PONTIANAK
VS
TOYOL
Huhh..berdebar rasa nak taip entry kali ni. Kalau ikutkan aku malas nak share story ni pada korang sumer. Sebab ada yang cakap aku ni beranganlah, banyak tengok dvd hantu lah, fantasi lebih-lebih lah, macam-macam feedback yang aku dapat bila aku tulis entry pasal dunia mistik ni.
Aku tak pernah paksa kalian untuk percayakan aku atau tidak. Terpulanglah..Itu hak masing-masing. Yang penting aku cerita berdasarkan apa yang aku lalui sekarang dan ini kisah benar. Bukan fantasi semata-mata. Aku tak suka nak tipu-tipu korang ni. Apa yang aku dapat? Dosa jelah kan. Aku story kat korang supaya dijadikan iktibar je.
Ok hari tu aku dah story pasal aku kena rasuk kat ENTRY ni. Malam tu jugak aku pergi mendapatkan rawatan kat DarusSyifa. Aku pergi bersama suami, mak & adik-adik aku. Sampai je kat sana ustaz mulakan rawatan. Baca surah Nabi Sulaiman a.s. Tapi lain pulak jadinya. Ingatkan aku yang kena rasuk lagi. Rupanya mak aku pulak yang menangis teresak-esak. Tapi tak tahu kenapa. Bila ustaz buat spotcheck rupanya mak aku pun ada yang duduk dalam badan dia. Ustaz tanya aku apa yang aku nampak bila pandang mak aku. Aku tengok mak aku tiba-tiba aku dapat bayangan yang Jin jenis Pontianak ada dalam tubuh mak. Rupa jin tu buruk bernanah dan bergigi taring serta rambut panjang. Ustaz pun terangkan apa yang aku cakap tadi memang betul. Selalunya kalau jenis pontianak ni diaorang akan menangis ataupun ketawa gembira sangat. So malam tu mak aku yang buat rawatan. Fuhh...Aku pun lega terselamat. hahahha...
Lepas tu ustaz tanya adik-adik aku ada tak yang sakit badan. Ada sorang adik aku yang mengaku sakit bahu. Lama dah sakit sejak keje kat Hospital Temerloh. Puas pergi berurut tapi tak elok-elok jugak. Jumpa doktor pun dah tapi still sama jugak. Sekali lagi khidmat aku sebagai penterjemah ustaz diperlukan. Ustaz tanya apa yang aku nampak bila tengok adik aku. Aku cakap nampak toyol kat bahu adik aku. Ustaz pun tanya adik aku lagi ada tak dengar cerita pape kat tempat kerja dia. Adik aku bagitau ustaz yang ramai orang ofis dia cerita pernah ada nampak toyol lompat-lompat dalam ofis dia tu. Ustaz pun cakap memang betullah toyol dah ikut adik aku balik. Bila ustaz baca ayat Al-Quran dan sentuh bahu adik aku terus hilang sakit serta-merta. Magik nya!!!..Tapi sejak hari tu aku ni jadi penterjemah pulak untuk ustaz. Ustaz cakap dia tak leh nampak benda ghaib ni. Kalau mengubat orang lehla. Aku pulak boleh nampak benda-benda gini sejak saka jin harimau ni duduk dalam tubuh aku. So ustaz gunakan aku supaya dia tahu makhluk apa yang mengganggu kami semua.
Si suami aku pulak duk perhati je apa yang aku buat masa ustaz buat rawatan kat mak dan adik aku tu. Masa perjalanan balik suami aku tanya kenapa aku happy sangat bila ustaz tak rawat aku tapi rawat mak & adik aku..Tiba-tiba aku tercakap dengan nada suara yang kasar.."Sebab aku memang nak ustaz hapuskan makhluk jahanam tu. Bila ada jin-jin lain aku jadi lemah dan asyik bergaduh je..Hahaha"..Suami aku pun terpinga-pinga..rupanya bukan aku yang cakap macam tu..tapi saka jin aku lah..Pada firasat aku mungkin saka jin ni anggap ustaz sebagai musuh tapi mahu minta pertolongan ustaz untuk hapuskan jin yang lain yang ada dalam rumah kitaorang..dia tak nak duduk berkongsi dalm rumah la kot..hehehe...
So itulah kisah masa kami buat rawatan kat DarruSyifa hari tu.. Yang pasal Pulut Kuning tu apa kena mengena pulak MK?? hehehehe.. ha ni yang aku nak bagitau ni. Menurut kata orang tua pulut kuning merupakan salah satu makanan jin.. Sejak aku ada saka yang hinggap kat tubuh ni..aku ngidam betul nak makan pulut kuning..yang peliknya kalau pulut putih tak selera nak pandang..Tapi pulut kuning waduhhhh..minat bangat gua makan beb..Bila tak dapat badan jadi lemah..tapi bila dah makan terus bertenaga. Tapi aku kena tahan nafsu tu sebab bukan aku yang nak makan pulut kuning tu. Jin Saka tu lah punya angkara..Aku malas nak layan Jin ni..lantak kau lah..nak makan pergi cari sendiri..dah tumpang badan aku banyak songeh plak!!!hahhaha...So pada korang yang suka sangat makan Pulut Kuning ni sila berjaga-jaga lah..Kalau boleh pergi dapatkan rawatan jugak. Mana tahu korang ada penunggu dalam badan jugak..hihihi...Tapi jangan jumpa bomoh karut-marut ni..syirik tau..Pergi ke mana-mana pusat perubatan Islam yang berdaftar. Salah satunya DarusSyifa lah dan pengasasnya Ustaz Dato' Dr. Harun Din..
Malam tadi aku & family sekali lagi ke DarusSyifa untuk buat rawatan..Ustaz ubatkan adik aku yang belajar kt UiTM Melaka. Sebab dia ada ketumbuhan dalam payudara nya.. Mula-mula masa scan kat hospital Doktor cakap ada 2 biji bonjolan je. Baru ni scan lagi dah bertambah jadi 4 biji bonjolan plak. So kami bawak adik jumpa ustaz untuk dapatkan rawatan. Dan malam tadi jugak aku dah kena warning dengan Jin Hantu Raya..Nak tahu kisah selanjutnya???...Tunggu Entry Akan Datang!!! Babai.........
No comments:
Post a Comment