Monday, November 14, 2011

Malaysia Sebenarnya Kaya ... Tapi Entah Ler ...

1) Perihal Minyak Petrol :-


Malaysia & Arab Saudi..Negara pengeluar minyak..
Minyak petroleum kita berkelas pertama atau 'A'..namun dieksport ke luar...
Kita beli minyak berkelas 'C' untuk digunakan oleh rakyat...
RON95 ... risiko kepada kenderaan jika berlaku kemalangan...
enjin akan mudah terbakar...
Kita jual RM 1.90 seliter RON95 & RM 2.70 seliter bagi RON97...
Alasan ikut harga pasaran dunia...
Arab saudi jual minyak petrol kepada rakyatnya
cuma RM 0.40 seliter duit malaysia..
mereka ikut harga pasaran dunia tak??? (pelik sambil garu kepala)
Tapi mereka yang berkuasa bandingkan harga minyak kita
dengan Thailand dan Singapura..
Logiklah mereka bukan pengeluar minyak...
kenapa tak dibanding dengan Brunei yang
sama pengeluar minyak dengan kita ??...huhh!!!


2) Perihal Kenderaan :-


Malaysia & Jepun..Negara pengeluar kereta sendiri...
Kita import kereta luar negara untuk pasaran Malaysia..
cukai / duti atas kereta import lebih 300%..
Kawan aku belajar kat Jepun cakap harga
kereta Honda Jazz di Jepun RM 7000 duit Malaysia lebih kurang..
apabila dijual di negara kita berlipat kali ganda harganya...
Alasan supaya rakyat utamakan kereta nasional...
tapi ada tak kereta baru jenama nasional kita yang 
harganya RM 7000 jugak macam kat Jepun...
Kancil baru pun 20 ribu paling kurang rasanya...
Mengikut cerita teman-teman yang pernah berada di negara Arab,
orang kat sana kalau kereta Toyota Camry rosak tinggal je tepi jalan..
Pastu pegi kedai beli kereta baru... 
Kita camtu jugak ke??...kereta buruk rosak pun duk tunggu lagi..
nak beli baru dengan kadar segera punya mahal giler !!!


Justifikasi :-

Malaysia sebenarnya kaya...tapi kaya cukai dan duti..
ya kita adalah antara negara di dunia yang tertinggi kadar cukainya...

Bagi aku salah satu faktor kenapa kes jenayah rompak, curi, samun dan ragut meningkat adalah kerana gaji atau pendapat rakyat yang rendah
namun kadar harga pasaran barangan isi rumah yang tinggi...

Contoh kejadian :-

Suatu hari aku di kedai makan...
Bila gula naik 10 sen sekilo..air sirap kat kedai makan pun naik 10 sen jugak segelas...
Aku tanya balik tuan punya kedai..."awak letak sekilo gula ke dalam segelas air tu??"

Sekarang kalau orang tanya mana pergi hasil negara kita yang kaya ni...
aku akan jawab "ENTAH LER....."


P/S : Harga minyak RON95 & RON97 tu kalau tak betul bagitau aku kat komen ye...
        aku lupa masa taip entry ni...selalunya pegi stesen minyak aku main isi je...
        cakap ISI PENUH ye...hehehe...harga minyak kan selalu berubah...^__^