Tuesday, July 3, 2012

Impian Baju Persandingan Adikku

Semalam aku temankan adik ke rumah seorang pereka fesyen. Walaupun namanya tidaklah top satu Malaysia tapi hasil kerjanya memang "MELETOP" you allzz. 

Pereka itu ialah Aida Jauhara. Dia ini kawan adik aku. Katanya satu sekolah dulu. Aku ni tukang sibuk je semalam. Adik aku akan melansungkan perkahwinannya Insyaallah dalam tahun ini. Tapi tak mahulah kecoh-kecoh lagi. 

Antara hasil kerja Aida Jauhara.......ni sikit baru ye..ada lagi yang lebih cantik..klik je kat nama dia aku dah link kan FB nya...

 







Adik aku ni jenis cerewet sikit. So kalau apa yang dia nak mesti perfect macam idaman dia. Semalam reka untuk baju bersanding dia je dari petang bawak ke senja. Punyalah lama kitaorang bincang bertiga. 

Adik aku nak baju fesyen jubah moden tapi vouge gitu. Kain alas bahagian lining dari syifon yang sejuk dipakai & bahagian luarnya dilapiskan organza lembut dan jarang berwarna cream. Disulamkan dengan manik & diamond yang seakan mewah campuran daripada pelbagai hijau. Maknanya bukanlah satu colour hijau je. Hijau tu pelbagai tone colour. Contohnya macam baju bersanding si Farah AF ni...

 
See...see... aku pun berkenan jugak tengok baju Farah ni. Warna taburan manik hijau itu yang mewah nampak menarik sekali kan. Patutlah adik aku nak buat macam ni...cantik gilessss !!!

Tudung dan viel untuk bersanding nanti ala-ala Irma Hasmie gitu....


"Pandanglah lihatlah...tiru macam saya"....cewah nyanyi pulak...

Ha ambik kau nyah !! Adik aku nak kahwin baju kalah artis tau...hahaha....

Design untuk jubah modennya lebih kurang begini lah...tapi taklah sebijik sama...mestilah lain sikitkan... tapi aku rasa ni dah seakan dress pulak..Aah gasaklah jubah ke dress ke....



Baju persandingan inspirasi daripada Irma Hasmie & Taburan manik berkilauan seakan Farah AF...

Bukan main lagi adik aku tu...Harga bagi tempah baju tu cecah RM2,000 ++ jugaklah. Banyak betul duit adik aku ni. Sentap akak kau ni dik ! belum campur kos baju nikah, make up, catering, barang hantaran dan macam-macam lagi...

Adik aku booking photography dengan kawan dia. Kawan dia ni memang photographer kira profesional jugaklah. Yusuf Yamin. Adik aku tempah dia untuk majlis malam berinai, majlis nikah & bersanding. Harga pun memang "Kebaboom" lah jugak. Hampir RM3000. Tapi puas hati.

Mungkin ramai yang akan cakap buat apa membazir. Sederhana cukuplah. Tapi jenis adik aku ni tak kisah harga. Janji puas hati. Bukan nak menunjuk cuma nak penuhi impian hati saja. Tak pelah dia pun gaji besar lagi pada akak dia yang sengkek sokmo ni...wuwuwuuuu.... Dan adik aku ni memang jenis menabung pun. Baguslahkan..Lainlah aku ni boros sikit hehehe...sifat yang tidak patut diikut.

Aku tak ambik gambar masa discuss dengan designer semalam. Sebabnya pantang larang dia sebelum baju pelanggan tu siap dia tak mahu ditunjukkan pada orang termasuk owner baju. Dah siap baru leh tengok. 

Aku pun yakin dengan Aida Jauhara ni. Semua baju yang dia buat memang cantik dan lain pada yang lain. Mungkin satu hari nanti dia boleh jadi terkenal seperti Hatta Dolmat, Rizalman dan pereka terkenal negara kita kan....

Sunday, July 1, 2012

Vit C By Sweetninety's Gurlz




Aku nak share satu produk untuk korang. Bagi yang bermasalah seperti kulit berjerawat, berminyak, berparut dan lain-lain boleh cuba produk ini. Admin said :

"Vit C ni baik tuk kesihatan tau..nk lak tuk org yg ade mslh kulit cam resdung ke,kulit kusam,kering,tumit kaki pecah2 & byk lg la..pompuan mengandung pon elok mkn Vit C ni..yg lagi best psl produk ni,die ni halal n dpt kelulusan drpd KKM..so xyah rsau la psl side effect ke ape ke coz produk ni from doctor.."

Hari raya dah dekat apa lagi cantikkan diri kita. Yang penting kesihatan harus dijaga..

Untuk keterangan Lanjut :  http://imahilo.blogspot.com/


Thursday, June 28, 2012

Designer Collection By COSWAY

Lama tak ber"update" blog ni..bak kata LdySunshine...kekurangan idea dan kebuntuan pemikiran lah akak..hehe...

Kalau post yang lepas aku bercerita produk MaryKay yang aku pakai..tapi kali ni produk lain pulak boleh ?

Pasti ramai yang tahu produk Designer ini kan. Inilah pilihan aku. Wangian yang sebenarnya menjadi kan seperti aku wanita dambaan aaaaaaaa.........tak nak sebut lah..jap lagi ada fikir lucah pulak...hahaha...

Dan semestinya yang lebih digemari ialah Designer Collection R Series....



Tengok tu..sweet nya pink kan...Aku bukanlah pencinta pink sebab aku suka warna yang terang seperti warna merah, kuning, oren...kalau biru dan hijau pun nak yang terang jugak...

Bau wangi produk ni buat aku "jatuh cinta kali pertama banyak kali"...emmm camne tu ya....?

Terutama Hand & Body Lotion aku memang suka pakai....everyday lah jugak..nak tidur pun pakai...suami aku pun suka baunya...dia cakap aku wangi sokmo...yela kang busuk bau longkang mesti dia taknak dekat dengan aku....

Ini antara koleksi yang ada dalam R Series....


Harga produk ini pun berpatutan. Kira mampulah beli. Nak beli yang mahal harga ratus ratus tu kena tengok "Belanjawan Negara" dulu...jap g kalau main beli je ikut nafsu tengah bulan ada makan maggi laki bini...hahaha...

Apa pun "This Is Best Bro" trademark Nabil dalam Maharajalawak...lain kali aku cerita produk lain pulak yang aku suka pakai okey...tataaaa....