Cara mengetahui jantina bayi mengikut kepercayaan masyarakat
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Apabila
anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas
perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
- Kulit anda lembut.
- Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
5 comments:
Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 248
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Haiii.. tq follow..i will follow you ...(n_____n)
*Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”. - yg ini betul
*Perut anda “rendah”. - pun betul
*Anda sangat berseri-seri ketika hamil. - yang ini salah. Hahah.. Aku serabai gile time preknen. Muka kusam giler.
*Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. - Tak mabuk?? Mcm lembik akak mabuk.
*Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. - ini betul
Goodluck MK.
ada antaranya saya selalu dgr . bila tanya , lbh krg cam tu lah jwpn mrk . saya ni x de pengalaman lagi . jadi , suka2 jer tanya org2 yg dah ada pengalaman ...
ada antaranya saya selalu dgr . bila tanya , lbh krg cam tu lah jwpn mrk . saya ni x de pengalaman lagi . jadi , suka2 jer tanya org2 yg dah ada pengalaman ...
Post a Comment