Wednesday, April 10, 2013

Lama tak update Blog

Assalammualaikum...
Hai kawan sekalian..Jap jap ade ke orang baca blog aku ni lagi?..takde dah kot.
Semua dah "Lali-Lali" haiyooo....


Okey (tarik nafas panjang2)...aku baru je lepas operation 15/3 hari tu.
Buang ketumbuhan endometriosis dan aku baru tau yang sebenarnya aku ada cyst ovari sebelah kiri.

So doktor dh buang habis ketumbuhan tu..but aku down sebenarnya ...lepas sehari operation..
Doktor datang check & bagitau ...
"Awak tak boleh pregnant normal sebab tiub falopio awak dah block kiri kanan..maybe sebab endo tu dh masuk tiub & sekat.. so get ready kumpul duit untuk buat IVF ye"

So aku nak buat apa lagi? then nextday doktor pakar yang lain pulak datang check..
"Eh jangan buat IVF lagi..saya akan bantu awak untuk unblock tiub tu supaya awak boleh pregnant normal..kalau tak berjaya unblock baru kita buat IVF ye"

Naik sikit semangat aku la...5 hari stay kat ward.. lepas keluar teringat aku ade beli ubat akar kayu dari bidan kampung...
Sebenarnya lepas beberapa jam operation aku terus datang period..sakit sangat senggugut...bayangkan dahla baru lepas operation..senggugut plak..hadoiii...

bila keluar wad terus aku makan ubat akar kayu tu..terus senggugut hilang & tak payah makan ubat tahan sakit yang doktor bagi...

Tapi yang memeranjatkan memang keluar darah kotor yang banyak..darah ketul-ketul keluar besar-besar tapak tangan..banyak sangat & terus keluar 5 hari berturut-turut.. bau busuk macam bangkai...rupa dia cam pic kt bawah ni...yekkkkk!!!!



lepas tu memang ringan perut aku ni...lega sangat senggugut takde...

skang dekat sebulan dah aku MC...duduk rumah terasa heaven gilerrrr!!!
Hilang semua masalah office & segalanya...mulakan pemakanan yang lebih sihat...
Yang paling important is "DONT STRESS" sebab stress akan sebabkan sakit aku ni berulang...

Next week dah masuk kerja balik.....waaaaa... nak cuti lagiiiiii..........

4 comments:

Anonymous said...

It's not my first time to go to see this web site, i am browsing this web site dailly and take nice data from here every day.

my page ... cost of dental implants

azizah :) said...

insyaAllah lepas ni ada rezeki anak buat makwe kintan.. doa banyak2 yer yunk..doa jijah mengiringi kamu..

Kesuma Angsana said...

moga kembali sembuh & ceria yer .. In Shaa Allah ada rezeki anak tu nanti !

are_lin@yu said...

moga cpt sembuh ya..inshaallah ada rezeki nanti..samma kita doakaan ;-)