Friday, December 23, 2011

Aku Sayang Kerajaan !!!

Kali ni aku nak cerita panjang. Sapa yang taknak baca sila tinggalkan blog aku ye.
Macam-macam kisah aku dengar sekarang. Macam-macam perangai rakyat Malaysia sekarang.
Semua nak tunjuk pandai. Semua nak buat hal. Maki hamun, caci pemerintahan sekarang. Terbaru mahasiswa buat hal pulak. Tak setuju pasal AUKU.entahla apa nak jadi....
Soalan yang sering aku tertanya-tanya? Teruk sangat ke pemimpin kerajaan kita ni?
Pada pendapat aku tak lah teruk sangat.Okey je. Nak yang macam mana lagi?

Yang paling aku hairan sekali ramai penjawat awam anti kerajaan. Terutama anggota Polis dan Tentera.
Golongan diaorang yang ramai sekali sokong pembangkang. Tapi aku tak nafikan sebabnya majoriti diantara anggota Polis dan Tentera adalah dari negeri Kedah dan Kelantan. Tak caya? Try masuk kem askar.
Dialek 'Kelate' & Utara yang banyak didengar. Aku taulah sebab cik abang aku pun mat terap (askar) jugak. Aku pun kerja Gomen jugak.

Ya aku faham kita sebagai rakyat berhak untuk pilih mana-mana pemimpin yang kita suka. Mungkin kamu semua nak tukar parti yang memerintah. Sebab dah bosan dengan parti yang berkuasa sekarang. Dari zaman mula-mula merdeka sampai lah skang. Dah 54 tahun asyik parti tu je ye. So korang nak tukarlah kan.

Tapi satu soalan aku nak tanya korang, andai kita pakat undi parti pembangkang dan naik jadi kerajaan pada masa akan datang. Adakah mereka akan jadi pemimpin lebih baik dari pemimpin yang berkuasa sekarang ni? Adakah mereka akan bela nasib kita golongan bawahan? Adakah mereka akan mentadbir ekonomi negara jadi lebih maju dan hebat? Apakah tidak akan wujud diskriminasi kaum dan agama? Apakah bangsa kita akan lebih maju kehadapan? banyak lagi persoalan yang aku nak utarakan tapi cukuplah sekadar ini untuk aku bawa kalian fikirkan.

Pernah aku terbaca komen seorang pembaca di laman sosial. Dia menyeru supaya pada pilihanraya nanti kita pakat undi pihak pembangkang. Pakat tukar kerajaan yang baru. Kalau tak okey bila tiba pilihanraya lain kita tukar balik yang lama. Ibarat 'Try and Error" lah. Persoalan aku adalah ini berhubung pentadbiran negara. Eh Hello ...Benda ni bukan benda kecil. Melibatkan hal besar. Ekonomi, pertahanan, pengurusan, kesihatan, dan pelbagai lagi. Patut ke main "Try and Error" macam budak sekolah tengah jawab soalan exam tapi tak tahu jawapan. So main try tembak je. Kalau betul tembak dapat markah lebih. Kalau salah tembak gagal exam. Hal pentadbiran negara tak boleh buat main tembak-tembak je macam kau jawab soalan kuiz.

Sepatutnya kita fikir dalam-dalam. Nilai balik pemimpin sekarang. Jangan simpan benda negatif je dalam kepala otak korang pasal pemimpin skang ni. Nilai jugak kebaikan yang dah pemimpin sekarang buat. Cuba fikir dan timbangkan. Berapa banyak kebaikan dan berapa banyak keburukan pemimpin sekarang. Lepas tu baru pilih kamu nak sokong sapa. Bukan main ikut-ikut kawan je. Jangan kita senang dimanipulasikan. Kalau dengar satu cerita negatif tu. Jangan lekas percaya. Tapi selidik sedalamnya. Kalau mampu carilah bukti yang sahih. Jangan terus tuduh melulu tanpa berfikir panjang. Bukan apa dikhuatiri fitnah. Kang saja je tambah dosa free sebab sebar fitnah dan aniaya orang yang tak salah.

Buat penjawat awam semua. Aku tau kita jugak rakyat. Bebas untuk pilih siapa kita nak sokong. Tapi korang tak rasa ke seperti korang "pengkianat kerajaan"? Maaflah aku guna bahasa kasar. Yelah kerajaan sekarang ni kan majikan kita. Orang atasan kita. Kita keje kerajaan tapi tak sokong kerajaan. Malunya dengan orang yang bukan keje gomen. Padahal tugas kita sebagai penjawat awam adalah untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Kita adalah orang tengah diantara Kerajaan dan Rakyat. Kita pembawa dan pelaksana dasar untuk rakyat. Kalau kita tak sokong aku rasa lebih baik berhenti kerja kerajaan. Berniaga keje sendiri lagi bagus. Lagipun bukan kerajaan yang datang umah melutut suruh kita keje untuk kerajaan. Kita yang terhegeh-hegeh isi borang & terkinja-kinja pergi temuduga sambil buat muka seposen dengan harapan kerajaan ambil kita bekerja. So jangan jadi "Musuh dalam Selimut" kerajaan. Jangan Jadi " Duri dalam Daging" kepada kerajaan. Korang keje kerajaan tapi tak sokong apa kerajaan buat. Pastu tiap-tiap tahun mintak habuan macam-macam. Nak naik gaji. Nak elaun lebih. Tapi tugas laksanakan dengan ikhlas dan bersungguh tak? Entah-entah Cincai je. Kadang tu tugas hakiki kita pun kita pas kat orang lain suruh buatkan. Kalau kita keje bagus, kenapa title "Kuat Ngulor" tu diberikan pada kita yang keje gomen ni? Orang luar pun pandai nilai kitakan. Sepatutnya kita sama-sama jaga nama baik kerajaan. Betulkan persepsi masyarakat terhadap orang gomen. Dan kita sepatutnya ceritakan kebaikan kerajaan. Bukan menjaja buruk kerajaan saja. Kitakan Pelaksana Dasar. Pegang prinsip "Rahsiakan Rahsia Kerajaan".

Aku tahu akan ada yang marah dan melenting bila aku buat entry gini. Ni pendapat aku. Kalau korang tak boleh terima terpulanglah. Aku tak hasut dan paksa korang untuk pilih kekalkan kerajaan sekarang. Korang ada akal kan. Fikirlah sebaiknya.

Aku ingat lagi masa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu. Masa tu aku sekolah menengah. Orang kutuk macam-macam. Itu tak betul dan ini tak kena. Tapi bila dia dah bersara baru orang nak pandang kebaikan yang dah dia bawa kepada negara. Baru orang nak nilai kebijaksanaan dia dalam memajukan negara. Boleh pulak bandingkan dia dengan pemimpin sekarang. Dan cakap zaman Mahathir dulu lebih baik dari sekarang ini. Dulu masa dia mula-mula cadang bina Litar Sepang. Pembangkang cakap "Mahathir Mahabazir". Tapi itulah salah satu yang jana ekonomi kita sampai skang. Memang nak buat habis berbilion duit rakyat. Tapi pulangan jangkapanjang nya berbaloi untuk rakyat jugak. Orang luar datang bawa matawang mereka yang nilai berkali ganda. Kita jugak yang dapat untungkan.

Kita dapat pendidikan yang bagus. Kita dapat hidup yang aman. Kita sebenarnya mewah. Kat Malaysia ni senang nak cari makan. Pokok pangkal kena usaha je.Takde lagi yang kebulur teruk macam kat afrika. Dan tak dinafikan masih ada golongan susah dalam negara kita. Tapi kita sebagai orang yang senang patut bantu mereka yang susah. Kita jadilah perantara mereka untuk dapatkan bantuan kepada kerajaan. Ini tak kita wat dek je. Pastu cakap kerajaan yang zalim tak bantu orang susah. Apa salahnya kita menolong. Kadang2 orang yang susah ni kurang ilmu. Tak tahu prosedur untuk minta bantuan kebajikan.  Kita rakyat pun mainlah peranan.

Ye aku tau Mahasiswa pulak ramai menganggur. Tapi kejekan boleh cari. Jangan demand pilih kerja. Apa yang dapat tu keje dulu. Mungkin tak setaraf dengan kelulusan. Tapi pengalaman pertama itu penting. Aku pun ada kelulusan tapi aku masih lagi keje sebagai kerani dah lebih 3 tahun pun. Pengalaman aku ni akan aku bawa bila aku dapat jawatan yang setaraf dengan kelulusan aku nanti. Sambil keje kita usaha ubah nasib kita. Kita perjuangkan nasib kita sendiri. Bukan tunggu orang lain berjuang untuk kita. Yelah bak kata pepatah melayu " Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Kalau negara kita tak bagus...kenapa berjuta rakyat Indonesia datang negara kita cari makan? Kita sepatutnya bersyukur.

Aku rasa dah terlalu panjang aku merepek kan...entah bawa manfaat atau tak...tapi ini adalah pandangan aku sahaja. Aku suka tengok gelagat dan persekitaran. Aku nilai balik. Mana yang baik aku ikut. Tak baik aku buang.

Cuma aku berani mengaku yang aku sayang kerajaan sekarang. Aku sayang pemimpin sekarang. Aku suka pemimpin yang berpandangan jauh ke hadapan demi kebaikan negara. Tapi untuk korang terpulanglah nak pilih sapa pun. Lepas ni kalau ada yang komen nak kutuk aku, nak maki aku buatlah...aku hanya baca dan senyum je...jangan marah ye...bye...


1 comment:

:) misspillieysbombers :) said...

wahhh :p pendapat yang bagus :) follow sini .