Wednesday, June 6, 2012

Komen Pembaca Kualiti Vs Kuantiti. Pilihan Anda ?

Bila kita masuk blog popular seperti Fatin Liyana, beratus-ratus komen yang ada untuk satu entry blog dia bukan. Tapi itu sekarang. Dulu masa dia mula-mula bergelar blogger pun, komen pembaca taklah segempak sekarang. Ada jugak entry dia yang tiada komen dari pembaca. Tapi bukan bermakna tiada komen tiada orang yang baca entry itu ye.

Sama juga macam kita. Terutama blogger baru seperti aku ni. Buatlah entry sebagus mana pun, komennya hanyalah pembaca setia. Terima kasihlah kepada yang sudi komen entry aku selama ni. hahaha....

Aku pernah buat entry Jangan Mengharap Komen Pembaca dulu. Tapi sebenarnya komen juga penting untuk bantu kita menilai kelemahan bagi setiap hasil penulisan. Cuma bila berblog ni kenalah bersedia menerima kritikan yang agak pedas dan kurang enak didengar.

Walaupun aku baru berblog, tapi aku juga pernah menerima komen yang kurang menyenangkan. Aku cuma buat entry pasal rukun negara sempena hari merdeka. Tapi disalah tafsir oleh anonymous yang mensabitkan hukum hudud pula. Apakadehal !!

Ada jugak orang yang pernah baca blog aku, lepas tu kutuk perli dalam facebook dia. Tapi aku telan jugak. Jika komen  itu positif walaupun ayatnya kasar, tak salah untuk kita pertimbangkan. Jika komen negatif dan kita rasa ia buang masa untuk difikirkan, abaikan sajalah.

Komen beribu riban memanglah kita suka. Itu menunjukkan mereka suka baca isi blog kita. Tapi nak jumpa komen yang betul-betul berkualiti ni memang susah.

Bagi aku kualiti atau kuantiti, aku tak kisah. Yang penting orang suka baca blog aku. Itu sudah cukup. Taknak komen pun takpelah. Tiada syarat wajib pun bila baca blog kena komen. Hee..ok bye..

4 comments:

Mrs.R said...

Rasanya kalau bloggers akan komen yg ok2...yg komen kureng sikit ni dtg nye dr anonymous kot ibarat baling batu sembunyi tangan...

emy|farid said...

orang yg sama komen entry kita kn? hihi takpe la

LydSunshine said...

Saya sgt suka org komen blog saya. Saya rasa kalau nak dpt byk komen, kita mmg selalu kena konsisten komen kat blog org, maksudnya kena jadi pembaca setia blog org lain dulu, then baru le kita akan dpt pembaca setia.

Eh, komen ni mcm takde kaitan dgn entry je. Hehhe.

LydSunshine said...

Saya sgt suka org komen blog saya. Saya rasa kalau nak dpt byk komen, kita mmg selalu kena konsisten komen kat blog org, maksudnya kena jadi pembaca setia blog org lain dulu, then baru le kita akan dpt pembaca setia.

Eh, komen ni mcm takde kaitan dgn entry je. Hehhe.