Monday, April 16, 2012

Mansuh PTPTN Tidak Relevan


Demontrasi semalam gegarkan Malaysia. Mahasiswa menuntut agar mansuhkan PTPTN. Aku tidak setuju. Mengapa aku tidak setuju. Ini pendapat aku.

1. PTPTN hanyalah pilihan bagi pelajar untuk berhutang. Maka para pelajar boleh memilih sama ada untuk meminjam ataupun tidak. Di negara kita mempunyai lebih dari 50 biasiswa. Tapi kebanyakan kita hanya tahu biasiswa JPA, MARA, Petronas atau seantero yang glamer dengannya sahaja. So apakata usaha untuk dapatkan biasiswa lain menanggung anda belajar. Jangan harap pada PTPTN sahaja. "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". MARA serta Kerajaan Negeri masing-masing juga sediakan pinjaman dan pembayaran balik tidak membebankan.

2. Jika PTPTN dimansuhkan, jumlah keseluruhan hutang terakru (bahasa akaun) ialah RM48 bilion. Kau ingat sikit ke jumlah tu? Macam 48 sen je ye? Kalau tiada sumber untuk cover balik jumlah tersebut, maka negara akan menanggung keberhutangan lapuk yang series.

3. Kurangnya daya saing & usaha para pelajar. Mengapa aku katakan begitu? Kerana jika semuanya secara percuma. Kebanyakan pelajar akan malas belajar dek tidak payah fikir nak bayar hutang. Maka CGPA atau pointer akan jadi sambil lewa sahaja.Setiap semester takpayah fikir nak kejar pointer tinggi. "Kalau dapat 2.0 pun rasa ok sebab takde hutang. Abis belajar tak payah fikir kerja sangat. Kerja TLDM (Tidur,Lepak Dan Makan) pun ok dah. Hutang takde. ADA AKU KESAH!!!" Betul tak ?

4. Negara akan kekurangan para cerdik pandai. Bila semuanya free maka generasi yang sudah "naik lemak" tidak akan memiliki kualiti cendiakawan taraf internasional. Sebab kemalasan anak bangsa yang melanda kurangnya berusaha untuk menjadi dikalangan terbaik. Tapi maksud "naik lemak" bukan antologi untuk orang gemuk dan bukan juga para penggemar Nasi Lemak 2.0.

5. Bagi pelajar yang mendapat keputusan SPM kurang bagus, tapi masih mahu sambung belajar serta taraf pendapatan keluarga yang sederhana atau miskin. Mungkin untuk bersaing dapatkan biasiswa agak sukar kerana syarat biasanya mahu pelajar cemerlang. Jika PTPTN dimansuhkan, dari mana lagi sumber kewangan yang boleh golongan ini perolehi? Belajar bukan setakat yuran pengajian & yuran lain-lain. Buku & alatan belajar nak kena beli. Makan minum dan sara hidup diri juga perlu difikirkan. Taraf hidup semakin tinggi.



Cadangan aku kepada Kerajaan kita :-

1. Bukan mansuhkan PTPTN tapi hapuskan servis caj tinggi keatas pinjaman yang agak membebankan peminjam selama ini termasuk aku...hehe.

2. Beri pengecualian bayaran balik kepada pelajar  yang mendapat CGPA 3.75 keatas atas iaitu Pinjaman ditukar menjadi Biasiswa . Bagi pelajar yang mendapat pointer 3.30 keatas hanya perlu bayar 10% sahaja. Ini adalah pengiktirafaan kerajaan atas usaha gigih mereka menjadi pelajar terbaik. Contoh seperti MARA.

3. Kadar bayaran balik bulanan yang rendah dan setara setiap bulan. Sekarang ni kalau yang tidak memilih sistem UJRAH, bayaran balik bulanan akan meningkat tahun demi tahun. Jadi apakata samaratakan sahaja bayar bulanan tu every month sehingga habis hutang dengan kadar yang rendah.

4. Cadangan lain ialah hapuskan yuran pengajian dan yuran-yuran yang difikirkan membebankan para pelajar. Cukuplah bayar yuran asrama & yuran aktiviti kampus atau lain-lain yang dirasakan perlu sahaja. Itu barulah namanya "Pendidikan Percuma"..bukan semuanya kena percuma.

Ini yang aku nampaklah. Kalau perlu aku akan tambahkan lagi opinion aku ni akan datang. Korang jangan cakap kat aku " Kau tahu apa ? Kau rasa ke apa yang kami rasa ?!!"

Eh tolong sikit ye. Aku jugak graduan macam korang. Aku pun peminjam PTPTN. Aku pun buat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji. sekurang-kurang aku reti bayar hutang dari ada orang tu "Time Pinjam Tahu, Time Bayar Liat Bukan Main." Dan adakah aci jika student yang dulu pinjam PTPTN banyak belanja untuk Hanphone baru canggih every semester, Tengok wayang, keluar dating, topup semata untuk bergayut lama-lama dengan pakwe serta bukan untuk belajar sangat tidak perlu bayar balik. Tak aci..tak aci !!!

Dan kepada adik-adik di bangku sekolah. Sila terapkan sikap menabung duit dari sekarang. Kalau dah ada simpanan tak perlu buat pinjaman belajar lagi. Buat yang perlu sahaja kalau perlulah. Kan jimat tu..kalau sehari simpan RM1.00 pun okey dah. Setahun jadi RM365.00. Kalau 10 tahun dah jadi RM3,650. Belum campur duit raya lagi...haha...Dah boleh bantu ibu bapa bayar yuran masuk belajar ke Universiti nanti. Kurang beban orang tua sikit kan.

Ibu bapa juga sila terapkan sikap menabung dikalangan anak-anak. Bukannya sikap berhutang macam hutang perabot rumah di Courts atau kedai Singer. "Jangan tumpahkan kuah hutang ke nasi ye. Nanti jadilah nasi hutang".

Kepada peminjam yang liat bayar hutang PTPTN ni. Bayar-bayarlah weh...nanti adik-adik, anak-anak, sedara mara korang jugak yang nak pinjam untuk belajar. Fikirkan juga orang lain. Jangan fikir diri sendiri je. Sebab aku fikir adik-adik aku nak belajar akan datanglah aku bayar balik pinjaman. Lagipun Islam ajar "Hutang Wajib Bayar Sebelum Mati".


p/s : "Brunei kaya minyak pun tak bagi semua percuma pada pelajar. Tak caya KLIK SINI."

3 comments:

LydSunshine said...

Saya sgt setuju yang no 1 tu. Kalau tak mansuhkan PTPTN, tapi perlu mansuhkan service cas tu. Buat le mcm MARA. Takde riba.

Dan no 4 pun saya setuju. Yuran pengajian percuma. Kalau nak bayar, duit makan dan duit hostel tu perlu jugak.

Makwe Kintan said...

tu je...?yang lain xsuka ye...^__^

Unknown said...

hhmm.. Memang sikap menabung tu nak kena terap dari kecil lg.. Ni kes nak bayar nie, alahai.. Kan bagus lau ada duit sendiri dari kecik.. Waktu kerja x fikir pye..
Ibubapa tu yg kena first sedar.. Invest dulu ke kat mane2 yg x da riba [cm bank islam ke? hehe] lepas tu bila anak2 da abis blajar, dia boleh pilih la nak smbg higher education kat ne.. Lau dia nak sambung luar negara pun boleh sbb dah mampu..

p/s: mmg la cakap senang, tapi aku tengok kakak aku, okey jugak.. anak dia x pyh pki loan, pkai duit sndiri p sambung blajar.. Kn bagus mcm tu? hmmm