Saturday, August 23, 2014

Tiub Fallopio

Sejahtera ke atas kalian..



Hari khamis yang lalu aku menjalani ujian HSG untuk kali ke 2. Ujian ini untuk check sama ada tiub fallopio rahim kita tersumbat (block) atau tidak (unblock). Tahun lepas aku dah buat sebelum operation endometriosis. Keputusannya tiub fallopio aku tersumbat kedua-dua kiri kanan tu. 

Jadi tahun ini aku nekad untuk buat sekali lagi ujian ini. Bagi menyedapkan hati bahawa aku benar-benar yakin tiub rahim ku dah tak bermasalah lagi. Setiap hari aku berdoa supaya Allah bukakan saluran tiub aku. 

Alhamdulillah keputusan ujian HSG terbaru ni memang tidak disangka-sangka. Kedua-dua tiub fallopio aku dah tak tersumbat lagi. 3 kali inject cecair dye. Kali 1 & 2 tak sakit, tapi kali ke 3 sakit macam senggugut.. fuhh tahan jela...nasib baik tak lama.. 

Masa doktor inject dye tu aku boleh nampak pada monitor xray aliran cecair dye tu mengalir ke tiub. Aku dengar nurse berborak dengan doktor masa tu. Diaorang kata "Tiub dan rahim dia ni dah cantik, mungkin masih belum rezeki lagi untuk dia hamil..." tersenyum aku mendengarnya.

Syukur sangat-sangat. Aku sudah ada peluang untuk hamil secara natural. Sebelum ni doktor hanya beri harapan yang aku boleh hamil melalui kaedah IVF sahaja. Tapi aku tangguhkan sebab tak mampu dari segi kewangan. RM10ribu kos IVF belum masuk kos ulang alik hospital dari Pahang ke KL.  Oh memang tak berkemampuan.

Kalau tanya apa yang aku amalkan untuk unblock tiub, aku cuma banyak makan buah nenas, minum jus limau nipis/lemon suam tanpa gula setiap hari setiap kali lepas makan, adakala aku makan bawang putih mentah dijadikan ulam makan bersama nasi. Banyak makan buah & sayur segar.. macam tu jela.. berdoa & jangan putus asa itu yang penting.

Selesai saja ujian, nurse pesan pada aku "Doa banyak-banyak ye puan, Inshaa Allah lepas ni ada rezeki puan hamil.."

aamiin...

Allah SWT tunjukkan kekuasaan-Nya..Kuasa "KUNFAYAKUN".. InshaaAllah lepas ini akan teruskan treatment yang lain pula.

8 comments:

Raz said...

Alhamdulillah :)

Makwe Kintan said...

(n____n)

LydSunshine said...

mujarab jgk minum air lemon dan nenas ye. tahniah MK. Dah makin hampir dah tu. insyaAllah ada rezeki lekat plak lepas ni.

Unknown said...

Alhamdulillah..saya pengikut terbaru Blog MK..tadi google2..rasa menarik sangat pengalaman yang MK ceritakan ini..

Saya juga rase dekat ngan MK..Tahniah, yang terkini tiub Fallopian MK dah sihat dan terbuka jalannya.

Saya menyimpan hasrat untuk mencuba tips2 yang MK kongsikan untuk saya juga dpt mengikut jejak MK dan diberikan kesihatan oleh-Nya..

InsyaAllah dan saya doakan, usaha dan doa MK semakin hampir kepada kejayaannya dan mohon doakan saya juga tidak berputus asa seperti MK. Tolong jangan berhenti update blog MK kerana saya baru mula mengenali MK melalui blog ini..

Take Care..

Makwe Kintan said...

TQ hella Monica. saya manusia biasa saja yang sedang berusaha. Inshaa Allah saya akan update perkembangan saya dari masa ke semasa terutama ttg treatment saya.. hehe ^_^

Anonymous said...

Boleh ajar macamana diet utk unblock tiub.. banyak mana ..berapa kali dan nak wat jus limau tu resepinya mcana?

Anonymous said...

Ya Allah hati ni tergerak nak google nenas boleh hilangkan tiub tersumbat... Pastu smpai kt blog awak ni... Kuasa Allah kan... Nnt saya nk Cuba...lah... Thun lepas saya Dah buat HSG tiub belah kiri fully blocked sebelah kanan partially blocked... Sedihnya....insha Allah... Ada harapan lpas ni.... Blog sis Sumber inspirasi

Aza mila said...

As salam... nenas tu nk amal ari2 or stop bla dh dpt opk positif?