Aku selesa berdua denganmu. 8 tahun kita meniti janji. 3 tahun kita melayari akad cinta ini. Walaupun masih menunggu sang cahaya. Namun kita masih bahagia.
Onak duri kita tempuh bersama. Ranjau berliku kita harungi jua. Pegang erat tangan ini. Usah lerai lagi. Jangan lepaskan walau dipanah api.
Sakit memang sakit. Bertahan teruslah bertahan. Biarkan apa manusia lain mahu berkata. Yang utama Cintaku hanya untukmu. Kasihku padamu sampai mati. Ini janjiku wahai suami.
3 comments:
tak apa...akak mendoakan yang baik-baik. Bersabarlah..
menyentuh perasaan kata2 awak ni. Indah sangat,
TQ kak memmetlenggeng..sabar je la kan..
kak Lydsunshine TQ ye.. (n_____n)
Post a Comment