*Syirik - perjanjian manusia & jin*
Sebenarnya, apa sahaja jin-jin atau hantu-hantu (roh sesat) yang diwarisi adalah saka tidak mengira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya. Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang diturunkan daripada orang yang lebih tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb). Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap.
Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi daif berkenaan dengan perkara-perkara ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang. Kaum jenis jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya.
Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.
Untuk saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu ataupun lain-lain.
Untuk saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.
Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
1. Sakit anggota badan – bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher,kepala, rahim, dsb.
2. Gangguan emosi dan perasaan – “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang eyakinan diri, “high anxiety”, susah nak focus, dsb.
4. Gangguan tidur – selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5. Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6. Sesak nafas atau mengah
7. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
Simtom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang (spinal cord) di mana terletaknya urat saraf (nerves) atau di dalam otak kita.
Ini adalah dua tempat “favourite” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.
Selain dari simpton-simpton yang disebut di atas, di dalam pengalaman saya mengubat kes-kes penyakit gangguan saka, terdapat banyak kes-kes yang pelik-pelik berlaku kepada pesakit.
Kes 1 – Sawan tangis anak yang baru lahir
Terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini. Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab. Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti. Dalam pengalaman saya, setelah dikeluarkan jin-jin saka dalam badan anak kecil ini, anak kecil itu akan pulih seperti biasa.
Kes 2 – Kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah
Ada terdapat kes yang kanak-kanak tidak mahu ke sekolah atau bila tiba sahaja di kawasan sekolah, mereka akan membuat perangai seperti menangis, hysteria, dsb. Ramai saya jumpa kanak-kanak yang menghadapi masaalah demikian. Puaslah emak dan ayah memujuk dan merayu si-anak untuk pergi ke sekolah. Apa sahaja yang si-anak mahu mereka akan dibelikan dan mereka juga gunakan kaedah “psychology” untuk memujuk hati si-anak pergi ke sekolah. Namun si-anak tetap tidak mahu ke sekolah dan alasan-alasan yang diberi oleh anak sugguh tidak logik.
Kita perlu memahami di sekolah atau di mana-mana sahaja di atas bumi Allah saw ini terdapat makhluk-makhluk lain yang Allah saw jadikan selain dari manusia. Makhluk jin ini ada di mana-mana tempat di atas bumi mahupun di dasar lautan atau di gunung ganang dan hutan rimba. Allah saw telah menjadikan makhluk jin lebih awal dari Nabi Adam dan makhluk jin ini telah tinggal di bumi ini sebelum Nabi Adam diturunkan dari syurga.
Makhluk jin tinggal di atas dunia ini seperti kita manusia tinggal di atas dunia. Mereka ada negara, negeri, daerah dan perkampungan mereka sendiri, dan seperti manusia, mereka terdiri dari berbagai jenis dan kaum suku sakat. Contohnya di dalam satu daerah jin itu mungkin ada beberapa perkampungan jin dan setiap perkampungan ada penghulunya masing-masing. Maksud saya di sini mereka ada perlembagaan mereka sendiri, mereka juga mempunyai kaum dan keturunan mereka sendiri seperti juga kita manusia. Di antara kaum-kaum jin ini ada juga konflik dan politik masing-masing yang sukar untuk kita mengetahui dan memahami.
Berbalik kepada masalah kanak-kanak yang tidak mahu ke sekolah, adakalanya jin-jin saka yang ada di dalam badan kanak-kanak ini takut atau tidak diberi laluan atau tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah oleh jin-jin yang berkampungan di sekolah kanak-kanak itu. Bila berlaku demikian, jin dalam badan kanak-kanak itu akan menguasai pemikiran dan emosi kanak-kanak ini supaya kanak-kanak ini tidak akan ke sekolah. Sekiranya kanak-kanak ini ke sekolah juga, maka terjadilah insiden insiden saperti histeria di mana jin dalam kanak-kanak ini akan mengambil alih tubuh kanak-kanak ini dan kekerasan akan berlaku. Di sini, ibubapa perlu memahami rasional atau disebalik sebab kenapa anak-anak mereka berkelakuan demikian. Kadang-kadang ini bukanlah kehendak anak-anak ini dan selalunya mereka susah hendak menceritakan atau menjelaskan kepada ibubapa akan apa yang terjadi di dalam diri mereka.
Di dalam kes-kes seperti ini, ibubapa kenalah berikhtiar untuk membuang jin-jin saka dalam anak-anak dan juga besar kemungkinan saka ini juga terdapat di dalam badan adik beradik atau ibubapa itu sendiri. Di kalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya, ada yang tidak mempercayai berkenaan dengan kehadiran saka di dalam tubuh badan anak-anak atau keluarga. Benda-benda halus yang ghaib ini sukar untuk dipercayai kerana ianya tidak dapat dilihat melalui mata kasar kita.
Kes 3 – Sukar untuk mendapat zuriat dan keguguran
Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal. Ada ramai kes-kes keguguran (miss-carriage) berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.
Untuk mengeluarkan saka dari tubuh badan, pesakit hendaklah datang berjumpa saya dan insyaAllah dengan keizinan Allah saw, saya akan mengeluarkan jin-jin saka ini dari tubuh pesakit. Ayat-ayat Al-Quran yang saya selalu gunakan untuk mengubati penyakit gangguan saka ini ialah –
1. Surah Arrad ayat 30 hingga ayat 43
2. Surah Az Zumaar dari ayat 59 hingga ayat 75.
Hj. Lokman
20 Oktober 2010
http://blog.fs-alpha.com/?p=734
No comments:
Post a Comment