Friday, September 6, 2013

Biarkan Aku Begini


Tiada ungkapan harus aku hujahkan lagi. Biarkan aku terus begini. Meniti hari demi hari sendiri. Usah diganggu antalogi hidup sang kecewa. Saat terluka dengan hanyutan air bergelora. Kalian sudah panah tusuk jantung sanubariku. Seolah-olah aku hina dina. Berderai umpama kaca jatuh ke lantai.

Lalu datang pula seorang yang ku sangka penamat segalanya. Dengan memberi harapan bercahaya. Namun rupanya itu semua dusta. Kamu juga sama seperti mereka. Tapi dengan cara yang tidak serupa.

Lantas aku undur diri. Moga tiada pengkhianatan lagi. Biarlah aku sendiri. Belayar membawa arus mencari identiti. Cukuplah dengan kata-kata sang durjana. Aku pasrah ini takdirnya. Aku telah semadikan kalian di ufuk jiwa geloraku. Sampai nanti kita ketemu jua. Selamat tinggal Kenangan.

Thursday, September 5, 2013

Berdua Masih Berdua


Aku selesa berdua denganmu. 8 tahun kita meniti janji. 3 tahun kita melayari akad cinta ini. Walaupun masih menunggu sang cahaya. Namun kita masih bahagia. 
Onak duri kita tempuh bersama. Ranjau berliku kita harungi jua. Pegang erat tangan ini. Usah lerai lagi. Jangan lepaskan walau dipanah api.
Sakit memang sakit. Bertahan teruslah bertahan. Biarkan apa manusia lain mahu berkata. Yang utama Cintaku hanya untukmu. Kasihku padamu sampai mati. Ini janjiku wahai suami.

TENANG


Hari ini tenang
Setenang air yang mengalir ini

Hati sedang tenang
Akal juga sedang tenang

Apa lagi yang aku cari ?
Ketenangan Abadi