Tuesday, January 31, 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu


Pantas aku menaip ibarat acara drift yang sedang  berlansung dilitar sepang...semata-mata untuk join segmen yang menarik mata hati aku ini. Tidaklah mahu aku berceloteh panjang. Sekadar ringkasan kalam dari hati.

Aku merupakan blogger baru yang agak tegar ingin setiap entrinya dibaca oleh pembaca budiman yang ikhlas. Maka kerna itu saban hari entrinya akan diperbaharui. Bulan Julai 2011 merupakan tarikh keramat untuk aku memulakan sisipan sebagai pemilik blog.

Nama pena yang aku gunakan ialah Makwe Kintan. Ye itulah aku...kenapa nama Makwe Kintan dipilih? kerna suamiku tersayang. Nama panggilan dia dalam keluarganya adalah Kintan. Nama manja dia. Pangkat sebagai bapa saudara sulung didalam keluarganya dipanggil Pakwe. Orang Pahang katakan...So kalau suami aku pangkatnya pakwe...aku mestilah makwe kan...aku pun gabungkan jadilah Makwe Kintan...lagipun aku mahu abadikan nama itu khas buat suami agar dia sentiasa tahu aku sayangkan dia..ceh jiwang lah pulak...walaupun nama tu buruk dan agak kekampungan tapi tetap ada identiti tersendiri....yehhh...i like!!!

Nama blog still Makwe Kintan tapi pada header (takcantikkan) aku tepek "When I Talking About...bla..bla..bla"...

Kenapa?banyaknya soalan..hehe...sebab sebagai blogger aku suka "bercakap tentang"...apa saja yang aku rasa nak share pada pembaca budiman...tagline blog ye...entahlah...tapi yang pasti aku suka buat  " ^__^ " jika aku tinggalkan komen dalam blog orang lain...ada sapa-sapa perasan tak? mungkin itu tagline aku kot...

Aku mula jatuh cinta pada blog selepas aku rajin baca blog Cik Epal, Fatin Liyana, Annas Easkey, Fatin Suhana, Hanis Zalikha, Budu dan Belacan, Perempuan Jomblo serta Ini Fynn Jamal Cakap...Setiap intipati dalam blog mereka berlainan..masing-masing ada cara tersendiri untuk ungkapkan catatan harian...mereka jugak inspirasi aku...maka aku kuatkan hati tabahkan diri untuk ada blog aku sendiri...

Aku mahu kongsikan perkara random yang mahu aku ceritakan pada pembaca..juga berkongsi informasi berguna kepada semua...

Serius aku tak pandai nak buat header atau templet yang cantik dalam blog aku..so blog aku memang tiada miracle ye...sebab aku just want to make a simple...but still diffrent...tapi untuk future memang aku dah bercadang nak kemaskan lagi blog sepah-sepah ni...buat header yang cantik dan kemas dan susun item dengan baik supaya tak serabut lagi mata kamu melihat..

Mungkin aku akan buat contest header akan datang...sapa buat header menarik perhatianku akan diberi hadiah dan aku gunapakailah header tu...amacam nak tak bantu aku? haha...perancangan baru...jadi ucapan ribuan terima kasih buat mereka yang sudi baca bebelan aku setiap hari....love you all ^__^

Sekian terima kasih....

Monday, January 30, 2012

"Bergambar Bersama Kekasih Boleh Jejaskan Hubungan ?"

Dulu masa zaman hingusan, ada seorang kawan aku bagitahu kalau nak hubungan cinta kekal lama jangan bergambar berdua banyak sangat. Nanti hubungan cinta tu akan putus cepat. Oh betul ke?

Baiklah mari aku kupaskan idealogi lapuk ini untuk korang baca. Masalah tersurat disini ialah "Tidak digalakkan bergambar bersama kekasih yang anda cintai"...dan Masalah tersirat ialah " Jawapan sebenarnya kenapa tidak digalakkan bergambar bersama dan boleh jejaskan hubungan"....

Mudah saja. Pertama kau adalah budak hingusan. Jadi janganlah menggatal nak bercinta bagai nak rak. Kedua kau dan kekasih bukannya ada hubungan halalan toyyiba lagi dalam Islam. Jadi jangan pandai memandai-mandai nak duduk rapat-rapat apatah lagi peluk-memeluk dan cumbu-mencumbui semata-mata dijadikan kenangan gambar. Ketiga kalau hubungan cinta itu putus ditengah jalan sama ada cepat atau lambat, bermakna bukan jodoh kau lah tu.

Jadi jangan kerana hubungan putus, gambar disalahkan. Mengarut sehhh!!! Padahal boyfriend kau memang dasar buaya darat spesis tembaga..atau mungkin kau pulak jenis perempuan tak cukup pakwe sorang...Kalau ada pakwe ramai maka kau perasan kaulah minah paling meletop kat kawasan perumahan tu..

Jadi alasan punca hubungan cinta boleh putus gara-gara bergambar memang tak boleh pakai...

Itu saja kupasan aku hari ini...terima kasih....

p/s : Kupas isu tah pape...baik tolong mak kupas bawang....

Kecundang Jua ...

Mengenang janji pada diri sendiri setiap pagi. Sebelum melangkah ke pejabat. Aku berhias dihadapan cermin. Seraya menabur janji didalam hati. "Hari ini bila sampai ke pejabat aku janji takkan bukak blog. Nak buat kerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang..Yes !!! (dengan begitu yakin)...maklumlah setiap hari terpengaruh dengan perkara lagha...

Namun pabila kaki melangkah menuju ke tempat duduk di pejabat. Aku labuhkan punggung diatas kerusi. Ku tekan butang open PC pada kotak CPU..ye perkara no.1 adalah bukak sistem untuk lihat peruntukan dan information terbaru daripada jabatan. Dan perkara no.2 aku tertekan akaun blogger ku...parasit betul...nak jugak tengok rentetan hari-hari kelmarin oleh blogger handalan semalaysia ni...

Mudahnya terpengaruh tipu daya syaitan...senangnya aku buat janji...sekarang sudah serba salah membelengu dalam hati...setelah mendapati diri ini bersalah, aku bingkas bangun dan istigfar sebanyak mungkin...Alhamdulillah mula melakukan kerja hakiki yang wajib disudahkan... selesai buat perubahan gaji...bagus!!!...perkara seterusnya tiba-tiba tangan ini bergerak sendiri membuka akaun blogger...waduh..ngapain sik!!! Udah ngak mampu lagi menahan nafsu membuak dihati ni....brengset!!!...

Akhirnya saban hari sudah menjadi rutin sambil buat kerja sambil bukak blog...blog sapa? blog korang lah aku baca....dan kini sedang menaip entry "Kecundang Jua" sambil menyalahgunakan komputer dan kemudahan internet dipejabat..kalau bos aku tahu mampos aku....hahaha....

Friday, January 27, 2012

Mari "VOTE" Kita !!!


Mem " VOTE" saya...

Pertama kali sertai pertandingan sebegini...

Terasa kecil diri ini berbanding blogger hebat yang lain...



Worst Blog Of The Year

Dan saya dengan sedar dirinya masukkan blog ini dalam kategori "Worst Blog Of The Year"

Yeeeehaaaaaa!!!....sadau pun diriku ini...

So saya minta jasa baik dan sedikit masa kalian untuk klik undi blog saya...

Bolehkan? *wink-wink*

Untuk Undi TEKAN SINI

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Gatal Terkena Miang Keladi Garu Sendiri...^__^

Wednesday, January 25, 2012

LOL : AJL Story Morry !!!

Sumber : SINI

Jom Join New Cicaktersepit Bloglist

Fine...Fine...Fine....

Join untuk tambahkan kenalan....(akutipusemata)

Dan nama blog pun buat aku teringat pada suami...

Cicak tersepit...ermmm...sang suamiku adalah cicak hunter....

Tiap malam lastik cicak...sebab geram asik berak je kat dapur....

Ok lalut plak...so come guys...join if you think you are awesome ...

like me...tsk..tsk..(minahperasan)

WordLess WedNesDay : Alhamdulillah !!!


Rezeki Hari Ini...


DONE !!!

Thursday, January 19, 2012

" Fitrah Binatang Pun Menolak Homoseksual"

Jam 11.00 malam tadi sempat aku menonton Soal Jawab TV3. Membincangkan isu-isu homoseksualiti atau pasangan sejenis. Salah seorang penceramah jemputan iaitu Mufti Perak, Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria. Beliau menyatakan "Fitrah Binatang Pun Menolak Homoseksual"....

Memang benar apa yang dikatakan oleh Mufti Perak ni. Selama kita hidup diatas muka bumi Tuhan ni. Pernahkah kita lihat binatang berpasangan sesama jenisnya..."jantan beromen dengan jantan"..."betina mengawan sesama betina"? Konfem tak pernah...kalau pernah tu tanda dunia memang hampir kiamatlah....

Cuba kita selami balik...sedangkan haiwan yang hanya diberikan otak tanpa akal tidak melakukan hubungan sejenis..inikan pula manusia seperti kita yang sememangnya dikurniakan akal fikiran? Adakah kita mungkin lebih teruk dari binatang? Jika kita membenar atau menyokong hubungan sejenis atas dasar hak asasi manusia...bermakna kita menolak hukum hakam Allah SWT...

Kita makhluk bernama manusia sudah siap siaga berjanji dengan Allah SWT sejak azali lagi untuk menjadi khalifah di bumi ini...khalifah ialah ketua...adakah patut kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada makhluk yang lain? aku rasa syaitan laknatullah pun berpasang jantan betina...tidak berhomoseksual...kita? dimana letaknya dasar akal rasioanal kita? dilutut atau tapak kaki?...

Akal yang dipinjamkan gunalah sebaiknya untuk kebaikan...bukan ikut suka hati...kerana itu otak & akal diletakkan diatas kepala...tempat paling tinggi pada anggota tubuh kita...kerana akal sememangnya mulia...namun kita yang mengiktirafkan nafsu sebagai raja untuk memerintah tubuh kita bukan?...

p/s : "Takut Dengan Balasan Allah SWT"

Buat Mereka Yang Suka Perhimpunan Haram !!!

Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:

”Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.”
 
(Bukhari dan Muslim)

Huraian



Rasulullah SAW melarang kita daripada bertindak menentang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian).
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahkannya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar syarak.

Dalam konteks sebuah negara Islam, kita umat Islam hendaklah mempamerkan sikap yang baik terutamanya kepada yang mereka yang bukan Islam kerana Islam menyuruh kita supaya hidup bersatu padu, bertoleransi, musyawarah dan bekerjasama dengan pemerintah. Sekiranya ada tindakannya yang kurang wajar maka kita harus bersabar dan memilih jalan penyelesaian yang paling selamat demi keamanan negara dan kesejahteraan umat sejagat.

Wednesday, January 18, 2012

Segmen : Jom blogwalking!

Meramaikan segmen...korang jom join...

Aku tak kira...nak taknak korang kena join jugak...

hahaha....paksa rela....

Sape join segmen ni dia memang cute & awesome ye....(koyabagus)

saja aku nak meramaikan je....jangan marah fatin...

Nak join klik banner ye....

Blog Pilihan Hari Ini

Tercari-cari...aku terjumpa ....ini...


Aku baca setiap intipatinya sepintas lalu...lalu tertarik untuk aku promosikan pada kalian....

Yang paling mengusik jiwaku ialah kata-kata dari si dia ini tentang dirinya...



Cara yang bersederhana...itu yang aku suka...

Mari kita berkenalan dengan si dia....http://pincangpuisi.blogspot.com

Tuesday, January 17, 2012

Review Blog : ' Mujahadah Itu Pahit "

Tertawan...hanya itu sahaja kata yang mampu aku ungkap untuk blog ini.
Kenali siapa dia..." Hanya Jauhari Mengenal Manikam "...


"Jatuh Cinta Bacaan Pertama" ialah ini...


Mari melayari hati sanubari si dia...http://darimataerna.blogspot.com/

Cebisan Kata Oleh Manusia Belum Hebat ...

Setiap manusia yang lahir didunia ini hanyalah manusia biasa. Namun dikalangan manusia biasa wujudnya manusia hebat. Manusia hebat ialah manusia biasa yang berubah menjadi manusia luar biasa. Manusia luar biasa sentiasa berusaha untuk memiliki pemikiran rasional dan berfikir diluar kotak pemikiran manusia biasa.

Ini bermakna manusia luar biasa sentiasa berfikiran positif terhadap keadaan sekitar dan setiap keputusan yang ingin dilakukan mengambilkira kesan jangkamasa panjang.

Dan sekiranya pemikiran serta idealogi oleh manusia luar biasa ini mampu memberikan manfaat kepada manusia biasa yang lain, maka manusia itu manusia hebat.

Semua manusia ialah manusia biasa. Hanya segelintir manusia sahaja mahu merubah kepada manusia luar biasa. Mereka inilah sebenarnya manusia hebat.

Wahai manusia, siapakah dikalangan kamu ialah manusia hebat?

Seandainya kita telah menjadi manusia hebat, jangan cuba mendabik dada. Kerana keangkuhan itu pemangsa bagi kehebatan manusia. Sehebat manapun manusia, tetap hamba hina kepada Yang Maha Hebat..Subhanallah...

Thursday, January 12, 2012

Tak Setuju Dengan " Gemersik Kalbu" !!!


Ye...setiap petang jam 7.00 aku akan mengadap TV3 untuk tonton drama Gemersik Kalbu...
Dan hari ni aku nak protes secara terangan di blog aku...semasa adegan mabuk si pelakon Aqasha tu...

Mak bapak dia boleh pulak marah sebab anak dia orang tak datang meeting malam tu...bukannya marah anak sebab telan "arak" haram dan balik mabuk-mabuk...apa punya ceritalah....

Sepatutnya krew cerita ni kalau nak buat drama pastikan ada nilai murni diselitkan...bukan setakat cintan cintun bagus je....ni setakat nak bagi laku drama je....dah terang-terang family drama tu Islam...haihsss...malas komen panjang sangat...kang kena 'GAM'....bye...

"Arak Is Haram...Ngerti Kamu"

Dapat Tawaran Lagi !!!



Masuk kali ni dah 2 kali aku dapat tawaran sambung belajar ACCA kat Kolej Poly-Tech MARA. Aku tak mohon pun. Tapi ditawarkan lagi. Hari tu pihak MARA call cakap aku layak ditawarkan scholarship jika aku daftar belajar ACCA full-time ni. Confused lah pulak...nak pergi ke tak...

Tahun lepas aku tolak sebab JPA tak bagi aku sambung lagi. Sebab aku berkhidmat tak cukup 3 tahun penuh lagi...so cancel...Tapi tahun ni dah lebih 3 tahun penuh...aku boleh apply cuti belajar sepenuh masa dengan kerajaan...

Aku pun dah check dengan JPA...kursus ni diiktiraf kerajaan setaraf Degree Accounting IPTA..tapi yuran boleh tahan...RM 20 K for 4 year study...Aku tahu nak belajar ACCA bukan senang..ni kelayakan bertaraf antarabangsa untuk jadi Akauntan Bertauliah dan berdaftar dengan Badan Profesional...lagipun everything i must learn in English, UK...and the exam from UK...dan kertas jawapan akan ditanda oleh pihak ACCA UK...ahhhh...pengsan jap....

Tapi kali ni tiba-tiba aku kurang yakin dengan diri sendiri..selalunya apa yang aku buat mesti keyakinan kuat..but this time i'm feel not confident...why..why...why...

Lagipun kat Malaysia ni kurang 10% akauntan bumiputra berdaftar dengan badan profesional....Dan negara kita memerlukan 65,000 Akauntan bertauliah menjelang tahun 2020...

Takpelah...aku buat solat istiharah dulu...suami aku pun dah beri lampu hijau kalau aku nak sambung belajar...aku pernah buat entry pasal ni kat SINI...

Aku sebenarnya rancang nak kerja kat oversea & nak bukak chartered accountant company..bukan nak keje gomen "angguk-angguk tak geleng-geleng" sampai pencen...hehe...

That why i need the certificate yang boleh aku 'pertaruh' kat mana-mana bumi Tuhan ni to get some experience before i ready to open my business...maklumlah aku asal dari darah daging orang berniaga...ayah aku businessman...aku dibesar dengan duit business...dari bukak warung roti canai sampailah ayah aku jual perhiasan kristal mutiara...dari berniaga tepi kaki lima hinggalah ayah punya 25 lot kedai mutiara kristal di harbour square sandakan...dari ayah ke tapak niaga hanya naik basikal tua & bas awam dengan bawa 2 periuk tong kari hingga ayah punya toyota harrier dan hilux utk ke kedainya...ayah memang inspirasi aku....lagipun ayah aku orangnya suka merantau..maklumlah orang indon..hehe..start dia merantau umur 15 tahun kerja kelasi kapal kat singapore...datang malaysia mula keje pekebun je...pastu bermulalah business nya disini...dari semenanjung hingga ke sabah...dan terbaru ayah eksport pulak barangannya ke australia dan amerika...You are Awesome Dad !!!

So aku tengah membuat keputusan ni...fening lalat....& i think i need your comment guys...please...*wink-wink*...

Tuesday, January 10, 2012

'BLOG,LEARN AND GROW TOGETHER'


SEGMEN WEH SEGMEN LA WEH !!!

Mari...mari...mari jangan malu jangan segan...
Join segmen Arra dapat "hadiah misteri"...
Untuk entry paling menariklah...

Hadiahnya ialah 10 peket " Kopi Janda " buatan janda Malaysia....
Hahaha...tu pun kalau korang nak percayalah...

Moh kita pakat ramai-ramai join...
Sape lambat dia rugi weh rugi...!!!

 " Tujuan segmen ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama blogger..
di samping menambahkan follower.." kata Arra Ahmad.
 
Jumlah follower blog aku sekarang 107 orang...
Target untuk akhir bulan Januari ni 1070 orang boleh tak?
hehehe...Bajet blog fofulerrr lah tewww nak follower ramai-ramai...YEKKK!!!
 
Aku tag kat semua rakan follower blog ni tau...
 
KLIK SINI untuk maklumat lanjut...
 

Tulis Surat Bila "Marahkan" Suami ...

"gaduh macam anjing & kucing"

Bila dah kahwin ni tipulah kita laki bini tak pernah gaduh kan...
Ada je benda yang tak puas hati antara masing-masing...
Aku pulak jenis panas baran...pantang salah sikit mulalah melenting...

Tapi aku ada satu cara supaya aku tak keluarkan kata-kata kesat pada suami...
Aku amalkan cara tulis surat...aku tulis apa yang aku tak puas hati dengan dia...
Secara tak lansung aku dapat cool kan marah aku...
Siap tulis aku pun tampal kat dinding atau pintu dalam rumah...
Untuk memudahkan suami aku nampak dan baca...
So dia tahulah aku marah...pastu dia akan balas...tulis surat jugak untuk jelaskan semua...
Dan tampal jugak macam aku buat...

Lepas aku baca barulah kami akan duduk berbincang...
Hehehe...sekarang cara tulah trend aku & suami bila gaduh...
Takde maki hamun..periuk pun tak terbang macam UFO...
Dosa pun tak bertambah....dan tak sakit hati masa gaduh...
Semua dalam keadaan terkawal walaupun marah...kan..kan...


"Kenapa Wanita Islam Wajib Menutup Aurat ?"



Dulu masa lepas SPM..aku ke kota Shah Alam untuk bekerja sebagai 'minah kilang'. Aku ada kawan lelaki dan dia beragama kristian berasal dari Sabah. Dia agak rapat dengan aku dan cakap suka kawan dengan aku. Bila time makan rehat dia akan join aku & kengkawan. Pelik..sebab ramai 'mamat kilang' kat situ..tapi dengan aku jugak dia nak kawan...aku jenis tak pilih kawan...asalkan baik sudahlah...tak kira agama apa pun...yang penting jaga batasan mengikut syarak...

Tapi setiap hari ada je soalan yang akan dia tanya aku pasal Islam...pernah dia tanya soalan pasal aurat...

Kawan : " Kenapa perempuan Islam wajib tutup aurat ? "

dan aku jawab dengan bagi perumpamaan..sebab nak bagi dia faham dengan mudah...

Aku : " Okey cuba bayangkan...awak ada satu permata berlian yang paling mahal didunia..macam mana awak nak jaga berlian tu?...mesti awak nak jaga dengan sebaiknya...
Mula-mula balut dengan kapas yang lembut..sebab taknak bagi tercalar...lepas tu balut lagi dengan kain paling elok...kemudian masuk dalam kotak berkunci...simpan pulak dalam peti besi yang bernombor siri... simpan lagi dalam peti besi yang lekat pada dinding atau letak dalam bilik kebal yang securitynya tinggi...bilik kebal tu pulak letaknya bawah tanah atau tempat yang orang lain takkan tahu...awak mesti taknak bagi orang lain tengok atau curi berlian awakkan?
Hanya awak seorang saja yang boleh tengok berlian tu...kalau awak bagi orang lain tengok berlian awak dan pamerkan pada orang ramai...mungkin berlian awak akan jemu dipandang, pudar warnanya dan mungkin akan rosak...kurang kualiti dan kurang nilainya....betul tak?

Begitu jugak dengan Islam..wanita diletakkan satu tempat yang paling mulia dan tertinggi kerana maruahnya...aurat itu adalah maruah bagi wanita..dan ia haruslah dijaga sebaik mungkin...kerana hanya lelaki yang sah disisi agama sahaja layak memiliki wanita tersebut iaitu suami...tubuh wanita hanyalah untuk tatapan suami sah sahaja...dan suami yang baik tidak mahu isteri kepunyaannya menjadi tatapan umum...jadi bayangkanlah...andai wanita belum berkahwin..tidak menutup aurat dan dedahkan kepada umum...apa yang tinggal untuk suaminya bila dia berkahwin nanti? Sebab itu Islam mewajibkan kami wanita menutup aurat...bukan untuk membebankan...tapi untuk menjaga maruah diri...maruah keluarga...maruah keturunan...dan maruah agama...serta kerana ALLAH swt..."

Jawapan aku membuatkan dia berfikir...dan esoknya kawan datang lagi jumpa aku....

Kawan : " Semalaman saya tak dapat tidur..fikirkan jawapan awak semalam...sekarang saya sudah tahu kenapa...agama awak memang mulia...selama ni bila saya tanya kawan-kawan yang lain...jawapan mereka hanyalah " sebab Tuhan suruh..kenalah buat"...saya tak puas hati jawapan tu...tapi awak lain...terima kasih...awak dah selesaikan pertanyaan yang selalu terbelenggu dalam kepala saya selama ni..."

Aku hanya tersenyum je...namun aku bukanlah muslimah yang pandai serba serbi dalam hukum hakam agama ni...banyak lagi ilmu fardu ain yang aku kena belajar...

Tapi ilmu yang baik itu wajib untuk kita sebarkan...kerana manusia ditugaskan menjadi khalifah dimuka bumi, Umat Islam ditugaskan berdakwah kepada yang bukan Islam dan tugas kita sesama Islam adalah untuk mengingati sesama saudara seagama kita...

Andai ada yang menegur kerana kesalahan kita, jangan cepat melenting...terimalah teguran dengan ikhlas...kadang kala kita tidak sedar kealpaan kita sehingga lalai dalam perbuatan dan tindak tanduk...

Daripada-Nya kita datang...Kepada-Nya jua kita kembali...Wallahualam...

Monday, January 9, 2012

Wajib Ke Menangis Masa Tengok Orang Mati ?

Di suatu hari yang suram...
Tatkala sekujur jenazah dibacakan Surah Yasin...

" Awak tak menangis pun macam orang lain..tak sedih ke tengok sedara awak meninggal? "

Ini masalah aku setiap kali hadir menziarahi kematian...
Tak setitik pun air mata aku jatuh....
Dan tiada linangan airmata kelihatan...
Entah kenapa ye... 

Tapi orang lain melihat ini sebagai satu masalah...pada aku tidak...
Aku cuma bersedih dalam hati je...
Kalau bab lain teresak jugak aku meraung...
Tapi bila bab tengok orang mati tak pulak...
Walaupun sedara terdekat...

Terasa kehilangan...tapi...
Mungkin aku dah ajar dalam diri sendiri...
Jangan menangis...terseksa si mati...

Aku jugak ada tabiat lain....
Suka tengok kubur...
Setiap kali lalu kawasan kubur aku akan bagi salam dan tenung...
Dalam hati seraya berkata " satu hari nanti inilah rumah tumpangan aku "
Dah terajar diri sendiri...suka bagi salam bila lintasi kawasan kubur...

Sehingga suatu hari pernah aku tersasul....
Memberi salam ketika lalu di kuburan cina...
Astagfirullah...terlepaslah...
Dosa agaknya...aduh...tabiat-tabiat...

Tapi kalau mak ayah suami & adik-adik aku mati nanti....
Menangis ke tak aku ?
Mintak-mintak tak meraunglah...

P/S : " Mati Itu Pasti "

Tak Bersalah ! Jadi Siapa Salah ?...


Dan pagi tadi semua rakyat jelata dah tahu kan...

Datuk Anwar Ibrahim tak bersalah atas tersebut alkisah tuduhan liwat...

Dia orang buat wayang ramai-ramai...

Aku beli tiket sambil duduk tengok je...

Tak tepuk tangan, tak tepuk dahi, tak jugak tepuk amai-amai belalang kupu-kupu...

Kalau ada pagar, akulah orang yang bertenggek kat atas pagar tu...

Mahkamah dunia yang mengadili....

Allah swt sentiasa bersama orang yang dianiaya....

Jangan takut untuk tegakkan keadilan....

Namun kita semua juga tidak tahu kisah sebenar disebalik propaganda ini...

Tunggu sahaja Mahkamah Akhirat...

Barulah sah kesahihannya siapa salah siapa kalah siapa beralah...

Tapi aku tak nafikan di Malaysia ni dah jadi budaya wajib sebaran fitnah & tuduhan melulu...

Demi tegakkan kepentingan sendiri, kuasa & harta...

Bukan kerana Allah Ta'ala...

Wallahualam....

Friday, January 6, 2012

Tarikh Penting Permohonan IPTA 2012

Kepada adik-adik lepasan SPM, STPM, STAM, Sijil dan Diploma...

Aku ada uploadkan jadual tarikh bagi permohonan IPTA untuk kemasukan tahun 2012 ini...

Lagipun untuk peringatan aku sekali...

Sebab dah plan nak sambung study Degree full-time tahun ni...

Yukkk Kita Semangat !!!




Untuk Maklumat Lanjut Klik Sini.

Thursday, January 5, 2012

Gaji Pemimpin Singapura Tersangat Dahsyat !!!



OMG...OMG....banyaknya gaji kau ye....

Lee Hsien Loong merupakan pemimpin tertinggi Singapura yang menerima gaji paling mahal di dunia. Gaji yang diterimanya adalah sebanyak AS$1.69 juta (RM5.31 juta) untuk setahun...
Korang bahagikan jelah untuk dapat sebulan...Ha berapa? dalam RM 400 ribu sebulankan...perhhhh!!!

Elaun Yang Dipertuan Agong Malaysia pun baru RM 98 ribu sebulan...hehehe ni menurut sumber yang aku dapat masa pergi kursus dulu lah...4 kali ganda kan....kayo den kayo...eh bukan den...dio lah kayo...hahaha...

Tapi kalau nak gaji banyak korang belajarlah rajin-rajin...pastu mintak kerja dengan Petronas...hehehe...bukan tukang pam minyak @ juruwang kaunter bayaran ye...kerja kat Syarikat Petronas lah....

Dulu masa aku duduk Kuantan..pernah ada jiran rumah aku cakap..ada Senior Manager Petronas duduk kat kawasan perumahan kita orang tu...Gajinya dengar cerita sebulan RM 90 ribu sebulan...betul ke tak? Wallahualam....

Tapi bagi aku lah kan...kalau nak kayo copek...eloklah korang berniaga...sebab 9/10 rezekikan datang dari perniagaan...tapi masih ramai yang kejar 1/10 tu kan iaitu makan gaji buta...opss...makan gaji lah...ceh aku cakap pandai...aku pun kerja makan gaji dengan gomen..porahhh MK!!!...entah bila lah aku nak ikut jejak ayah aku bukak bisnes...income masyuk...tapi modal tak cukup lagilah wei....hishhh...melalut pulak...

Dah...dah...yang penting carilah sumber pendapatan yang halal ...bye...

Facebookis....layan !!!

Kahkahkah....

Social Networking baru punya...Facebookis...

Join lah wei...add aku ye....^__^


Wednesday, January 4, 2012

Kisah Aku Darjah 1 : " Terkencing Dalam Kain"...

Macam biasalah...hari ini kan first day sekolah untuk tahun 2012 ni...
Aku kalau ke pejabat memang akan melalui sekolah kat depan rumah aku ni....
Aku duduk rumah kuarters kerajaan...depan sekolah pulak tu...
So kalau nak ke pejabat aku akan jalan kaki melalui dalam sekolah rendah kat sini...
Malas aku drive kereta..dekat sangat pejabat dengan rumah...jalan kaki tak sampai 5 minit...
Buat bazir minyak petrol je nanti...lagipun eksersais kan bagus...hehehe...

Pagi tadi punya alkisah...macam biasa jalan kaki ke pejabat melalui dalam sekolah rendah....
Budak-budak bergumbira jumpa kembali rakan-rakan seperjuangan mereka...
Yang tak tahannya aku nak gelak kat budak darjah 1....
Maklumlah pertama kali masuk sekolah...
Macam-macam pe'el la diaorang ni....
Ada yang nangis sambil hentak kaki...ade yang tak takut orang...
Ada yang suruh mak bapak balik pun ada...hahaha...
Dah dapat geng kan...taknaklah parent teman dah...

Teringat pulak kisah aku dulu-dulu masa masuk darjah 1...
Ayah hantar pagi-pagi naik motor...tapi aku lupa bawak beg sekolah...
So aku pergi sekolah hari pertama lenggang kangkung je...
Bila dalam kelas cikgu start mengajar...aku pun menggagau nak cari pensil dengan buku...
Ayah aku pun tepuk dahi cakap..."alah ayah lupa nak bawakkan beg sekolah along"...

Redha jelah...tapi nasib baik kawan satu kelas aku baik...namanya Ikhwana...
Wana ni cantik orangnya...rambut panjang bertocang...dia yang bagi aku pinjam pensil...
Bestnyalah...tapi yang buatkan aku terpegun tengok adalah masa dia keluarkan kotak pensil warnanya...
Colour Luna...perhhhh!!! dahsyat woii...yang besar sekali parent dia beli...tak silap aku ada 70 batang pensil colour dalam tu kot...fuhhh!! kira dia anak orang kayalah kan....
Aku masa tu ayah cuma belikan colour Luna yang 12 batang je...ceconet je kotak....

Tapi Wana ni tak kedekut...setiap kali mewarna dia akan offer colour pensil dia pada aku...
Apa lagi...guna jelahkan....hahahaha...
Dan sampai sekarang aku dengan dia masih lagi berkawan...kita orang dah kahwin dan dia pun dah ada cahaya mata seorang...still contact lagi....
Dari umur 7 tahun sampai sekarang dah umur 24 pun....17 tahun berkawan..sekolah rendah & menengah memang sama lah...

Dulu masa darjah 1, aku sorang je budak perempuan yang pakai tudung kat sekolah..budak darjah 1 lain semua freehair lagi...sebabnya masa umur 6 tahun mak ayah hantar aku masuk tadika Al-Arqam...tadika agama...jadi dah start pakai tudung dari tadika...bila masuk darjah 1, mak aku pun tanya aku nak pakai tudung tak pergi sekolah...aku jawab nak...sebab masa tu aku fikir segan tak pakai tudung...dah diajar macam tu kan....so aku rasa kalau kita nak didik anak untuk jadi baik didiklah ia dari awal...supaya bila dah besar ia akan jadi rutin pada mereka....

Yang memalukan aku masa darjah 1 aku pernah terkencing dalam kelas...aku takut nak pergi tandas dan takut nak cakap kat cikgu Zawiyah, guru kelas aku....padahal cikgu tu tak garang pun...baik sangat...aku pun tahan lah sampai aku tak sedar entah bila air kencing aku meleleh keluar...hahahha

Cikgu perasan bawah meja aku ada air...cikgu tanya "awak kencing ke? nape tak cakap kat cikgu nak pergi tandas"...cikgu aku senyum je....hahahha...malunya...aku diam seribu bahasa....

Bila balik rumah mak aku tanya "along kenapa kain basah?"...dengan selamba aku kelentong mak aku cakap " oh tadi along terjatuh kat lopak air mak"....kahkahkah...aku berjaya 'kencingkan' mak aku...padahal aku terkencing dalam kain kat sekolah....bongoklah....

Pernah dulu masa kelas pendidikan seni darjah 1...cikgu bagi kertas lukisan dan suruh kita orang buat corak batik...Aku dah buat cantik-cantik kat sekolah...sekali aku tersalah warna...aduh...buruk jadinya...cikgu pun cakap sapa tak siap boleh bawak balik..esok pagi-pagi hantar kat cikgu....

aku pun balik rumah nangis-nangis kat mak aku...." lukisan batik along dah buruk mak..." mak aku lah puas pujuk aku suruh diam....mak aku cakap " takpe kita buat yang lain ye"...aku bentak lagi..."tak boleh...cikgu cakap kena guna kertas lukisan yang dia bagi jugak...sebab belakang kertas tu ada cop sekolah"...masa tu kan lurus bendul...apa cikgu cakap semua kena ikut....

Dengan kebijaksanaan mak aku....dia gunting cop sekolah tadi dan tampal pada kertas lukisan yang baru...lepas tu bertungkus lumus mak & ayah aku buatkan corak batik pakai pelepah pisang lagi....cantik oiiii....

Mak aku cop kaler merah...ayah aku cop kaler biru...pastu kuning dan hijau...buat bentuk bunga...jadilah corak batik....esoknya dengan hati girang aku hantar pada cikgu dan dapat pujian cakap pandai aku buat...cantik cikgu suka..cikgu pun belek belakang kertas tu tengok ada cop sekolah..genius mak aku...padahal realitinya mak bapak aku yang buatkan...hahaha...dapat gak 'A++' lukisan aku.....pandai tak? pandai kelentong kan....

Kalau nak cerita pengalaman dulu-dulu sampai esok tak habiskan...tapi memang lawaklah aku dulu....nanti bila aku dah ada anak, aku nak bagitau kisah aku ni kat dia....keh..keh..keh...bye...

Tuesday, January 3, 2012

Pertanyaan Tak Berjawab...

Nak buat protes sikit....

Kepada PDRM...

Mungkin ini cara salah untuk ekspresikan ketidakpuasan hatiku ini....

Tapi aku nak buat jugak...dalam blog aku sendiri....

Aku ada hantar soalan pasal prosedur adalah....(takmahuheboh)

Kat Maklumbalas website kamu....

Kat situ tulis dalam masa 3 hari bekerja akan berbalas....

Namun kecewalah...dah dekat seminggu pun....tiada lagi jawapan....

Aku dah sertakan alamat emel aku pada soalan tu....

Just want to know about the procedure..

But why i don't get the answer? I just ask the simple question ...

Mana Oh Mana jawapannya....(nyanyilaguaizat)

Ku tunggu Jawapanmu...Ku tunggu Jawapanmu...(laguirwansyahpulak)

tsk..tsk..

Monday, January 2, 2012

Entry 119 untuk 2012 !!!

Ini Luahan Rasa Hati....

Orang Lain Sedang Bahagia Di rumah ...

Orang Lain Sedang Menhitung Habisnya Cuti Hari Ini...

Orang Lain Sedang Asyik Menonton Drama Gemersik Kalbu...

Orang Lain Sedang Khusyuk Menunaikan Rukun Islam Kedua Yakni Fardu Maghrib...

Aku Pulak Sedang Duduk Bersila Atas Kerusi Di Pejabat...

Aku Pulak Sedang Sibuk Mengejar Tempoh Tamat Akaun Kerajaan...

Aku Pulak Sedang Berasak Menyiapkan Kerja Tertangguh....

Aku Pulak Laju-Laju Menaip Tugasan Hakiki Yang Tak Pernah Sudah....

Aduh...Duniawi Semata.....