Tuesday, September 23, 2014

Pembedahan Kali Kedua Dibatalkan Dan Prosedur IUI Akan Dijalankan

Sejahtera ke atas kalian,

Tajuk panjang betulkan ? ha ha ... Tapi itulah kenyataannya.
Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini lebih banyak berita gembira yang Allah SWT kirimkan untukku.
Kalau diikutkan semasa sesi temujanji doktor pakar O&G pada bulan Ramadhan, bertarikh 14/07/2014 yang lalu, endometriosis aku kembali tumbuh 4cm X 4cm. 

Sedih memanglah sedih tapi aku memang sudah bersiap sedia fizikal dan mental bahawa selagi aku masih ada period selagi itu risiko untuk endo tumbuh kembali tu ada. Aku kena terima hakikat sebenarnya. 

Dan aku dijangka akan membuat laparoscopy iaitu pembedahan bagi membuang endometriosis berkenaan. Cuma pembedahan kali kedua ini lebih ringan sedikit sebab caranya hanya 3 tebukan di perut. Kalau dulu aku bedah cara laparatomy iaitu bedah besar seperti wanita melahirkan anak. 16cm parut memanjang diperutku jadi saksi kesakitan yang aku tanggung selama ini. hehe.. nak buat macam mana, redha jela..

Baru-baru ini bertarikh 11/09/2014 aku sekali lagi bertemu doktor pakar untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusan HSG dan rawatan seterusnya. Doktor kata "ok tiub awak cantik"... kemudian doktor scan rahimku lalu mendapati ketumbuhan endo mengecil menjadi 3cmX3cm. 

Rasa seronok sangat. Tak terkata apa-apa.. sentap pun ada.. terkejut, tergamam, semuanya ter ter lah...

Doktor pun terus membatalkan pembedahan yang aku akan buat tu dan terus tetapkan untuk menjalankan IUI pada bulan November nanti.

Ini keajaiban bagiku. Allah SWT sedang menunjukkan Kekuasaan-Nya. Ya Allah Ya Rabbi...

Sehingga ke saat ini aku masih lagi tidak percaya. 

Kabus semakin pudar, jalan semakin terang, sinar semakin memancar,
Hujan kini terhenti sendiri, mendung berarak pergi, pelangi menunjukkan diri,
Cantiknya oh Indahnya ujian-Mu ini..

Inshaa Allah doaku supaya prosedur IUI aku nanti berjaya,
Doaku supaya aku hamil untuk percubaan pertama IUI November 2014..

Aku sudah berjanji pada diri sendiri, jika diberi peluang menikmati hidup gelaran seorang "ummi", akan aku lebih menghargai "permata" itu, kerna ku tahu dan ku rasai betapa peritnya, susahnya, jerihnya, payahnya aku untuk meminta pinjaman itu dari Tuhanku. 

"Ummi" pasti melakukan yang terbaik buatmu wahai insan yang ku gelarnya "anak"...  




6 comments:

Unknown said...

SubhanAllah..betul Allah sedang menunjukkan kekuasaannya..

Saya akan mendoakan segala usaha MK ini dipermudahkan..dan saya juga diberikan kekuatan untuk lebih berusaha untuk menikmati pinjaman Allah itu..saya juga meniti ujian seperti MK..

Take Care..

Makwe Kintan said...

Aamiin. Inshaa Allah doa heela juga pasti akan dimakbulkan oleh-Nya..sama2 kita berusaha ye..jgn putus asa.. ^_^

Unknown said...

MK, boleh tak nak dapatkan petua-petua pemakanan yang MK amalkan? Terutamanya bagi kecikkan endometriosis dan hilangkan/sembuhkan dari endo..termasuk ubat bidan tu..

pastu kalo boleh sharekan juga resepi pemakanan/minuman tuk usaha bukakan tiub fallopian tu..

Heela pun dah macam2 usaha..tapi tak penah cuba cara2 tradisional dsb..skrg baru nak cuba minum air limau.lemon tanpa gula tu..hehehe

Thanks MK..:)

Unknown said...

Salam MK.. Sy pun pesakit endometriosis stage 4.. Baru sebulan lepas operàtion...
Boleh tak share dirt pemakanan dan ubat bidan yg mk amalkan? Sy dok mentakab

Cik Iman said...

ya allah moga Dia makbulkan dia :) amiiinnn

Unknown said...

As-Salam MK..lama dah tunggu bile MK nak post entry lagi..huhuhu..

Lagi2 nak tahu keputusan IUI yang MK lalui..Saya doakan berjaya.. dan tolong kongsikan amalan2 MK..

Semoga dipermudahkan dan dipekenankan segala yang dihajati..Aamiinnn:)