Monday, April 9, 2012

Konfius !!! Siaran ABPBH Atau Histeria ?



Malam tadi ABPBH berlansung dengan jayanya. Aku sekadar tengok dalam tv kat rumah je. Tak kuasa aku nak pergi Genting Highland semata-mata nak tengok artis berjalan kat red carpet.

Lebih baik aku bentang red toto depan tv. Leh landing sambil "Wuuuu...Guling-guling macam tenggiling" (ayat kartun sinchan)...haha...

Masa award yang awal-awal diumumkan pemenang tu, ada pulak suara pontianak menjerit-jerit. Ni bukan hantu betul ye. Ni orang jadi hantu. haha...Dan aku pasti suara tu dari penonton wanita. Dah macam budak asrama kena histeria pulak. 

Kot ye pun nak raikan artis yang menang, takyahlah sampai menjerit mengalahkan langsuir mengilai. Tapi nasib baiklah awal-awal je over jerit tu. Tak sampai habis siaran. Kalau tak mau pecah speaker tv aku masa menonton malam tadi....hahaha...

Apa pun tahniah buat Aaron Aziz sebab menggondol Anugerah Bintang Popular 2011. Rezeki lepas kontroversi nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Harun bin Mat Aziz Mustapa...hahaha...sapelah buat April Fool ni kan.

Leh pulak tau nama orang tu dalam IC. Padahal tengok IC dia pun tak pernah. Suka hati je buat fitnah. Ha tengok kan dia dah menang. Orang sebar fitnah dapat apa? haha....



p/s: "Ataupun sebenarnya aku menonton bersama "Cik Ponti" ? Oh tidak !!! "

3 comments:

LydSunshine said...

Tak tgk plak semalam. Dengar cerita lebih banyak keputusan yg tak best eh?

Makwe Kintan said...

mmg pun...rmai artis koya-koya je...hehe ^__^

Norzie hany said...

Tahniah untuk Aa.