Friday, November 29, 2013

Segmen Aku Blogger Malaysia

http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html

Lama dah aku tak sertai segmen. Kali ni tertarik pula dengan segmen dari blogger Botak Gambus. Tema banner biru. Sama warna dengan blog aku ni. Biru putih. Lagipun syaratnya simple je. Itu yang aku suka. Sebab aku kurang minat dengan segmen-segmen yang letak syarat banyak sangat. Nak kena klik punyalah banyak berderet-deret.. segmen yang mulanya aku tertarik terus jadi tak minat nak join. Lagipun memang aku kurang suka dengan "complicated" . Maaf la kalau ada yang kurang senang dengan keterbukaan aku tu. 

Dan hari ni 29/11/2013 Hari Lahir Aku ke-26.. Itu yang semangat nak join segmen. Aku mahu pastikan hari ini "HappyDay Without Stress" .. Haha.. "THORuk betul" (pengaruh cite THOR). ..Kalau korang nak join juga segmen ni boleh KLIK SINI. 

"Aku Blogger Malaysia".. PROUD !

Aku Lupa Hari Ini Hari Lahir Aku


Sebelum ke office tadi, bersalam dengan suami dan dia pesan " Sampai office, punch card nanti pastu terus call abang tau.. jangan lupa pulak ".. 

Aku ni kehairanan. Kenapa pulak suami aku awal-awal pagi dah buat pesanan penaja pulak.. emm biarlah..

Sampai office aku buatlah apa yang suami aku suruh.. aku call dia .. Dia ajak aku sarapan sama-sama pagi ini. Aku tanya " Abang ni dah kenapa buang tebiat ?"... suami pun cakap "Laa ..Hari ni kan hari jadi sayang, nak makan sama dengan isteri pagi ni tak boleh ke ? "

Aku tergamam kejap.. Ish.. aku memang lupa hari ni hari lahir aku. Malam tadi aku kerja sampai jam 12.00 tengah malam punyalah nak siapkan kerja. Sampai lupa tarikh hari ni.. Ting-Tong dah kepala otak balik lewat malam tadi. Lepas aku buat overtime malam tadi pulak suami jemput aku kat office then kitaorang pergi makan.. Balik rumah terbungkang terus penat sangat..

Haha.. Okey la picture kat atas tu sebenarnya kalender BBT chart aku kt sistem fertilityfriend.com. Sistem ni pun ucap "Happy Birthday" kat aku .. Tuan punya diri lupa hari lahir sendiri.. pagi ni stress sikit tapi aku nak jadikan hari ini hari paling bahagia.. Buang stress jauh-jauh syuh.. syuh.. 

Jom kita happy.. ops! umur aku dah masuk 26 tahun..  babai..