Wednesday, February 26, 2014

" Adz - Dzaariyaat Verse 28 " Penyejuk Hati Beta

Malam kelmarin aku tunggu kepulangan suami. Dek kerna sudah berjanji mahu membawaku ke rumah bidan kampung disini. Jam sudah 9 malam namun kelibat suamiku masih belum kelihatan. Inikan pula deruman enjin keretanya lagi lah sunyi tiada berbunyi. Dalam keadaan resah aku tunggu seraya hati berkata " mana la abang ni, janji nak pergi sama-sama..."

Terdetik hati aku, sementara menunggu kepulangan suami lebih baik aku buka dulu kitab tafsir Al-Quran. Tanpa berlengah aku tak mahu sia-sia kan masa yang ada. Kebetulan waktu itu memang part aku membaca makna Surah Adz - Dzaariyaat.

Sambil membaca dengan hati yang resah, sampai pada ayat 28..

"(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan."

Kisah 2 malaikat datang ke rumah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan Allah SWT supaya memberitahu akan berita gembira buat Nabi Ibrahim a.s dan isterinya. Mereka akan beroleh anak disaat usia mereka telah tua ketika itu. 

Isterinya berkata kehairanan sambil menepuk mukanya " Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapatkan anak) ? "

Lalu kedua-dua malaikat tersebut berkata : "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".

Lega. Hati aku terus lega lalu tersenyum...

 
 


2 comments:

LydSunshine said...

;). saya pun turut tersenyum baca ni. dalam surah maryam pun ada gak cerita pasal nabi zakariya dapat anak. insyaAllah ada la tu tak lama lagi. GOOD LUCK MK.

Makwe Kintan said...

In Shaa Allah.. terima kasih atas doanya sis..aaminn.. saya doakan Allah murahkan rezeki sis & family ye.. =)