Friday, November 4, 2011

Awak Ada Idea Tak? Moh Join MyIdeas..


Ok saya nak kembali ke dunia realiti kali ni..saya tak mahu berilusi sebagai presiden republik bagi negara yang mahu saya cipta sendiri..

Hakikatnya saya masih lagi seorang warganegara Malaysia dan amat menyayangi tanah air sendiri. Titik...^_^

Kamu semua ada tak idea untuk memperkasakan sistem pentadbiran dan pengurusan negara kita yang tercinta ni ? mesti adakan..kalau tak ada takkan lah merungut pasal pengurusan negara..betul tak? hehehe

So kali ni saya nak warwarkan pasal satu laman web yang dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) serta Yayasan Inovasi Malaysia. Laman sesawang ni bagus tau..semua orang boleh join. Tak kisah anda student atau bekerja, muda atau tua, lelaki atau perempuan, cantik atau hodoh..(hehe ni ayat merapu je)...so semua leh join..

Sumbangkan idea sebanyak mungkin. Setiap bulan ada tema yang berlainan. Idea anda mestilah ikut tema pada bulan tersebut ye..Dan yang paling penting anda kena daftar dulu..alah buat akaun macam facebook jugak..

Jika idea anda bernas mungkin akan dipertimbang untuk digunapakai dalam pengurusan sistem negara kita. Awesome kan... So let go bebeh !!! tunjukkan rasa cinta anda kepada negara kita dengan menyumbang idea yang kreatif tu...

Jom Join Sekarang Jugak : MyIdeas

No comments: