Sunday, March 9, 2014

Pesawat MH370 "Suratan Atau Kebetulan ?"


Selesai solat maghrib semalam, buka Al-Quran untuk habiskan surah Fatir. Sepatutnya aku habiskan surah Fatir ni pada maghrib jumaat 07.03.2014. Tapi aku letih sgt maka aku sambungkan ke maghrib sabtu 08.03.2014. Kemudian surah seterusnya ialah Surah Yassin. Tiba-tiba hati terdetik "adakah sudah ketentuan aku untuk membaca Surah Yassin ini buat mangsa Pesawat MH370 ? " ... dan aku teruskan membacanya sehingga habis dengan hati yang penuh teka-teki.

Surah Yassin ada 83 ayat. Mungkin kebetulan sama tarikh 8hb Mac iaitu semalam kejadian kehilangan pesawat MH370. Dan ayat ke 41 surah yasin mungkin kebetulan sama waktu dengan masa berlepasnya Pesawat mengikut sistem 24jam iaitu 00.41 am.

Bacalah tafsir Surah Yassin ayat 41 hingga 43. Maka kalian akan faham maksudnya.

"Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;" Surah Yassin ayat 41.

"Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya." Surah Yassin ayat 42.

"Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan," Surah Yassin ayat 43.

Mungkin semua ini berlaku kebetulan kpd ku, Mungkin ini juga sudah ketentuan..Sudah tercatat di Luh Mahfuz tersimpan kemas kekal rahsia di Arash-Nya. In shaa Allah Pesawat MH370 pasti dijumpai bila sampai waktunya dengan izin-Nya. ‪#‎PrayforMH370‬

6 comments:

Zam said...

mungkin juga kan...

Makwe Kintan said...

mungkin..tapi apa pun semuanya sudah ketetapan..

LydSunshine said...

mungkin juga ada jawapan atau klu yang Allah berikan kepada kita melalui ayat2 tu kan.

Makwe Kintan said...

mungkin juga kak.. saya tak tau kenapa hati saya kata sesuatu.. tp saya tak berani menyatakannya disini.. bagi saya hanya Allah saja yg tau.. kita teruskan berdoa saja..

Earnic said...

Ilham dari post-post yg org kongsi di Facebook ke Makwe Kintan?

Makwe Kintan said...

tidak... ia memang terjadi kepada saya.. sebab post2 tentang surah Yassin tu pada keesokan hari iaitu hari kedua kejadian.. sedangkan perkara yg berlaku kpd saya ini pada hari pertama kejadian..cuma saya lewat untuk menulis entry ini.. bimbang disalah erti..