Sunday, February 5, 2012

Pelayar Dunia


Wahai pelayar dunia ...

Kita belayar mengharungi bahtera sementara...

Destinasi kita sepatutnya sama...

Menuju kepulauan syurga abadi nun diatas sana...

Namun halatuju kita sentiasa tersasar dari landasan latitudnya...

Sehingga kita semakin jauh membuat lencongannya...

Tapi belum terlambat untuk berpatah semula...

Jalan yang lurus sentiasa dihadapan kita...

Seandainya kita telah jauh leka lagi alpa...

Berdoalah memohon petunjuk dari Yang Maha Pencipta...

Kerana pintu taubat-Nya sentiasa terbuka...

Bergembiralah bahawa peluang masih ada...

Usah bertangguh lagi tindakannya...

Kerana kehancuran semakin hampir dengan kita...

Janji Ilahi itu pasti tiba...

Untuk kehidupan nan kekal abadi hingga ke akhirnya...

Friday, February 3, 2012

Perkara Mengenai Santau Yang Perlu Anda Tahu

Santau telah wujud sejak sekian lama dan merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia juga adalah salah satu daripada ilmu hitam sihir kerana ia berkaitan dengan jin, syaitan dan iblis. Mereka yang mengamalkannya telah bekerjasama dengan makhluk yang dilaknat Tuhan itu. Diamalkan oleh manusia yang mempunyai kepentingan peribadi dan bersifat kejahatan. Namun tujuannya ialah untuk menganiaya manusia yang lain. Sifat iri hati dan perasaan dengki serta dendam telah menjurus mereka melakukan perbuatan sedemikian.

Santau terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

a) Santau Tuju
Santau ini digunakan untuk menganiaya mangsanya. Ia ditujukan khas kepada nama mangsa yang diseru. Selalunya bertujuan membalas dendam dan iri hati. Salah satu gejalanya ialah mangsa akan mengalami batuk kronik dan muntah darah atau benda-benda kotor. Ia boleh menyebabkan mangsa mengalami sakit yang teruk atau mati serta merta dan berasa diganggu oleh makhluk halus.

b) Santau Pelepas
Santau ini tidak mengenal mangsanya tidak kira golongan bayi mahupun dewasa. Ia tidak ditujukan khas kepada sesiapa. Selalunya pengamal akan melepaskan santau ini untuk menguji tahap kekuatan ilmu mereka. Santau ini juga dilepaskan pada malam bulan gelap atau tiada kelihatan cahaya bulan pada malam itu. Dan ia akan dilepaskan ditempat orang ramai contohnya rumah kenduri kendara atau kedai-kedai makan yang ramai pelanggan. Jika dikedai makan, pengamalnya akan datang sebagai pelanggan dan berseorangan untuk melepaskan ilmu hitam itu. Bermakna tidak semestinya pengamal ilmu ini adalah pemilik kedai makan tersebut. Antara gejala yang selalunya dihidapi jika terkena santau jenis ini ialah badan sentiasa sakit, sering diganggu makhluk halus, penyakit gatal pada tubuh yang sukar dirawat dan sukar sembuh. Ia juga membahaya dan boleh membawa mudarat serta maut.

Untuk mengelakkan terkena Santau ialah :-
- Jangan tinggal solat 5 waktu.
- Rajin membaca Al-Quran
- Amalkan zikir
- Mulakan membaca Bismillah sebelum melakukan sesuatu termasuk makan dan minum
- Amalkan membaca Surah Al-Fatihah, Kursi, Al-ikhlas, Al-falakh  dan An-nas selepas solat dan sebelum tidur.
- Digalakkan tidak keluar rumah selepas waktu maghrib jika tiada hal kepentingan.
- Jangan mengamalkan pulang lewat malam ke rumah.
- Amalkan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

Jika anda ialah salah seorang mangsa santau, haruslah berpantang makan. Jangan makan sebarang jenis limau atau makanan berasid serta makanan laut seperti sotong, udang dan ketam kerana ia dapat menguatkan lagi santau tersebut. Amalkan mandi air garam kasar dan air Surah Yasin kerana ia boleh melemahkan santau. Dapatkan juga rawatan di pusat-pusat rawatan perubatan Islam yang menggunakan sepenuhnya ayat Al-Quran dan jangan berjumpa bomoh atau pawang yang boleh membawa perkara syirik.

Saya telah memperoleh ilmu ini daripada seorang Ustaz semasa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Darrusyifa.

Semoga ia berguna kepada anda. Wallahualam...

Thursday, February 2, 2012

Sudah Jatuh Ditimpa Motor

Ibarat pepatah melayu lama "Sudah Jatuh Ditimpa Tangga". Tapi kali ni aku modenkan sedikit pepatah kurun ke berapa entah lah. Perkataan tangga ditukar dengan motor. Ini alkisah semalam punya hal.

Malam tadi selesai memasak dan sambil menunggu kepulangan suami tersayang. Pintu rumahku diketuk. Aku bingkas berlari anak ke pintu utama dengan perasaan yang sedikit berdebar. 'Dup..dap..dup..dap...' jantung berdegup laju sedikit daripada biasa. Aku memberanikan diri seraya bertanya..."Siapa tu?"...lantas soalan aku dijawab.."Abang ni Sayang..." Fuh lega sedikit rasanya..suamiku dah pulang. Tapi selalunya dia akan bersiul sambil naik tangga ke tingkat 4 rumah kami..dah memang pe'el dia..lepas tu akan bagi salam...tapi kali ni tak pulak...Pantas aku buka kunci pintu.

Terkejut melihat keadaan suamiku. Seluar Jeans koyak dilutut kanan dan berdarah. Cepat-cepat aku sambut suami. " Kenapa ni abang? Luka-luka ni..." suami aku tak menjawab pun..masuk je terus ke bilik air dengan jalan terencot-encot...

Aku perhatikan tubuhnya. Banyak luka berdarah..siku, lutut, ibu jari kaki, dagu, dan sedikit calar dibadan...debar tadi lebih laju pulak...

Aku pun berkejar ke bilik dan ambilkan tuala serta kain pelekat. Aku beri pada suami sementara dia membersihkan badannya yang agak comot...

Bila suamiku keluar dari bilik air..aku ambilkan minyak gamat dan mahu sapukan pada luka itu...tak berpuashati...tanya lagi..."Abang kenapa? Ok tak ni..."...barulah dia menjawab..."Abang jatuh motor..kat selekoh tadi tengah bawak tiba-tiba jatuh sebelah kanan dan heret abang. Motor pulak hempap abang. Tu yang teruk sikit ni..jalan tu licin kot..mungkin ada minyak kat jalan tar tu.."

Sedih tengok keadaan suami...sudahlah jatuh ditimpa motor pulak..malam tadi aku sudah menjawat jawatan baru...menjadi Jururawat Tak Terlatih tanpa gred untuk suami...sapu ubat dan suapkan dia makan...aku nak bawa dia ke hospital..supaya luka tu dicuci oleh jururawat...lagipun takut jangkitan kuman...dia berkeras tak mahu pergi...katanya jururawat hospital ganas...cuci luka kasar...takut sakitlah tu kan...bagi aku adatlah...dah nama jururawat...takkan nak berlembut...kerja semua kena pantas..ramai pesakit lagi tunggu...

Malam tadi tak lenalah aku tidur..sebab risaukan suami...dia tak dapat tidur jugak...baru terasa bisa luka-luka tu tengah malam...Hari ini aku tak bagi suami pergi kerja...duduk rumah...makan aku siapkan untuk dia...rehat jelah ye...tapi hairan jugak aku...tengok keadaan motor tak teruk sangat...cuma cermin sisi je pecah...

Mungkin sudah suratan Ilahi...redha...

p/s: Semoga abang cepat sembuh...