Tuesday, September 25, 2012

REALITI

INI KE REALITI SEKARANG ?

Aku akui sebenarnya perkara ini yang aku takut jika aku ada anak. Lihatlah. Dimana salah silapnya ya? Didikan ibu bapa ? Pengaruh rakan ? atau Trend masa kini ?

Anak lelaki atau perempuan sama je. Dua-dua kena didik dengan betul. Biarlah kalau kita pukul anak sekalipun. Niat kita nak didik mereka supaya tidak belakangkan agama.

p/s : "Mak aku selalu tibai aku pakai hanger, tali pinggang, penyapu..dan macam2 lagi. Punca sebab aku degil..Tapi skang Alhamdulillah huhu...terima kasih mak =)"

Monday, September 24, 2012

KEMUNCULAN SEMULA

Salam guys. I'm back...yuhuuuu...ade orang baca ke tak blog aku lg ni haa...? Konfem...aaa takde kan...hahaha...

Lama sudah aku tinggalkan blog ni..sebab sibuk sangat...kalau sape yang tak tau kenapa aku clash dengan blog ni buat sementara waktu baca SINI...

Sekarang semua dah setel..ringan kepala otak aku sebab tak payah nak baca buku lagi...huhu...

Boleh lah aku tumpu pada benda lain...fuhh lega....

Pape pun thanks pada sesapa yang masih lagi baca blog ni walaupun aku lama tak update entry sebelum ni..aku tengok pageview bergerak je setiap hari..maknanya adela yang datang jengok aku ye...toce-toce...

Tapi kesibukan tak habis lagi..tengah sibuk bantu adik siapkan hal kawin dia pulak..hantaran tak gubah lagi..nak kenduri bulan 10 ni..

Woiii tu la adik aku ni last minit baru cakap nak buat sendiri..mula cadang nak tempah je...bila tengok orang tu buat tak cantik terus nak buat sendiri..aku jugak jadi mangsa kena tolong...haha

Tapi takpela masa aku kawin dulu pun dia yang tolong aku buat hantaran dan serba serbi...sampai ramai puji cakap hantaran aku cantik sangat..sume tanya sapa buat..aku cakap jela adik watkan..huhu..skang time dia akula yang kena tolong pulak..kang kena ungkit malu setepek aku...huhu...

Okeyla aku dah janji nak buat give away kan...nanti ye tengah cari hadiah lu ni...nanti aku update entry give away tu ye...tungguuuu....=)


p/s : "SENYUM SOKMO"

Wednesday, August 29, 2012

Aku Mohon Maaf Kawan

Salam semua & Selamat Hari Raya yang ke berapa eh ?..Tak ingat doh..huhu

Aku cuma mahu mohon ampun dan maaf jika lepas ini aku jarang sudah update blog serta dengan sengaja membiarkan ia bersawang dek lelabah. hehe..

Aku sedang sibuk sekarang ini. Tengah ulangkaji untuk interview naik gred Insyaallah bulan 9 ni. Aku berdoa supaya diberikan rezeki itu. 

Dan aku juga sedang berusaha untuk dapatkan anak. Aku berdoa supaya Allah swt kurniakan kami anak pada tahun hadapan. (Hajat nak anak kembar..cewah) Yelah dah hampir 3 tahun kami berumahtangga. Hope so..

Serta aku juga berdoa agar kehidupan kami akan lebih baik tahun hadapan. Sepanjang berumahtangga ni pelbagai badai yang datang. Hanya bersabar saja. Harap semua masalah yang sedang melanda kami ini akan surut & hilang. 

"Hari ini Allah swt beri kita hujan siap ribut petir..Insyaallah esok lusa diberikan-Nya kita pelangi"..=)

Anyway aku harap kamu semua dapat maafkan kesalahan aku sepanjang aku menulis blog cikai ni. Kot-kotla ada yang terasa hati dengan penulisan aku yang kadang-kadang agak terbuka. Kalau tersinggung maafkan saya ye. hehe..

Aku bukan nak tutup blog ni terus. Cuma aku tak bersedia lagi nak up date macam dulu..sementara ini biarla blog ni kesepian dulu ye..Macam lagu Najwa Latif "KOSONG...KOSONG..."

Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog aku ni. Walaupun tak meletop dan tak sefemes mana..(sedar diri pun..huhu) tapi kepada yang sudi singgah tu terima kasih okey...

Insyaallah jika aku kembali nanti akan aku buat sesuatu yang anda semua boleh menang hadiah..apa tu ?..syhhh..tunggu...

Bye..

Skang aku dah gemok..korang caya tak ? =) caya la ye..tolongla caya..punca makan rendang banyok..huhu