Wednesday, April 23, 2014

Graf Fertility Friend Saya

Usaha untuk hamil masih saya teruskan. Kaedah biasalah menyukat suhu badan setiap hari. Tapi tak konsisten adalah penyakit saya. MALAS tulah.. dah 11 cycle masuk bulan april 2014 ni saya buat kaedah BBT chart. tapinya graf yang betul-betul full konsisten untuk satu cycle hanya 3 graf je. Cycle bulan 10/2013, bulan 3/2014 dan InshaaAllah bulan yang ini punya 4/2014. Cycle lain semua banyak lompong. Jadi malu nak tunjuk kat sini .. hehe
Cuma cycle april ni tak habis lagi masih ada tempoh seminggu lagi sebelum jangkaan tarikh period akan datang pulak.

Cycle 10/2013 - Biphasic Pattern


Untuk cycle 3/2014 saya dapat triphasic pattern graf. Sebelum ni just biphasic je. Kalau nak tau apa itu biphasic dan triphasic korang bolehlah google ye. sebab tak larat nak terangkan. Menaip sambil stress ni. hehe.. 
Kalau perhatikan pada graf bawah ni mungkin berlaku penempelan embrio pada hari ke 21 .. masa tu dah DPO 7 (Day Past Ovulation). Tapi masih tiada rezeki juga. Period keluar tepat pada masa. Mungkin embrio tak kuat nak menempel lebih lama. Mungkin juga akibat stress yang saya alami. Ini pun aku tilik berdasarkan test OPK juga. Selalunya OPK test untuk tahu bila ovulation kita dengan lebih tepat kan. Tapi ia boleh juga pantau terjadinya kehamilan awal. Cuma tak digalakkan guna OPK ni untuk check pregnant ke tak. Nanti boleh mengelirukan. Aku pun sebenarnya tak reti jugak nak terang tentang OPK boleh pantau kehamilan awal ni. Korang google jelah senang boleh ?... kuikuikui... 

Aku start buat OPK test masa DPO5 kemudian makin hari makin terang sampai DPO7 hampir2 saja OPK aku tu positive (+ve) tapi bila test OPK pada DPO8 terus pudar semula. Jadi aku tau usaha untuk pregnant bulan itu gagal. Macam biasa redha & ikhlas terima takdir Allah. Mula-mula memang down jugak. Sampai aku mesej suami cakap "dahla abang lepas ni taknak fikir hal baby lagi, abang jangan cakap lagi pasal baby dengan sayang.." tengok punya kecewa sampai suami aku pun kena marah atas kekecewaanku.. apadaa.. tapi minta maaf pastu sebab terderhaka.. haha..nasib suami aku jenis faham dah perangai aku ni.


Cycle 3/2014 - Triphasic Pattern

Okey cycle bulan ni 4/2014. Dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar. Cakap juga hal baby dengan suami.. haha jenis iman tak tentu arah ni lah jadinya.. hikhik.. Dah hari ke 19 iaitu DPO8 hari ni. So semalam suhu drop dan kemungkinan berlaku penempelan embrio pada hari ke 18 (DPO7). Kalau korang perasan bulan ni aku ovulation awal sikit pada hari ke 11. Cycle sebelum ni aku ovulation hari ke 14. Tengok line merah tegak tu. Yang tu la hari ovum-ovumku keluar dengan jayanya.. eceh.. Dan aku akan pantau lagi suhu esok serta seterusnya. Kalau masih tinggi kemungkinan Triphasic pattern again. Dan diharapkan cycle bulan ni pregnant test aku result POSITIVE !!!! aamiin... hope so.. (n________n) Dan sepanjang tempoh DPO dah 2 cycle ni aku alami mild tender breast but nipples tak sakit pun. Itu maybe effect progesterone yang meningkat lepas kita ovulation. Bulan ni pun aku ada demam sehari masa hari ke 16 suhu 37.9 celcius. Tapi sekejap je bila malam suhu drop semula 36.7 celcius. Masa tu badan panas sangat & tekak pun perit. Dahaga betul...
Masalah aku sekarang ialah stress aku ni susah betul nak kawal. Stress kerja tu yang lebih besar.. mencabar betul kan.

Cycle 4/2014 - Maybe Triphasic Pattern

Usaha bulan lepas dan bulan ni aku pakai Lumiglow, makan vitamin Asid Folic, Vitamin B Complex, Vitamin C dan meneruskan herba manjakani. Vitamin2 tu kawan aku yang pregnant kat office ni sedekah kat aku. Dia suruh aku makan jugak.. haha.. baiknya kawan prihatin sungguh. Setakat hari ni aku pakai krim Lumiglow tu takde lagi gatal-gatal macam sesetengah orang. Dan berjaya meningkatkan hormon progesterone aku yang sebelum ni low. Maklumlah aku kan penghidap endometriosis stage 3. Walaupun dah disahkan sembuh tahun lepas masih tak hamil juga..sedih !..Memang hormon estrogen high dan progesterone low la. Sebab tu sukar hamil. Dan stress tu salah satu punca boleh menyebabkan hormon tak seimbang ni. So pandai-pandailah aku kena kawal stress kalau nak pregnant dan supaya endo tak kembali. Fight Endo ! Aduhai... Sekian...

p/s : Mungkin ada sesetengah perkataan yang membuatkan korang tak faham & blur blur je kan.. apa lagi encik google ada.. hehe .. doakan aku hamil bulan ni & diberikan zuriat soleh oleh Allah ye...Kunfayakun.. aamiin (n___n)

3 comments:

LydSunshine said...

InsyaAllah. Akan lekat tu tak lama. Berusaha gigih macam ni pasti akan diberikan ganjaran nanti.

So, bila dah nampak ada peluang mcm ni, MK kena tenang2 jangan stress, kena happy ye.

Makwe Kintan said...

Memang kena tenang2 la kak.. saya ingat nak cuti rehat dari kerja lama sikit la bulan depan.. hehe

rainbow apple said...

Saya baru guna FF ni.cuma xfaham macamne boleh ada cross line tu..automatic or kita yang create cross line tu?