Wednesday, May 2, 2012

MABUK


Malam tadi semasa perjalanan pulang ke rumah. Setelah berfoya-foya holiday selama 4 hari dirumah bonda tercinta. Tapi still rasa tak puas bercuti.

Kenapalah kerja kerajaan ni tak ada cuti macam cuti sekolah. Cikgu jugak yang untungkan. Anak murid cuti cikgu pun sengeh-sengeh cuti jugak. Lama pulak tu. Kalau hujung tahun mau 2 bulan cuti...adoiiii besnyo lah !!!

Yeah meronggeng naik motor dengan suami malam tadi. Ada sebuah kereta proton ni kami follow dibelakangnya.

Pastu kejap break, kejap break...apa lah minat sangat tekan break tu? Padahal jalan lurus. Suami aku takut terus slow sikit bawak motor. Follow tak rapat sangat. Takut kang pemandu tu break tak pasal-pasal kami sondol belakang dia.

Perhatikan jelah dari jauh. Kereta tu mula dah terhuyung-hayang. Lampu break memang afcouse nyala sokmo..ishh...

Aku cakap kat suami.."Apa masalah kereta depan tu, main break pulak. Baru belajar drive ke?" 

Suami aku jawab..."Entahlah. Dia test break kot. Ke lampu motor abang ni tinggi sangat?..takut orang depan tu silau je..."

Bagus jugak suami aku ni selalu prasangka baik je kat orang. Namun kami tetap konfius dengan kereta tu.

Tiba di satu kawasan lapang, kereta tu pun berhenti tepi jalan. Pemandu bukak pintu dan baringkan kerusi. Masa kami lalu melintasi kereta tu nampak ada 3 hingga 4 orang lelaki muda sedang melalut...

Suami aku pun cakap..."Orang mabuklah sayang..bahaya tol"... (sambil geleng kepala)

segala persoalan tadi dah terjawab.

Kesimpulan disini...

1) Kau mabuk tapi kau memandu. Kalau kau nak bahaya diri sendiri lantak korangla..tapi pengguna jalan raya lain perlu kau fikir. Nyawa tiada ganti tau.

2) Kau melayu dik dan dah tentu kau Islam. Ahh malas aku nak sekolahkan kau. Pandailah jawab kat Akhirat esok.

3) Kau muda lagi dik tapi kenapa kau jebakkan diri dengan "Kencing Syaiton" tu...sayang...sayang...kot ye pun nak enjoy perlu ada batas...

4) Dik kau tak sayang mak bapak ye?...



p/s : "Orang Lelaki suka Mabuk Janda..haha"

3 comments:

LydSunshine said...

Syok kan balik kampung, pastu beronggeng naik motor jenjalan kat kampung. Saya kalau kat kg berani la naik motor dgn suami. Kalo kat KL ni, menjerit2 la aku bile dia mencilok celah2 kereta org. Sakai je perangai. Hahah.

Org yg mabuk tu awk kenal ke? Bebudak sekarang ni, apa la tujuan hidup dierang agaknya. Tak faham betul.

DrFIO said...

Lama sgt dah x naik moto...mesti best kan klu dapat merempit dgn hubby. Asal jgn sampai mabuk sudah kan sis :)

Makwe Kintan said...

mohla kalian..kite rem-it ala sopan gaya muslimah gitu...boleh?...^__^