Friday, June 15, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara

Mak Dara buat segmen ni...Andai aku pengarah filem....aku akan buat filem ini.........


Tajuk filem aku ialah MALBAT bermaksud Malaysian Batalion. Iaitu sebuah filem aksi berkisarkan perjuangan tentera malaysia yang dihantar ke negara asia barat yang sedang bergolak iaitu Afghanistan. Masa tu lepas berlaku peperangan antara pihak tentera Amerika & Pejuang Taliban. Tentera Malaysia dihantar kesana sebagai tentera pengaman.

Pelakon utama aku nak pilih Remy Ishak.. Sebab dia ada ciri-ciri ketenteraan yang aku nak. Cewah ! Watak Utama Remy Ishak dalam filem aku ni sebagai Kapten Ramzi. Sebelum join tentera dia seorang budak yang pendiam & taat pada ibu bapa. Lepas abis blaja di universiti, Ayah dia suruh jadi guru sebab ayahnya juga seorang guru. Namun Ramzi punya hasrat untuk join tentera kerana cintakan negara. Dia tak mahu jadi guru. Kebetulan pihak kementerian pertahanan ada buka pengambilan untuk rekrut pegawai kadet tentera. Ramzi dalam diam pergi temuduga tersebut dan berjaya terpilih. Bila ayahnya dapat tahu je terus mengamuk. Ramzi yang selalunya patuh kata ayah, kini dia berdegil. Dia pergi jugak walaupun tanpa restu orang tua.

Masa dalam rekrut macam2 cabaran dia kena tempuh. Kena buli dengan jurulatihnya iaitu Eman Manan yang membawa watak Mejar Syukri. Jurulatih ini seorang yang garang dan kejam. Masa dalam rekrut Ramzi ada kawan baik iaitu Shahiezy Sam yang membawa watak Khairul. Tapi jurulatih gelarkan khairul sebagai Pok Chek. Sebab Khairul asal kelantan, pastu paling kecik antara geng dia dan paling riuh skali mulutnya serta seorang yang kelakar. Hahaha...

Bila dah abis rekrut masing-masing mulakan tugas di tempat yang diarahkan. Selepas 2 tahun keje, Ramzi diberi arahan oleh orang atas untuk dihantar bertugas ke Afghanistan sebagai tentera pengaman dalam Misi MALBAT. Mulanya Ramzi memang berat hati nak pergi tapi sebab tugas terpaksa akur. Ramzi balik kampung mintak restu orang tua sebelum kesana. Tapi ayah dia masih lagi marah dan tak mahu pandang pun muka Ramzi masa dia salam & cium tangan ayahnya.

Bila dah sampai di maskas MALBAT Afghanistan, biasalah sesi suai kenal dengan pegawai tentera disana. Ketua tertinggi dalam misi tersebut ialah Rosyam Nor yang membawa watak Leftenan Kolonel Badrul. Seorang yang tegas dan serius. Bersama Ramzi menyertai misi itu ialah Zulhuzaimi memegang watak Faizal, Hans Isaac memegang watak Adam dan Johan Ashaari sebagai Roslan. Masing-masing berpangkat Kapten. Masa bertugas disana Faizal & Roslan kawan baik. Mereka memang tak suka pada Ramzi dan sentiasa iri hati pada Ramzi. Tak tahulah kenapa. Adam pulak baik dengan Ramzi.

Satu hari mereka berempat mendapat arahan dari Leftenan Kolonal Badrul supaya menjalankan tugas risikan di suatu kawasan pendalaman. Mereka pergi dengan menaiki land rover dan bila tiba satu kawasan gurun, mereka diserang pejuang kerana pejuang tu ingat mereka tentera Amerika. Tembak menembak, bom meletup sana sini. Adam terkorban dalam serangan. Roslan dan Ramzi tercedera kerana terkena tembakan. Faizal memapah Roslan untuk menyelamatkan diri. Ramzi ditinggalkan kerana pejuang-pejuang tersebut meluru kearah mereka. Dan menikam Ramzi bertubi-tubi. Bila pejuang itu semua beredar, sekumpulan saudagar yang menaiki unta lalu disitu dan terjumpa Ramzi. Salah seorang saudagar itu turun dan memeriksa yang Ramzi masih hidup. Mereka membawa Ramzi ke perkampungan mereka untuk dirawat.

Ramzi dibawa tinggal bersama Pakcik Hassan iaitu salah seorang penduduk kampung disitu. Pakcik Hassan punya seorang anak gadis bernama Mardiyah. Watak Mardiyah dilakonkan oleh Maya Karin. Seorang yang lembut, pemalu serta anak yang taat pada ayahnya. Pakcik Hassan & Mardiyah yang merawat Ramzi hingga sembuh.

Ramzi mula sukakan Mardiyah kerana ketulusan hatinya. Perasaan cinta mula berbunga antara mereka. Pakcik Hassan juga tidak membantah hubungan Ramzi & anaknya. Semakin hari Ramzi semakin pulih. Tapi ada dikalangan penduduk kampung itu menjadi tali barut pejuang tersebut. Mereka menghantar maklumat kepada kumpulan mereka akan kewujudan orang luar iaitu Ramzi di kampung tersebut.

Pada suatu malam, kumpulan pejuang itu menyerbu rumah Pakcik Hassan dan mengugut dan memukul supaya menyerahkan Ramzi kepada mereka. Pakcik Hassan telah terlebih dahulu menyuruh Mardiyah menyembunyikan Ramzi di belakang rumah mereka. Pakcik hassan yang enggan beri kerjasama mati ditembak kumpulan pejuang. Mardiyah tidak dapat menahan sebak lalu menangis ketika mengintai pejuang itu membunuh ayahnya. Tindakannya itu  disedari oleh salah seorang dari kumpulan tersebut lalu mereka berdua ditangkap. Ramzi terpaksa bertarung dengan kumpulan tersebut demi mempertahankan Mardiyah dari dibunuh. Ramzi rampas senjata M16 milik kumpulan itu lalu membawa Mardiyah lari. Berlaku adegan tembak menembak.

Tiba-tiba satu das tembakan mengenai belakang Mardiyah. Masa tu part memang sedihlah. Mardiyah yang berlumuran darah menyuruh Ramzi tinggalkan dia dan menyelamatkan diri. Ramzi tak mahu tapi dipaksa oleh Mardiyah. Akhirnya Mardiyah menghembuskan nafas yang terakhir. Ramzi memeluk erat Mardiyah dan menangis. Lalu diangkat mayat Mardiyah dan menyelamatkan diri dari serangan kumpulan pejuang itu. Ramzi berjalan digurun sambil membawa mayat Mardiyah. Lalu ditanamnya disitu. Tentera Malaysia yang selama ini mencari Ramzi akhirnya menjumpainya di kawasan gurun itu.

Ramzi dibawa pulang ke markas MALBAT. Namun keadaannya seperti orang yang putus asa. Leftenan Kolonal Badrul memberikannya semangat kembali untuk meneruskan misi itu. Faizal & Roslan yang dahulunya tidak suka pada Ramzi kini sudah berubah. Mereka meminta maaf kepada Ramzi atas kesilapannya sewaktu mereka diserang dulu. Ramzi, Faizal & Roslan akhirnya menjadi kawan.

Kumpulan pejuang tersebut tidak berpuashati selagi tidak dapat membunuh Ramzi. Lalu mereka merancang untuk menyerang Markas MALBAT. Suatu malam markas itu diserang. Berlaku petempuran antara kumpulan pejuang dengan tentera Malaysia. Tentera Malaysia sehabis mungkin mempertahankan markas. Apakah kesudahan kisah filem ini.....? Tunggu bila aku jadi pengarah filem & ada bajet juta-juta untuk bikin filem ye...ingat buat filem main dua posen ke?....

Kepada Mak Dara maaflah kalau saya terlebih sudah...ni bukan segmen dah ni..ni namanya review syok sendiri...hahahahaaaaaaaaaaaaaaa................

Buat yang sudi baca entry panjang aku terima kasih banyak2....sian korang kering tekak baca entry aku kan....

Sapa nak join segmen ni KLIK SINI .......bye.........

4 comments:

DrFIO said...

Wah...ada bakat jadi penerbit/pengarah filem ni...hehe...nape x pilih Adi Putra lagi mantap kot :)

Makwe Kintan said...

waduh..pas wat entry ni bru teringat adi putra..tp xpela ske remy ishak lg...hehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah ... siap ade sinopsis lagi ye sis... saya wat poster je... xreti nk krang2 cter ni :)

LydSunshine said...

Hahaha.... serius best cerita ni. Kretipnya awk karang cerita. Tapi pakcik hassan tu org Melayu atau org Afgan?

Alaa... apsal Adam mati. Cedih kiter. Adam hensem.