Friday, August 5, 2011

SUKA UNGKIT - MENGUNGKIT???

Pernah tak korang berdepan dengan orang yang suka ungkit - mengungkit ni??
Selalunya dieorang ungkit hal apa?? Macam-macam la kan...

Pasal duitla, pasal bagi pinjam baju la, pasal bagi pinjam kereta la, pasal belanja makan la, pasal tolong bayar bil bulanan la, tolong repair mangkuk jamban rumah la...Haaa banyak kan benda nak diungkit ni...

Tak kira la ungkit hal apa pun...terutama sekali kebaikan yang pernah dieorang buat walaupun benda tu kecik je..

MK & PK pun pernah lalui situasi camni..MK & PK pun mengaku jugak yang diri sendiri pun pernah mengungkit kat orang yang pernah kami tolong...hehehhe...

Tapi biasalah kan kita semua manusia biasa je..tak lari daripada sifat yang lemah ni..tapi kita boleh perbaiki diri kita kan...jadi yang lebih positif..

Cuma kadang-kadang kita mesti tak puas hati jugak kalau orang ungkit hal kebaikan yang dia dah pernah buat pada kita dulu...

Menurut pandangan MK punca sebenar manusia ni suka sangat ungkit-mengungkit adalah :-

1) Tidak Pernah Ikhlas Dalam Membuat Kebaikan :-
     Kita mesti rasa yang orang macam ni rupanya tak ikhlas buat baik pada orang lain...
     Pastu cara dia bercakap macamlah kita ni tak pernah tolong dia lansung..
     Hellooo...Dalam dunia ni kita semua saling memerlukan..
     Hari ni kau tolong aku dan hari esok aku tolonglah kau pulak..
     So tak payahla nak ungkit-ungkit segala kebaikan yang pernah kita buatkan..
     Dah elok-elok Tuhan bagi pahala pasal kita membantu orang lain, tak pasal-pasal pulak kang
     Tuhan tarik balik segala pahala tu..haa kan dah rugi..

    " Hanya Amalan yang Ikhlas Diterima Oleh Allah SWT "


2) Miliki Perasaan Riak & Takbur (Bangga Diri):-
    Lagi satu masalah orang yang suka sangat mengungkit ni adalah dia bangga dengan
    kebaikan yang dah dia buat tu...
    Ish..ish..ish..tak baik tau bela sifat macam ni dalam hati dan diri...
    lebih baiklah bela kucing ,arnab ,harimau...eh harimau makan orang MK...taknakla!!!
    Ini kan salah satu sifat syaitan dan iblis yang dilaknat Allah SWT..
    Tuhan marah pada orang yang bersifat macam ni...
    Nanti bila mati bumi dan langit tak nak terima baru padan muka..
    tergantung je la sampai tiba hari kiamat..

   **Surah : Al-Qashash       Ayat : 76
(Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga;
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".

3) Ingin Mendapat Perhatian (Publisiti Murahan) :-
    Haa.. kes yang ni pulak adalah untuk orang yang suka mengungkit
    di depan khalayak ramai..
    Tak kira la depan mak ayah, adik beradik, sedara-mara,
    kawan-kawan, jiran tetangga dan lebih teruk lagi
    depan orang ramai kat shoping mall atau terminal bas..
    Lagipun dia mungkin nak satu dunia tahu bahawa
    dia telah berbuat kebaikan pada orang lain.
    Cuba bayangkan kalau kita kat tengah orang ramai,
    tiba-tiba kawan kita mengungkit yang dia pernah tolong kita dulu..
    pastu cakap dengan nada yang kuat macam pakai pembesar suara..
    mesti kita malu pada orang..eiii manalah nak letak muka ya..
    rasa nk tumbuk je muka budak mengungkit tu...
    Perbuatan ni keji sungguh..

4) Tidak Muhasabah Diri (Tak Sedar Diri) :-
    Kah..kah..kah..sebenarnya orang yang suka mengungkit ni
    memang tak pernah muhasabah diri sendiri..
    kalau orang pahang cakap "tak kador diri"..
    Mungkin dia fikir yang orang lain tak pernah tolong dia lansung waktu dia susah..
    Asyik fikir diri dia je yang dah banyak tolong orang lain...
    Kemon..Kemon..Kemon laaa...
    adakala kau pun perlukan orang lain jugak waktu kau susah kan...
    Tak semua masalah boleh kita selesaikan sendiri...
    kadang-kadang kita perlukan bantuan orang lain jugak..
    So tak payah nak ungkit sangatla kebaikan yang korang pernah buat...

Betul tak apa yang MK list kat atas tadi??
Eleh kira betul la ye..kalau salah pun korang kena cakap betul jugak sebab..............











 
 Inikan blog MK..Suka hati laaa!!! Muhahahha..
PK pun angguk je tanda setuju...
dia tak boleh geleng kepala sebab MK ini Bini a.k.a PA dia...hehehe..
dah..dah..jangan hang nak merapu lebih-lebih bulan puasa ni MK...
yang sudah tu sudahlah...

Sebenarnya banyak lagi yang nak MK cerita dengan korang..
tapi lain kali lah ye..entry lain plak..
MK letih la taip..almaklumlah sekarang bulan Ramadhan..
Letih, Lapar, Haus semua ada (Cisss!! macam kau sorang je puasa) hahaha...
Takpe sekarang jam dah menunjukkan pukul 3.45 ptg..
Tahan MK jap lagi berbuka kau melantakla bebanyak ye...
(**P/S : Jangan Tiru Aksi Ini Amalan Syaitan**)


PESANAN PENAJA :"JAUHILAH SIFAT UNGKIT - MENGUNGKIT. NANTI DIBENCI ORANG"

*MK = Makwe Kintan
*PK = Pakwe Kintan



  

No comments: