Monday, August 29, 2011

Resepi Rendang Daging Nogori Sombilan

Salam guyzzz!!! Sok dah hari raya...hari ni last pose...so MK dan adik2 masak ok...
Rendang Daging Ala Nogori Sombilan....
Resepi kuarga ni...sebab mak MK org Rembau Negeri Sembilan....Ekau orang mano????
hihihihii....

Bahan-bahan A :-
Daging (terpulang nak banyak mana)
Lada Kering (Kisar halus)
Bawang kecil (Kisar Halus)
Bawang Putih (kisar halus)
Serai (kisar Halus)
Halia Muda (Kisar Halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Sebuk Ketumbar
3 Sekawan (bunga lawang,kulit kayu manis, bunga cengkih)
Kerisik kelapa

Bahan-Bahan B :-
Pati Santan Kelapa
Daun kunyit (dihiris)
Daun Limau Purut (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :-
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Jerang didalam kuali dengan api yang perlahan..masak sehingga kering air dagingnya..
3. Apabila daging telah empuk sedikit, masukkan pati santan kelapa...sentiasa kacau sehingga rendang
    benar-benar kering dan dagingnya lembut....
4. Apabila rendang sudah hampir kering, masukkan garam dan gula secukup rasa...
5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut..kacau sehingga sebati...
6. Tunggu sehingga rendang benar-benar kering....
7. Siap dan boleh dihidangkan untuk tetamu pada hari lebaran nanti....selamat mencuba!!!

Ikuti Aktiviti Kami sepanjang menyediakan juadah rendang ni yer.....

Tukang kupas bawang...wuuu sedih!!
Geram aku pasal banyak sgt bawang nk dikupas...tp tak gila lg :-)

Rajin adik aku ni tolong mesin kelapa...
Daging utk dikorban jadi rendang...
Kacak tak adik aku???kacaklah sangat!!!
Antara bahan-bahan
Ni pun bahan jugak
Hoi orang suruh wat keje bukan bergambar!!!

Cewah!!rajin konon..wayang je korang...
Sebenarnya ni la tugas dieorg..haram nolong!!!
Ni lg sorg...patut senyap dalam bilik...hampeh...
Jejaka Kacak Malaya nak jual minyak..Peewiitttt!!!
Tengah kira mercun bola...kau klu kne tangkap polis padan muka!!!
Bahan campuran rendang
kacau dan bubuh kerisik
bubuh santan dan keringkan...garam gula jgn lupa
La Wan(nenek aku) nak glamor jugak ke...meh snap pic wan masuk blog..hahhahahah!!
Ok geng tu je la nak share...pic rendang siap takde la ye...sebab masa aku taip entry ni
rendang atas dapur lagi...

Makwe Nak Ucap Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin!!!

2 comments:

Makwe Kintan said...

Sodap Hinggo Monjilat Jari!!!

chongkau ulu said...

a salam..esey orhang gombau...tapi ghondang sey lain..tk bubuh daun limau purut n daun kunyit....hehe...yolah lain kg lain charo e...apo2 nmpk menyelerokan...