makna dan bermanfaat
Supaya di akhirat kelak tiada penyesalan...

Firman Allah;
"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu" (Surah Al-Qamar : 33-36)
Ini bukan cinta terlarang ok..ni adikku!!!


"Renung-Renungkan & Selamat Beramal"