Semalam saya ke temujanji klinik O&G lagi. Saya baru je habis treatment lucrin tapi period tak keluar lagi & untuk check ketumbuhan endometriosis saya.. Alhamdulillah semalam doctor scan perut, dia cakap endometriosis dah "tiada". Kiranya saya sudah bebas dari penyakit tu.. kemudian masa scan doktor terkejut.. macam ada "kantung baby".. doktor suruh saya pergi buat test UPT segera.. saya pun pergilah dengan takde perasaan.. yang ada cuma keliru je.. Yelah dah suntik lucrin susah sikit nak pregnant. sebab ia merendahkan seketika estrogen untuk pengeluaran ovum sepanjang 6 bulan lepas. Memang ovulasi boleh berlaku time lucrin tapi ia sebenarnya berisiko jika pregnant..takut akan effect pada janin je..
Result UPT negatif.. its okey.. saya memang tidak mengharap apa-apa untuk masa terdekat ini.. Lepas tu doktor scan ikut vagina pulak. Doktor tanya "Sebelum ni puan ada fibroid ke ?" saya jawab "ada doktor dalam 1cm.. Hari tu operation doktor pakar tak buang ye ?...Doktor tu jawab "haah tak buang sebab fibroid puan kecil lagi..sekarang saiz fibroid tu dah jadi 1.9cm..tapi jangan risau ia masih kecil & ia tumbuh luar rahim..takkan mengganggu kalau puan nak hamil nanti..." ..Maknanya yang macam "kantung baby" tu sebenarnya fibroid saya.
Okey fibroid sudah bertambah saiz 0.9cm.. Inilah masalah kalau treatment di Hospital kerajaan.. kalau benda tu diaorang rasa kecil & tak berbahaya..diaorang takkan buang..biarkan je..dengan harapan supaya benda tu akan hilang dengan sendiri atau takkan membesar.. Padahal doktor mesti tahu yang fibroid juga memerlukan estrogen untuk membesar...alahai doktor ni..takpelah saya kena berhati-hati untuk masa sekarang..jaga pemakanan & kawal stress...Moga Allah SWT hilangkan ketumbuhan fibroid tu pula seperti Allah sembuhkan saya dari endometriosis...
Kemudian doktor hala scan ke ovari saya.. katanya ada 3 - 4 biji ovum saya yang sedang membesar & akan keluar 2 - 3 hari lagi.. Saiz ovum-ovum tu semalam sudah 13mm.. so ia akan bertambah lagi saiz sehari 2mm.. jadi mungkin ovum-ovum itu akan keluar dengan saiz 17mm - 19 mm... Sebab ovum yang matang & bagus akan bersaiz antara 12mm ke 25mm sahaja..kalau kurang atau melebihi dari saiz tu tanda ovum tak bagus...maknanya saya akan "subur" 2 - 3 hari lagi..memang saya tengok pada screen tu ovum saya besar-besar dah...
Saya hairan juga..bukankah period saya tak datang lagi..macam mana boleh nak subur pulak ni..? biar betul doktor ni kan...Doktor jawablah tu tandanya effect lucrin sudah habis dalam badan saya.. Ovari kembali bekerja dengan berovulasi dahulu..kalau tiada pelekatan baby nanti akan turunlah darah haid saya... Okey penerangan sains yang menakjubkan untuk saya...
Allah sedang tunjukkan Kebesaran-Nya.. Ternyata Dia Maha Besar & Maha Mengetahui.. Dia sebaik-baik perancang.. sebab sebelum ni saya sedih jugak..inject lucrin dah habis tapi period still tak keluar lagi...macam mana nak cuba usaha hamil kan.. rupa-rupanya Allah bagi saya "subur" dulu.. & Allah bagitahu saya jangkaan hari subur saya melalui doktor.. Alhamdulillah.. Masih ada harapan untuk saya teruskan usaha.. Tapi seandainya tak hamil juga kali ni & turun darah haid.. Doktor akan buat HSG semula bulan oktober nanti..kalau tiub fallopio saya tak block maka saya akan buat IUI je..kalau masih block tiub tu maka sudah takdir saya untuk kumpul duit & buat IVF... In Shaa Allah yang penting kita yakin dengan Perancangan Alllah.. Berusaha terus tanpa putus asa.. Nikmati hidup ini & bahagiakan diri sendiri..
Semalam suami saya macam happy je.. apa yang happy sangat tak tahulah...(-_-) .. Tapi saya cakap pada suami..kalau Allah berikan rezeki zuriat untuk masa terdekat ni, mungkin kita boleh dapat kembar. sebab ovum 3-4 biji nak keluar..hihihi itu yang dia happy sangat kot.. impian oh impian.. Moga Allah makbulkan doa kami berdua..aamiin..
4 comments:
amin...
moga dipermudahkan urusan
TQ sis...saya juga doakan moga rezeki sis dimurahkan Allah..aamiin
semoga sukses
TQ sis
Post a Comment