Tapi ada tak mimpi yang paling kalian semua tak dapat lupakan ssehingga kini?
MK ada satu mimpi yang takkan MK lupakan sampai mati..
Meh MK story.....
Tarikh tak ingat tapi tahun ingatlah...tahun 2005..awal tahun...
Satu malam MK tidur dan datanglah satu mimpi....
MK dibawa ke satu tempat...tak tau kat mana....
Yang bawak MK adalah dua cahaya di sebelah kiri dan kanan...
Tapi tak tau siapa mereka...dia orang bawak MK kat tempat tu...
Suasana kat tempat tu agak suram sikit....berkabus....
Waktu MK berjalan ke tempat tu...ramai orang...
Tapi mereka semua terpaku je...berdiri tegak dan diam disitu...
Mereka semua menutup mata ibarat macam tidur berdiri la....
Mereka semua cantik-cantik....
Kulit putih mulus...bibir merah merekah bak delima....rupa jelita dan kacak...
Tapi yang wanita bertelekung putih...yang lelaki berjubah dan berserban dikepala....
MK terus menuju ke sebuah tangga yang agak tinggi....
Cahaya tadi bawa MK naik tangga tersebut....
Sehinggalah terjumpa satu pintu yang besar dan tinggi....
Pintu tersebut tidak tertutup rapat....dan ada cahaya yang bersinar-sinar keluar dari
celahan pintu tersebut.....
Pintu itu dijaga oleh seorang wanita bertelekung putih...dia berdiri tegak dan memejamkan mata...
Wanita itu juga sangat cantik...kulitnya putih mulus..bibir merah delima...
MK pun nak tolak la pintu besar tu...nak masuk ke dalam....
Tiba-tiba wanita penjaga pintu itu membukakan matanya...sungguh bersinar mata dia
dan berwarna biru langit....
Dan wanita itu berkata pada MK...
"Hanya Orang Yang Beriman Kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW
Sahaja Boleh Masuk Ke Dalam"
SUBHANALLAH....MK terkejut lalu tersedar dari mimpi tersebut...
lantas kedengaran suara azan subuh....
Sayu dan pilu hati MK...mungkin Allah SWT menyayangi MK
dan mahu MK tingkatkan lagi amal ibadat kepada-Nya....
Mimpi ini sentiasa mengingatkan MK supaya tidak mudah lalai....
MK harap ia juga dapat menjadi pengajaran pada kalian ye...ok babaiiiiii....
Tatkala Tuhan Memberi Petunjuk Kepada Hamba-Nya
2 comments:
Serius awak mimpi macam ni sebelum berhijrah? Bertuahnya. Wanita2 tu mesti sangat cantik kan?
takla kak...sy tipu je (sentap)...betul la series...cantik sgt.......^__^
Post a Comment