Thursday, January 16, 2014

Hilang



Aku taip, aku delete, aku cuba menaip lagi, aku delete lagi, aku skali lagi menaip, sudah panjang, lalu fikir semula, aku delete terus semua.. mahu meluahkan sesuatu disini, tapi tak keluar, mahu membentak tapi masih kawal diri, mahu menjerit, tapi suara aku bersembunyi, mahu menangis pun airmata dh tak sudi mengalir lagi, mahu menyendiri tapi takut dengan bayang sendiri. 

Dan harus bagaimana lagi ? 

Siapa sudi bawa aku lari dari realiti ? Siapa mahu beri aku kata-kata menusuk "jantung jiwa" ? 

Ya mungkin benar sudah hilang rasa itu dalam hati. Rasa yg bertahun aku ukir tapi Tuhan padamkan hanya dalam sebulan.. kenapa aku perlu menipu diri sendiri lagi ? Kenapa perlu simpan mengasihani ? Kenapa bersungguh aku berusaha menaruh sayang dan harapan sedangkan itu cuma siulan dibibir ?

Bodoh aku memang bodoh. Simpan saja hati itu baik-baik. Suatu hari pasti akan hadir insan yang menghargai.

No comments: