Masuk kali ni dah 2 kali aku dapat tawaran sambung belajar ACCA kat Kolej Poly-Tech MARA. Aku tak mohon pun. Tapi ditawarkan lagi. Hari tu pihak MARA call cakap aku layak ditawarkan scholarship jika aku daftar belajar ACCA full-time ni. Confused lah pulak...nak pergi ke tak...
Tahun lepas aku tolak sebab JPA tak bagi aku sambung lagi. Sebab aku berkhidmat tak cukup 3 tahun penuh lagi...so cancel...Tapi tahun ni dah lebih 3 tahun penuh...aku boleh apply cuti belajar sepenuh masa dengan kerajaan...
Aku pun dah check dengan JPA...kursus ni diiktiraf kerajaan setaraf Degree Accounting IPTA..tapi yuran boleh tahan...RM 20 K for 4 year study...Aku tahu nak belajar ACCA bukan senang..ni kelayakan bertaraf antarabangsa untuk jadi Akauntan Bertauliah dan berdaftar dengan Badan Profesional...lagipun everything i must learn in English, UK...and the exam from UK...dan kertas jawapan akan ditanda oleh pihak ACCA UK...ahhhh...pengsan jap....
Tapi kali ni tiba-tiba aku kurang yakin dengan diri sendiri..selalunya apa yang aku buat mesti keyakinan kuat..but this time i'm feel not confident...why..why...why...
Lagipun kat Malaysia ni kurang 10% akauntan bumiputra berdaftar dengan badan profesional....Dan negara kita memerlukan 65,000 Akauntan bertauliah menjelang tahun 2020...
Takpelah...aku buat solat istiharah dulu...suami aku pun dah beri lampu hijau kalau aku nak sambung belajar...aku pernah buat entry pasal ni kat SINI...
Aku sebenarnya rancang nak kerja kat oversea & nak bukak chartered accountant company..bukan nak keje gomen "angguk-angguk tak geleng-geleng" sampai pencen...hehe...
That why i need the certificate yang boleh aku 'pertaruh' kat mana-mana bumi Tuhan ni to get some experience before i ready to open my business...maklumlah aku asal dari darah daging orang berniaga...ayah aku businessman...aku dibesar dengan duit business...dari bukak warung roti canai sampailah ayah aku jual perhiasan kristal mutiara...dari berniaga tepi kaki lima hinggalah ayah punya 25 lot kedai mutiara kristal di harbour square sandakan...dari ayah ke tapak niaga hanya naik basikal tua & bas awam dengan bawa 2 periuk tong kari hingga ayah punya toyota harrier dan hilux utk ke kedainya...ayah memang inspirasi aku....lagipun ayah aku orangnya suka merantau..maklumlah orang indon..hehe..start dia merantau umur 15 tahun kerja kelasi kapal kat singapore...datang malaysia mula keje pekebun je...pastu bermulalah business nya disini...dari semenanjung hingga ke sabah...dan terbaru ayah eksport pulak barangannya ke australia dan amerika...You are Awesome Dad !!!
So aku tengah membuat keputusan ni...fening lalat....& i think i need your comment guys...please...*wink-wink*...
4 comments:
Tetiba ayah awk pun jadi inspirasi saya. Hebatnya dia. Mutiara kristal apa yg dia jual tu? Produk sabah ke tu?
macam2..brooch,rantai, cincin, gelang, semua perhiasan wanita dari kristal mutiara & diikat bersama emas,suasa tembaga dan sebagainya...harga lagi murah dari semenanjung...org semenanjung amik brg dari sabah dan jual kat tempat diorang harga 2@3 kali ganda...mahal...
kalau ada peluang pergilah kerana hanya orang yang berani mengambil peluang akan berjaya....
salam.better you go
Post a Comment