Thursday, January 12, 2012

Tak Setuju Dengan " Gemersik Kalbu" !!!


Ye...setiap petang jam 7.00 aku akan mengadap TV3 untuk tonton drama Gemersik Kalbu...
Dan hari ni aku nak protes secara terangan di blog aku...semasa adegan mabuk si pelakon Aqasha tu...

Mak bapak dia boleh pulak marah sebab anak dia orang tak datang meeting malam tu...bukannya marah anak sebab telan "arak" haram dan balik mabuk-mabuk...apa punya ceritalah....

Sepatutnya krew cerita ni kalau nak buat drama pastikan ada nilai murni diselitkan...bukan setakat cintan cintun bagus je....ni setakat nak bagi laku drama je....dah terang-terang family drama tu Islam...haihsss...malas komen panjang sangat...kang kena 'GAM'....bye...

"Arak Is Haram...Ngerti Kamu"

3 comments:

Nur Raihana Abd Rahim said...

suka tgk cite ni sbb sy dah baca novel dia.tp bab mcm awak ckp tu saya setuju,mak dia marah gitu2 je.kalau bapak kita agknya dh bg pelempang 2,3 kali sebab blk umh mabuk.

LydSunshine said...

Ha ah, mak dia siap cakap lembut-lembut bila anak dia bangun pagi sakit kepala lepas malam tu minum2. Mak bertudung, tapi sporting gila. Tak logik,tak

Hanif said...

zaman moden katakan...sampai lupa tentang hukum hakam agama....
yang penting love to keduniaan...

Ni lerr yang menyesatkan budak2 nanti..huhu
salam kenal