Friday, November 25, 2011

Air Mata Suami Tersayang ...


Tak tahu nak ungkap macam mana...
Semalam aku lansung tak dapat bangun...
Demam yang amat teruk...
Kepala rasa sakit dan berat...
Jadi tak dapat ke tempat kerja & buat segala tugas seorang isteri di rumah...
Makanya tugas itu diambil alih oleh suami tersayang...
Terpaksa juga suamiku tidak kerja semalam...
Pagi-pagi lagi dia sudah ke pejabat aku untuk beritahu pegawai yang aku tak dapat hadir ke pejabat kerana kesihatan tidak mengizinkan...

Kemudian dia membelikan aku ubat kerana aku tak mampu untuk berjalan ke klinik...
Pulang saja ke rumah suamilah yang buat segala tugas yang selalunya aku buat...
Diberinya aku makan ubat dan disuruh berehat...
Lalu dia mengemas dari dapur, bilik hingga ke ruang tamu.
Dia juga membasuh dan menyidai pakaian.

Menjelang jam 9.00 pagi suami ke pasar menaiki motor...
Membeli sedikit barangan dapur untuk dijadikan juadah tengahari...
Nasibnya kurang baik apabila motor dinaiki tiba-tiba rosak ditengah jalan...
Terpaksa ditolak dalam keadaan cuaca panas menuju ke rumah seorang saudaranya...
Suamiku mahu meminta pertolongan saudara itu untuk meminjam motornya sebentar...
Mahu menghantar barangan dapur yang dibeli tadi ke rumah dan kemudian ke bengkel untuk baiki motornya...
Namun hati manusia siapa yang tahu...saudara yang tidak mahu menolong..memberikan seribu macam alasan...
Suamiku terpaksalah beredar dari rumahnya dalam keadaan dukacita...
Ditolaknya lagi motor sejauh perjalanan sehingga sampai ke bengkel...
Berjalan kaki pula suamiku dari bengkel motor untuk kembali ke rumah kami...

Tiba saja di rumah diletakkan barangan tadi di dapur lalu masuk ke bilik baring di sebelah aku...
Diceritakan hal yang berlaku dalam keadaan air mata berlinangan...

Cuma satu ayat yang membuat aku tersentuh pabila suamiku berkata
"Terasa hati abang dengan dia tu, minta tolong tapi macam-macam alasan"

Lalu aku yang tidak berdaya hanya mampu memujuk suamiku...
"Sabarlah abang..biarlah dia tu..hari ni hari kita, esok lusa Allah sahaja yang tahu"

Suamiku mengesat linangan airmata terus menuju ke dapur untuk sediakan juadah tengahari...
Bertungkus lumus dia di dapur...aku tahu letihnya yang tadi belum hilang lagi...
Aku dah suruh suamiku berehat dahulu namun tak diendahkan pun...

Selesai sahaja suami ku memasak...dibawanya ke bilik untuk menyuapkan aku makan...
Kalau ikutkan sakit aku tak selera nak makan...semua yang masuk ke mulut terasa pahit...
Hilang deria rasa lidah semalam...namun demi menjaga hati suami aku paksa juga diri ini untuk telan semuanya...

Suami aku mengusap kepala aku dan dengan nada bergurau...
"Nanti abang sakit sayang jaga abang pulak ye" 

Aku cakap...
"Mestilah, abangkan suami sayang..Terima kasih untuk semua hari ini abang"

Ya Allah aku bersyukur sangat-sangat kau kurniakan aku suami seperti ini...
Dialah racun dia juga penawarnya...

Teringat pula lagu P. Ramlee...

"Berkorban Apa Saja..."
"Harta Ataupun Nyawa..."
"Itulah Kasih Mesra..."
"Sejati Dan Mulia..."

3 comments:

LydSunshine said...

Sebak baca cerita ni. Manusia ni kedekut.

lepak said...

tersentuh :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

untung la dpt laki camni kn..:D