Wednesday, April 4, 2012

Apa Susah ? Nikah Jelah !!!

PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam
tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa
sekitar Kubang Pasu, semalam.


" JITRA: Tidak serik - itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam. "-Sumber

Inilah masalah orang sekarang. Makin ramai tak ingat Tuhan. Jalan penyelesaian nikahkan jelah. Jangan kita tanya dulu soal tanggungjawab si lelaki pada rumahtangga dia nanti. Yang penting nikah dulu. Halal kan hubungan tu. Supaya tidak lagi bergelumang dosa. Dah kawin nanti pandai lah dia orang fikir tanggungjawab tu.

Daripada terus tambah dosa zina lebih baik buat pahala walaupun terpaksa. Tak rugi pun kahwin. Dan jangan fikir soal belanja kenduri atau hantaran. Yang wajib ialah maskahwin. Walimatulurus tu buat doa selamat kat masjid pun dah okey. Yang penting masyarakat tahu pasangan itu sudah jadi suami isteri yang sah.

Buat apa nak takut "Apa orang akan kata nanti"... Tapi "Takutlah apa azab Allah SWT nanti"...Sekian.....wassalam.....



p/s : "Islam Itu Sebenarnya Mudah. Tapi Kita Yang Buat Ia Susah"

5 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

wah akak.. mrh nmpak.. hehe tp btul gak apa yg akak ckp.. zmn skrg ni entah la.. hmmm..

are_lin@yu said...

ayu baru baca td..gla la bdk zaman skrg..iskh2..

Yatie Awang said...

kadang2 takut dengan masalah2 yg datang..terutama para remaja kita..mudah sangat terpengaruh dan hanyut

Makwe Kintan said...

kiamat dh dekat...^__^

zulhilmi tempoyak said...

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu. Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.


Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. xtau la nk tulis ape dah...;p