Tuesday, November 1, 2011

MANTAPKAN PROFESION KEJURURAWATAN (PART 1) !!!


Amende lah tajuk entry aku kali ni...macam tah pape je...
Koya best la tu kan...
Hahahaha...Kali ni aku nak story pasal bidang nursing ni...

Aku bukanlah orang yang selayaknya nak berbicara tentang hal ni...
Aku pun bukan lah seorang jururawat yang mahukan keadilan
yang sama dengan jawatan yang lain...

Tapi aku pernah meminati profesion ni satu masa dulu...
Aku pernah bercita-cita ingin menjadi seorang jururawat ketika muda dulu
(eh sekarang dah tua ke? )

Ini hanyalah pendapat dan pandangan seorang rakyat Malaysia
yang berangan nak jadi Presiden untuk negara yang mahu dibinanya
sendiri iaitu Republik Makwe Kintan...ahaks...berangan...

Profesion Kejururawatan adalah satu bidang yang sangat mulia..
bukan setakat disisi masyarakat..namun juga disisi agama kan..

Seorang jururawat perlu mempunyai sifat dan perwatakan yang 
penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin,
berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap
yang positif.

Selain dari itu, seorang jururawat juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti :-

Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa.

• Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang

 Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu.

 Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.


Tanggungjawab seorang jururawat juga bukanlah semudah yang disangka.
Ia membabitkan nyawa manusia.
Jururawat adalah mata dan telinga bagi doktor untuk merawat dan memantau situasi pesakit.
Maka tidak hairanlah mereka digelar petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan.

Mereka juga terpaksa berkorban masa dan tenaga demi kepentingan orang lain.
Cuti yang tidak menentu serta waktu kerja mengikut syif.

So memang aku tabik spring lah pada insan yang bergelar staffnurse (toing..toing!!!)

Jasa dan bakti mereka memang tidak boleh ditukar dengan nilai wang ringgit.
Pengorbanan mereka sangatlah besar kepada negara.

Jika kita mahu menilai sesebuah negara tersebut sama ada ia bagus atau sebaliknya,
3 sektor utama perlu dinilai iaitu pendidikan, pertahanan dan kesihatan.

Jadi tidak hairanlah di Malaysia ni kerajaan memberi peruntukan besar kepada 3 kementerian terpenting ini berbanding kementerian yang lain...

So kepada stuffnurse sila banggakan diri anda sebab anda sebenarnya diutamakan..hehehe

Tu Bi Kontiniu..yey!!!

No comments: