Sunday, September 11, 2011

Information to Accounting Student : Diploma Lanjutan Akauntansi @ Politeknik Ungku Omar

Makwe Kintan adalah budak akaun..so MK dah tanya pasal Diploma Lanjutan Akauntansi pada Pengurusan Politeknik..So ni maklumbalas dia orang...hope beri maklumat pada korang ye...
Assalamualaikum,
Soalan 1: Apakah kelebihan jika mempunyai Diploma Lanjutan Akauntansi ini ?
Diploma Lanjutan Akauntansi ini berdasarkan kepada kurikulum dari ACCA.
Oleh itu, graduan dari program ini akan mendapat pengecualian dari ACCA untuk 5 paper lagi di peringkat fundamentals level (Skill examination).   Paper-paper tersebut adalah:
1. F5 - Performance Management
2. F6 - Taxation
3. F7 - Financial Reporting
4. F8 - Audit and Assurance
5. F9 - Financial Management
Graduan hanya perlu mengambil 5 paper lagi untuk sampai ke professional level.
Begitu juga untuk graduan yang mempunyai degree, mereka juga perlu mengambil 5 paper ini.  Selain daripada itu, tempoh pengajian untuk Dip Lanjutan lebih pendek daripada program degree, yang mana pada akhirnya kedua-dua graduan ini juga perlu mengambil 5 paper lagi bagi mencapai professional level.
Soalan 2 : Adakah kelulusan ini boleh digunapakai dalam pekerjaan untuk memohon jawatan berkaitan terutama sektor kerajaan.
Kelulusan ini amat berharga untuk Sektor swasta, di mana gaji yang lebih tinggi akan ditawarkan jika mempunyai diploma lanjutan ini.  Bagi sektor kerajaan pula pihak JPP cuba memohon agar tahap dip lanjutan diberi pengiktirafan sama seperti degree level iaitu pada tahap P1T1 seperti dahalu.  Tetapi ianya masih dalam proses perbincangan antara JPP dan MQA.
Soalan 3 : Jika menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, adakah kelulusan ini boleh diambil kira untuk memendekkan sesuatu tempoh pengajian tersebut.
Secara amnya, jika cik nurul ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dinasihatkan untuk terus ke peringkat ini tanpa melalui diploma lanjutan kerana pihak JPP belum membuat mapping pengecualian kursus dengan mana-mana universiti.
Sebab objektif program diploma lanjutan ini untuk menyediakan pelajar ke arah pensijilan profesional,.
Diharap pihak cik berpuashati dengan jawapan yang disediakan.
Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian 016-2759555
Regards,
Mazillah Azleen binti Mazlan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
JPP

10 comments:

ida mujahidah said...

Salam.. saya ida.. student psis, sabak bernam ...
Skarang amek kos dip.islamic banking and finance...
Sy tgh confius sama ada nk amek dip.lanjutan atau degree di universiti ...
Masih dalam dilema .... :-(

ida mujahidah said...

Salam.. saya ida.. student psis, sabak bernam ...
Skarang amek kos dip.islamic banking and finance...
Sy tgh confius sama ada nk amek dip.lanjutan atau degree di universiti ...
Masih dalam dilema .... :-(

Makwe Kintan said...

lebih baik amik degree.. kelayakan lbh tinggi.. klu diploma lanjutan cth accounting adalah utk mengurangkan paper kelayakan profesioanal such as ACCA.. just perlu amik 5 paper je mcm degree utk jd chartered accountant.

siti norshafikah said...

assalamualaikum ... saya fikah ... saya nak tnya .. diploma akauntansi dan diploma perakaunan sama tak? terima kasih...^_^


siti norshafikah said...

assalamualaikum ... sy fikah ... saya ada soalan , diploma akauntansi dan diploma perakaunan sama x ? sekian terima kasih...

siti norshafikah said...

assalamualaikum ... saya fikah ... saya nak tnya .. diploma akauntansi dan diploma perakaunan sama tak? terima kasih...^_^


Makwe Kintan said...

Waalaikummussalam fikah.. diploma akauntansi tu sma dgn diploma perakaunan..cuma ejaan je beza..huhu.. =)

Karen Ho said...

helo saye nak tanya adakah lepasan diploma akauntansi boleh lanjut ke degree??

Karen Ho said...

helo saye nak tanya bahawa adakah lepaan diploma akuntansi politeknik boleh melanjut ke degree /ke universiti ?? adakah apa2 syarat jika nak sambung degree??

Makwe Kintan said...

hello karen Ho.. diploma akauntansi politeknik boleh melanjutkan pengajian ke peringkat degree di mana2 universiti.. utk syarat2 sila rujuk website http://upu.mohe.gov.my/