Friday, June 22, 2012

Makin Ramai "Tukang Karut" Dalam Politik


Bila menjelang pilihanraya mulalah ramai buat kerja part-time jadi "Tukang Karut". Kes yang tak pernah diungkit tiba-tiba wujud. Ajaib betul "Tukang Karut" tu ye. Pandai buat lawak bangang. Dalam surat khabar cerita itu ini. Dalam internet fitnah sana sini. Macamlah korang betul sangat.

Dua-dua sama jelah. Buatlah kempen ikut suka korang. Yang aku nak tengok jangan korang tipu duit rakyat sudahlah.

Manifesto tu jangan lupa realisasikan. Bukannya wujud bila masa PRU je. Dah tamat PRU manifesto jangan terus simpan dalam stor kat rumah. Jangan pulak buat bungkus nasi lemak ye. Jap lagi rakyat mengamuk jadi "Hantu Kak Limah Balik Rumah" barulah terhegeh-hegeh nak tunaikan. Tak kiralah parti mana pun. Biru, hijau merah gasak.

p/s: "Dia perlukan kita time pilihanraya je. Tapi kita perlukan dia setiap masa. Kalau dia tunjuk eksen dengan kita, RIJEK je. Susah apa. Ikut suka kitalah nak pangkah dia ke tak. Kan ?"

1 comment:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

betul tu.. jangan masa pru aje nak ambik hati rakyat.. lepas pru pun kena jugak kann