Thursday, August 18, 2011

Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin...

Ha sudah story apa lak ni MK???...
MK bagi lagi satu story yang MK copy dari blog ustaz Hj. Lokman...
Bacalah korang, MK malas nak terang panjang-panjang...
Semoga dijadikan iktibar ye...

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.  Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.  Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.
Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.  Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka  surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana  dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti.  Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).  Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja.  Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang  perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.
Kira-kira  dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin.  Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain.  Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan.  Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan  bersama dengan pertolongan dari Allah swt,  menolong saya melawan jin-jin tersebut.  Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.
Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi.  Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu.   Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur.  Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin  yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini.  Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.
Saya memilih  dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu.  Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu.  Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu.   Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah  Al-Quran.  Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan.  Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri.  Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.
Masa itu sudah hampir waktu subuh.  Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh.  Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh.  Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu.  Syukur Alahamdulilah pada Allah swt.  Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu.  Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu.  Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan.  Tetapi apa yang berlaku pada malam  sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.   Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini.  Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010
http://blog.fs-alpha.com/?p=1124

Why Jessica Alba????

Waduhhh Dong!!! Guek minat bangat sama dia dong...
Ngapaing sik????
Dia benar-benar cewek yang gantang gituk...(sila baca sambil bulat-bulatkan mata anda)
kah..kah..kah..

Ohh Jessica Alba...
Kenapa saya suka Jessica Alba?
Kenapa saya suka Jessica Alba?
Kenapa saya suka Jessica Alba?




Sebab Dia CANTEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!


The gorgeous.....wink..







Tuesday, August 16, 2011

Terima SMS Dari Iblis....

Dah berapa hari MK tak update entry baru kan...
Hari ni MK nak kongsi satu story yang MK baca daripada blog Ustaz Hj. Lokman...
Ustaz ni adalah pengamal perubatan Islam ...
Dia telah membuka satu pusat perubatan iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah...
Ashraf Muslim yang pelakon tu kan join die la....
MK copy story ini untuk kalian baca...bagi MK story ni menarik sangat...
silalah baca ye...harap dapat jadi iktibar untuk kita semua...


Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit.  Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga.  Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit.  Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon  dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS.  Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya.  Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.
Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya.  Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A.  Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam.   Mereka bercadang untuk datang berasingan.  Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A.  Kakak Pesakit  A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.
Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam.  Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat.  Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya.  Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi.  Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.
Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit  Pesakit A.  Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya.  Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:

SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
“Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu.  Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan.  Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi.  Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku.  Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini.  Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini.  Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali.”

JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini.  Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!”

SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
“Lancang mulutmu.  Aku sedikit pun tidak gentar padamu.  Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya”.

JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!”

SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
“Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya.  Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya.  Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia.  Aku tidak akan mengizinkan.  Andai engkau tidak tunduk pada  perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya.  Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya.”

SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
“Engkau jangan ikut campur urusanku.  Guruku telah mengetahui segalanya.  Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku.  Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam.”

JAWAPAN SMS DARI SAYA :
“Engkau dan guru kau pergi jahanam!  Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!”

SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
“Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk.”
Beginilah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu.  Pada keesokan harinya, saya mendapat  panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari.  Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya.  Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat.  Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku.  Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.
Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku.  Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu.  Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A.  Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu.  Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia.
Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan.  Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita.  Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik.  Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan.  Walau bagaimanapun kita jangan “under estimate” apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.
Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis.   Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu.   Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat.   Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik.  Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.
Hj. Lokman
6 October 2010
http://blog.fs-alpha.com/?p=142