Wednesday, June 6, 2012

Pencen Menyanyi ?

"AMARAN : Entry tidak bergambar. Jika suka sila baca. Jika tidak suka sila pangkah tetingkap blog"



HOLA ! Pagi yang ceria..eceh padahal kat ofis keje belambak. Nampak sangat mengular dalam internet kepunyaan pejabat. Biasalah aku ni nak tenangkan fikiran yang serba serbi tension. Aih pagi-pagi buta dah tension. Spekulasi yang sungguh kolot...

Minggu lepas balik rumah mak. Lepaskan rindu kesumat seorang anak yang rasis dan penuh kepura-puraan. Aku pun tak faham nak buat ayat sebenarnya. So main bantai jela ye. Sian korang yang membaca...ahhh gasak !

Mak aku ni sekarang tabiat baru dia hari-hari pasang radio PahangFM. Pelik jugaklah bonda tercinta yang aku kenal dulu suka sangat HOTFM. Tapi kini sejak umur sudah 50-an tukar siaran pulak dia. Faktor umurlah tu...

Mak aku suruh masuk pertandingan menyanyi lagu P.Ramlee kat Kuantan minggu depan. Aku pelik jugak kenapa mak aku ni beriya suruh masuk pertandingan tu?..

Takkan dia tak tahu yang anak dia ni dah pencen awal dari masuk apa-apa pertandingan nyanyian. Dulu masa zaman belajar memanglah aktif..tapi sejak kawin ni suami aku kurang izin lah...

Mak aku siap cakap "Along kau masuklah pertandingan nyanyi lagu P.Ramlee tu..mak jamin kau akan menang"....hamboih mak aku...penuh confident anak dia ni akan menang..

Aku tanya jugak suami aku malam tadi pasal hasrat mak aku tu..tiba-tiba suami aku cakap masuk jelah...

Yoyo ooo la suami aku tu...kang time nak pegi mulalah seribu alasan diberi supaya aku tak dapat pergi...

Baik aku teruskan pencen nyanyi aku ni kan...heehee...

2 comments:

CINTA UNTUK KITA said...

huhu masuk la kak.. msuk la! kyra sokong..:)

LydSunshine said...

Pertandingan tu peringkat Pahang ke? Elok jugak teruskan pencen. Saya sokong Makwe Kintan pencen. Heheh.