Tuesday, July 3, 2012

Impian Baju Persandingan Adikku

Semalam aku temankan adik ke rumah seorang pereka fesyen. Walaupun namanya tidaklah top satu Malaysia tapi hasil kerjanya memang "MELETOP" you allzz. 

Pereka itu ialah Aida Jauhara. Dia ini kawan adik aku. Katanya satu sekolah dulu. Aku ni tukang sibuk je semalam. Adik aku akan melansungkan perkahwinannya Insyaallah dalam tahun ini. Tapi tak mahulah kecoh-kecoh lagi. 

Antara hasil kerja Aida Jauhara.......ni sikit baru ye..ada lagi yang lebih cantik..klik je kat nama dia aku dah link kan FB nya...

 







Adik aku ni jenis cerewet sikit. So kalau apa yang dia nak mesti perfect macam idaman dia. Semalam reka untuk baju bersanding dia je dari petang bawak ke senja. Punyalah lama kitaorang bincang bertiga. 

Adik aku nak baju fesyen jubah moden tapi vouge gitu. Kain alas bahagian lining dari syifon yang sejuk dipakai & bahagian luarnya dilapiskan organza lembut dan jarang berwarna cream. Disulamkan dengan manik & diamond yang seakan mewah campuran daripada pelbagai hijau. Maknanya bukanlah satu colour hijau je. Hijau tu pelbagai tone colour. Contohnya macam baju bersanding si Farah AF ni...

 
See...see... aku pun berkenan jugak tengok baju Farah ni. Warna taburan manik hijau itu yang mewah nampak menarik sekali kan. Patutlah adik aku nak buat macam ni...cantik gilessss !!!

Tudung dan viel untuk bersanding nanti ala-ala Irma Hasmie gitu....


"Pandanglah lihatlah...tiru macam saya"....cewah nyanyi pulak...

Ha ambik kau nyah !! Adik aku nak kahwin baju kalah artis tau...hahaha....

Design untuk jubah modennya lebih kurang begini lah...tapi taklah sebijik sama...mestilah lain sikitkan... tapi aku rasa ni dah seakan dress pulak..Aah gasaklah jubah ke dress ke....



Baju persandingan inspirasi daripada Irma Hasmie & Taburan manik berkilauan seakan Farah AF...

Bukan main lagi adik aku tu...Harga bagi tempah baju tu cecah RM2,000 ++ jugaklah. Banyak betul duit adik aku ni. Sentap akak kau ni dik ! belum campur kos baju nikah, make up, catering, barang hantaran dan macam-macam lagi...

Adik aku booking photography dengan kawan dia. Kawan dia ni memang photographer kira profesional jugaklah. Yusuf Yamin. Adik aku tempah dia untuk majlis malam berinai, majlis nikah & bersanding. Harga pun memang "Kebaboom" lah jugak. Hampir RM3000. Tapi puas hati.

Mungkin ramai yang akan cakap buat apa membazir. Sederhana cukuplah. Tapi jenis adik aku ni tak kisah harga. Janji puas hati. Bukan nak menunjuk cuma nak penuhi impian hati saja. Tak pelah dia pun gaji besar lagi pada akak dia yang sengkek sokmo ni...wuwuwuuuu.... Dan adik aku ni memang jenis menabung pun. Baguslahkan..Lainlah aku ni boros sikit hehehe...sifat yang tidak patut diikut.

Aku tak ambik gambar masa discuss dengan designer semalam. Sebabnya pantang larang dia sebelum baju pelanggan tu siap dia tak mahu ditunjukkan pada orang termasuk owner baju. Dah siap baru leh tengok. 

Aku pun yakin dengan Aida Jauhara ni. Semua baju yang dia buat memang cantik dan lain pada yang lain. Mungkin satu hari nanti dia boleh jadi terkenal seperti Hatta Dolmat, Rizalman dan pereka terkenal negara kita kan....

2 comments:

are_lin@yu said...

memang kalah artis ni..tak pelah untuk ari bahagia kan,sekali seumur hidup..hehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghhhh kompom meletopsssss di majlis tu nanti ;)