Friday, November 29, 2013

Aku Lupa Hari Ini Hari Lahir Aku


Sebelum ke office tadi, bersalam dengan suami dan dia pesan " Sampai office, punch card nanti pastu terus call abang tau.. jangan lupa pulak ".. 

Aku ni kehairanan. Kenapa pulak suami aku awal-awal pagi dah buat pesanan penaja pulak.. emm biarlah..

Sampai office aku buatlah apa yang suami aku suruh.. aku call dia .. Dia ajak aku sarapan sama-sama pagi ini. Aku tanya " Abang ni dah kenapa buang tebiat ?"... suami pun cakap "Laa ..Hari ni kan hari jadi sayang, nak makan sama dengan isteri pagi ni tak boleh ke ? "

Aku tergamam kejap.. Ish.. aku memang lupa hari ni hari lahir aku. Malam tadi aku kerja sampai jam 12.00 tengah malam punyalah nak siapkan kerja. Sampai lupa tarikh hari ni.. Ting-Tong dah kepala otak balik lewat malam tadi. Lepas aku buat overtime malam tadi pulak suami jemput aku kat office then kitaorang pergi makan.. Balik rumah terbungkang terus penat sangat..

Haha.. Okey la picture kat atas tu sebenarnya kalender BBT chart aku kt sistem fertilityfriend.com. Sistem ni pun ucap "Happy Birthday" kat aku .. Tuan punya diri lupa hari lahir sendiri.. pagi ni stress sikit tapi aku nak jadikan hari ini hari paling bahagia.. Buang stress jauh-jauh syuh.. syuh.. 

Jom kita happy.. ops! umur aku dah masuk 26 tahun..  babai..

5 comments:

baby comel said...

Selamat hari jadi kak... semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu.

Makwe Kintan said...

TQ baby comel... May Allah bless U too sayang..

Rina said...

happy birthday! rupanya birthday kita selang sehari. Esok birthday saya pulak... :)

LydSunshine said...

alah... baru 26. muda lagi ni. hehehe... akak doakan awak sentiasa happy, berjaya, dan bahagia di dunia dan akhirat bersama pakwe kintan. happy bday.

Makwe Kintan said...

TQ Rina.. ok esok saya wish birthday awak pulak..hehe =)

sis Lydsunshine.. TQ atas doa tu.. May Allah bless U with your family..