Tuesday, March 27, 2012

Kalau Gaji Amah RM700, Aku Sedia Letak Jawatan !



Bukan nak ungkit tapi nak membangkit. Baru ni kerajaan Indonesia mahukan 1Amah 1Tugas dengan kadar gaji RM700 sebulan. Bermakna rakyat dia yang kerja sebagai pembantu rumah di Malaysia hanya akan buat satu tugasan untuk majikan.

Bagi aku dia orang ni melampau lah. Aku dulu masa kerja kilang kat Shah Alam pun gaji RM450 je sebulan. Kerja pulak kadang-kadang 12 jam jugak. Sekarang ni aku kerja dengan kerajaan pun gaji kasar seribu lebih je.

Bayangkan dia orang makan sah-sah majikan tanggung. Tempat tidur konfem ada. Nak kerja dengan gaji RM700 untuk satu tugasan. Urusan rumahtangga ada banyak tugasan. Memasak,  membasuh, mengemas, jaga anak lagi. Macam-macam...Jadi berapa banyak yang majikan kena keluarkan duit untuk bayar gaji amah sebulan? Mau beribu kan...

Bukan aku nak korang bencikan orang Indonesia ni. Tapi kadang-kadang mereka ni keterlaluan lah... mengada-ngada..aku harap kerajaan kita jangan bagi muka sangat kat "Orang Seberang" tu..

Dulu masa penubuhan Malaysia, negara Indonesia paling tak suka sekali...mereka kecam kita dengan "Ganyang Malaysia"...mereka pernah bakar bendera negara kita dan macam-macam lagi kan...tapi kita ni bangsa "Lembut Hati"...bagi jugak muka..tapi last-last "Orang Seberang" tu jugak datang negara kita cari makan. Ramai datang secara haram pulak tu...Ibarat "Dah ludah, Jilat balik"...

Tolonglah ye "Orang Seberang"..kalau nak gaji mahal-mahal kau balik negara kau...kami kat sini pun bukan orang kaya sangat...nak cari makan pun terkial-kial lagi...Kau datang sini kami tak jemput dan kalau kau balik tempat kau pun kami tak halau..

Datang sini nak cari makan takkan sampai kami kena layan kau macam raja pulak...kami dah terima kau masuk negara kami pun kira bersyukurlah...

Kerajaan Malaysia kalau payah sangat urusan dengan "Orang Seberang" yang banyak cekadak tu...lebih baik kita ambil amah dari Narathiwat atau Patani Thailand...Meraka pun ramai Islam dan susah pulak tu...kita tolong mereka lagi bagus...

Kalaulah kerajaan kita setuju cadangan dia orang tu...aku rela letak jawatan. Kerja amah kat rumah aku sendiri...berbaloi-baloi...aku mintak suami aku bayar gaji aku 1 tugas RM700...pastu konfem dia cari "Bini Baru"...hahaha....



p/s : " Ayah aku "Orang Seberang" jugak..Sedara mara ramai kat sana..
          Kebanyakan mereka iri hati dengan rakyat Malaysia...
          Sebab mereka ingat kita kaya raya hidup senang kat sini"

7 comments:

are_lin@yu said...

hehe tinggi tu kalau gaji rm700..;-)

Makwe Kintan said...

tgi la...byk cekadak tu...^__^

Tiramisu Fatiema said...

wow..banyak tu gaji..ramai lagi kat Malaysia nie xde keje,nak amik diorang kat agensi pon beriban jugak..kalau tak lari xpe..

Kazman / Sue said...

memang isu ni tak habis2x didebatkan... ada pro dan kontra tapi lebih bebanan kepada majikan...

p/s: rasanya kalau isteri jadi amah suami lagi sayang kot... tak la cari yg lain... haaa3x

LydSunshine said...

tinggi la tu gaji 700 utk satu tugas dgn makan minum serta tempat tinggal ditanggung oleh majikan. Tapi kalau nak gaji 700 tanpa keperluan asas, maknanya tempat tinggal dan makan tak ditanggung, boleh jugak. Kalau macam tu, kita patutnya boleh mintak dgn kerajaan utk gaji kita tu, kita buat satu tugas je. Kalau keja kita fotostet, so fotostet je. Kalo keja kita menaip, so kita kena menaip je la. Takyah nak buat keja macam2 jenis. Boleh gitu? Takleh plak kot? Hehehe.

Makwe Kintan said...

mmg jd amah utk suami lg bgus kan...^__^

Makwe Kintan said...

LydSunshine...kje fotostat je mntak?hahaha...