Jam 11.00 malam tadi sempat aku menonton Soal Jawab TV3. Membincangkan isu-isu homoseksualiti atau pasangan sejenis. Salah seorang penceramah jemputan iaitu Mufti Perak, Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani Bin Hj. Zakaria. Beliau menyatakan "Fitrah Binatang Pun Menolak Homoseksual"....
Memang benar apa yang dikatakan oleh Mufti Perak ni. Selama kita hidup diatas muka bumi Tuhan ni. Pernahkah kita lihat binatang berpasangan sesama jenisnya..."jantan beromen dengan jantan"..."betina mengawan sesama betina"? Konfem tak pernah...kalau pernah tu tanda dunia memang hampir kiamatlah....
Cuba kita selami balik...sedangkan haiwan yang hanya diberikan otak tanpa akal tidak melakukan hubungan sejenis..inikan pula manusia seperti kita yang sememangnya dikurniakan akal fikiran? Adakah kita mungkin lebih teruk dari binatang? Jika kita membenar atau menyokong hubungan sejenis atas dasar hak asasi manusia...bermakna kita menolak hukum hakam Allah SWT...
Kita makhluk bernama manusia sudah siap siaga berjanji dengan Allah SWT sejak azali lagi untuk menjadi khalifah di bumi ini...khalifah ialah ketua...adakah patut kita menunjukkan contoh yang tidak baik kepada makhluk yang lain? aku rasa syaitan laknatullah pun berpasang jantan betina...tidak berhomoseksual...kita? dimana letaknya dasar akal rasioanal kita? dilutut atau tapak kaki?...
Akal yang dipinjamkan gunalah sebaiknya untuk kebaikan...bukan ikut suka hati...kerana itu otak & akal diletakkan diatas kepala...tempat paling tinggi pada anggota tubuh kita...kerana akal sememangnya mulia...namun kita yang mengiktirafkan nafsu sebagai raja untuk memerintah tubuh kita bukan?...
p/s : "Takut Dengan Balasan Allah SWT"
1 comment:
Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya... tak sakit ke kena sontot ikut bontot? Huhu. Pastu tak kotor ke terkena najis. Eiiyakk... Disgusting.
Post a Comment