Tuesday, January 31, 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu


Pantas aku menaip ibarat acara drift yang sedang  berlansung dilitar sepang...semata-mata untuk join segmen yang menarik mata hati aku ini. Tidaklah mahu aku berceloteh panjang. Sekadar ringkasan kalam dari hati.

Aku merupakan blogger baru yang agak tegar ingin setiap entrinya dibaca oleh pembaca budiman yang ikhlas. Maka kerna itu saban hari entrinya akan diperbaharui. Bulan Julai 2011 merupakan tarikh keramat untuk aku memulakan sisipan sebagai pemilik blog.

Nama pena yang aku gunakan ialah Makwe Kintan. Ye itulah aku...kenapa nama Makwe Kintan dipilih? kerna suamiku tersayang. Nama panggilan dia dalam keluarganya adalah Kintan. Nama manja dia. Pangkat sebagai bapa saudara sulung didalam keluarganya dipanggil Pakwe. Orang Pahang katakan...So kalau suami aku pangkatnya pakwe...aku mestilah makwe kan...aku pun gabungkan jadilah Makwe Kintan...lagipun aku mahu abadikan nama itu khas buat suami agar dia sentiasa tahu aku sayangkan dia..ceh jiwang lah pulak...walaupun nama tu buruk dan agak kekampungan tapi tetap ada identiti tersendiri....yehhh...i like!!!

Nama blog still Makwe Kintan tapi pada header (takcantikkan) aku tepek "When I Talking About...bla..bla..bla"...

Kenapa?banyaknya soalan..hehe...sebab sebagai blogger aku suka "bercakap tentang"...apa saja yang aku rasa nak share pada pembaca budiman...tagline blog ye...entahlah...tapi yang pasti aku suka buat  " ^__^ " jika aku tinggalkan komen dalam blog orang lain...ada sapa-sapa perasan tak? mungkin itu tagline aku kot...

Aku mula jatuh cinta pada blog selepas aku rajin baca blog Cik Epal, Fatin Liyana, Annas Easkey, Fatin Suhana, Hanis Zalikha, Budu dan Belacan, Perempuan Jomblo serta Ini Fynn Jamal Cakap...Setiap intipati dalam blog mereka berlainan..masing-masing ada cara tersendiri untuk ungkapkan catatan harian...mereka jugak inspirasi aku...maka aku kuatkan hati tabahkan diri untuk ada blog aku sendiri...

Aku mahu kongsikan perkara random yang mahu aku ceritakan pada pembaca..juga berkongsi informasi berguna kepada semua...

Serius aku tak pandai nak buat header atau templet yang cantik dalam blog aku..so blog aku memang tiada miracle ye...sebab aku just want to make a simple...but still diffrent...tapi untuk future memang aku dah bercadang nak kemaskan lagi blog sepah-sepah ni...buat header yang cantik dan kemas dan susun item dengan baik supaya tak serabut lagi mata kamu melihat..

Mungkin aku akan buat contest header akan datang...sapa buat header menarik perhatianku akan diberi hadiah dan aku gunapakailah header tu...amacam nak tak bantu aku? haha...perancangan baru...jadi ucapan ribuan terima kasih buat mereka yang sudi baca bebelan aku setiap hari....love you all ^__^

Sekian terima kasih....

10 comments:

LydSunshine said...

Ooo... kintan tu nick name suami. Dan pakwe tu pangkat anak sulung. Ingatkan makwe tu maksudnya gefren.

Razif Mokji said...

salam ukhwah ... menarik nama panggilan tu. Memang tak pernah tau ianya begitu.

inapramli said...

slm sgah dan fllow.hrp dpt fllow kta jga.blgger bru.tq.

✿✿mamAuni✿✿ said...

singgah kembali dan folo blog..sudikanlah folo blog mamauni..:D

pha is said...

salam singgah dari segment yg sama dan follow sini...
kebetulan, gelaran saya untuk anak2 sedara pon "pakwe" jugak... hehehe

Mak Usu said...

Guck luck k...Terbaik!!
Mak Usu balas kunjungan dan follow sini juga.. :)

hamzah ian said...

aku pening..

Ayang Anim said...

jalan blog dari segmen yang sama... all the best..

nur chahaya abadiey said...

salam ziarah n follow blog nie :) nice blog..salam perkenalan..

HasrulHassan [HH] said...

As-Salam.
Terima kasih atas kesudian join segmen di HASRULHASSAN.COM.

Semoga bertambah rakan di dunia blogger ini dan dapat manfaat serta memberi manfaat kepada yang lain.

Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Terima kasih sekali lagi.

http://www.hasrulhassan.com